Koleksi Jam Paling Bermakna Pada Tahun 2012
'Swatch Nestle di sisimu 100 Years'
Rezeki pada bulan Februari 2012, hujan kan rahmat...,
tidak terfikir untuk memilikinya, tetapi bila sudah
di depan mata, sambar sahaja sebelum melepas.
Iaryylr masih mencari pasangan jam ini, sama ada sama
tidak serupa asal ada 'Nestle di sisimu'.
Jika di Philippines, Swatch juga mengeluarkan jam
'Nestle Good Food Good Life 100 Years'
yang lebih mengujakan dan keluarkan pada tahun 2011.
Boleh klik kat sini
NESTLE untuk buat perbandingan.
iaryylr tidak tahu bagaimana jam ini boleh didapati,
sama ada dari peraduan, souvenir atau keluaran
khas tertentu sempena 100 tahun Nestle.
Iaryylr dapat cuma beberapa hari dari tarikh jaminan
dikeluarkan, pun cuma ada 1 dijual.
iaryylr harap jika ada sesiapa yang mengetahui asal usul
jam keluaran khas ini, semoga sudi berkongsi maklumat
dengan iaryylr, kolektor, peminat dan pengunjung ceria.
Juga bagi mereka yang memiliki jam Swatch 100 tahun
Nestle, dan berhajat untuk menjualkannya boleh
berhubung dengan iaryylr di iaryylrcollection@gmail.com.
Jam ini sebenarnya perlukan pasangannya :) .
iaryylr pun sebelum ini tidak pernah terfikir untuk
menghubungi Swatch Malaysia untuk maklumat.
iaryylr pun pejam celik pejam celik sudah 4 bulan
berlalu jam ini dalam simpanan. Pernah juga
cari di E-bay, Mudah dan lain-lain tapi tidak jumpa
pula dimana-mana. Cuma di Philipines.
Kadang macam mimpi pun ada...
Namun iaryylr masih mencari pasangan bagi jam ini.
Juga apa-apa yang berkaitan dengan Nestle.