Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

TIN MILO 50 TAHUN MILO

"TIN ULANG TAHUN Ke-50 MILO"
"50 TAHUN MALAYSIA BOLEH!"
Asal usul percuma kole MOM, DAD, BOY & GIRL!
Tin ini MILO ini bertarikh luput pada April 2003, iaitu
kira-kira 10 tahun yang lalu. Ianya mungkin di kilangkan
pada tahun 2001~2002. Pada tahun tersebut, pembeli
akan mendapat 1 kole percuma dengan setiap pembelian.
Nampaknya 4 tin perlu dibeli untuk melengkapkan set.
Pada penutup tin milo ini, ianya  bertemakan 50 tahun
MILO. Selain terdapat gambar medal MILO 50 YEARS,
terdapat juga gambar pelumba basikal negara iaitu
Atlit Negara Saudara ROSMAN ALWI serta
tandatangan beliau yang unik.
Tertera juga ucapan...
"Selamat Ulang Tahun Ke 50 MILO, SYABAS!"


Tidak dapat dipastikan adakah ini penutup sebenar bagi
tin ini memandangkan saya dapat dari kedai lama.

unijoy KING CAT Tattoo Fruitty Gum

unijoy KING CAT Tattoo Fruitty Gum
Raja Kucing
Adakah anda masih ingat akan gula-gula getah KING CAT?,
atau tidak pernah melihatnya?, yang pada pembungkusnya
ada kertas bergambar untuk main buat tattoo sementara.

Marlboro Brilliantine

'Marlboro Brilliantine'
"Bukan sekadar jenama Rokok"
Marlboro No:1 Sounds
Dapat pada tahun lepas di Jualan Garaj Anggrik Mall.
Minyak rambut, ada-ada saja....

www.dominos.com.my

HE WHO PAYS FOR THE PIZZA
CALL FOR THE TOPPINGS
THE PIZZA DELIVERY EXPERT
1-300-888-333
www.dominos.com.my
- Koleksi Fridge Magnet -

Cawan Kopitiam

Cawan Kopitiam Dari Negeri Melaka
"Hasil jalan-jalan ke tempat bersejarah..."
Salah satu jenis cawan Kopitiam yang terdapat di Melaka
juga di negeri-negeri lain yang sama waktu dengannya.
Walau tiada berkait dengan nama mana-mana produk
kopi atau teh, namun asal berkait dengan nostalgia dan
bajet pun cukup, maka dibawa pulang sebagai buah
tangan untuk siapa lagi kalau bukan untuk diri sendiri :).
Ada pekedai yang menjual dengan harga biasa dan ada
yang menjual dengan harga yang lebih tinggi kerana
sememang ianya barang carian pencinta barangan kopitiam
dan pencinta pinggan mangkuk lama. Harganya akan lebih
meningkat dipasaran jika ianya ada tanda niaga atau sukar
didapati, juga faktor kos mendapatkannya atau nilai
sentimental yang membuatkan pemilik peribadi yang liat
menjualkannya akan ditawarkan harga yang lebih tinggi
oleh pembeli kerana kefahaman akan nilainya pada pemilik.
Bagi iaryylr buat masa ini, masih yang biasa-biasa sahaja.

Set Piring, Pinggan, Mangkuk

Set Mangkuk untuk Dodol, Manisan, Asam, Halwa
dan sebagainya.
Set berjenama BULKY ini lengkap beserta garfu.
Keluaran bermutu TOYO GLASSWARE.
Produk buatan Jepun ini mungkin di import pada tahun
80'an atau sebelumnya adalah tidak dapat dipastikan.
Walaupun penggunan semakin kurang atau langsung
tidak digunakan namun ianya tetap dicari oleh mereka
mereka yang ingin mengimbau kenangan lalu atau
sebagai koleksi.

APOLLO 18

KARNIVAL SAINS DAN INOVASI ZON TENGAH
yang terbaru pada 2012 yang lalu, sekarang  mari kita imbau
pula pada kira-kira 40 tahun yang lalu, di mana majlis yang
sama pernah diadakan. Lihat pada lencana besi ini dan
bayangkan seketika anda berada di sana, tetapi tidak
boleh berbuat apa-apa... .
Material Lencana : Besi
Negeri : Negeri Sembilan
Keluaran : Badan Negeri
Tema : SAINS DAN INOVASI
Tahun : 1972
Lencana : Program EXPO
Sumber : Belian Internet & Sumbangan

PERAYAAN HARI WANITA

PERAYAAN HARI WANITA 1975
'Gabongan Pertubohan Wanita Bahau'
Negeri Sembilan
Material Lencana : Besi
Asal Negeri : Negeri Sembilan
Keluaran : Gabungan Pertubohan Wanita Bahau
Tema : Perayaan Hari Wanita
Tahun : 1975
Lencana : Program Pertubuhan
Sumber : Belian Internet / Sumbangan

PLAYBOY CLUB AMERICA

KELAB PLAYBOY AMERIKA
Lencana Besi PLAYBOY CLUB.
Lencana lama era tahun 70an.

CAWAN KOPITIAM ROYAL CLASSIC

Cawan Kopitiam ROYAL CLASSIC
Hasil carian di kedai lama pada minggu lepas.
 2013 ini nampaknya selain membeli, perlu juga memanaskan
badan dengan mencari barang hobi dan koleksi di serata tempat.
Maksudnya bukan sahaja di kedai hobi dan koleksi, kedai barang
terpakai, bundle, internet dan pasar karat tetapi di kedai di mana
asalnya barang ini sebelum ke pengguna, yakni pembeli.

Sungei Palas Tea Gardens, Malaysia

Kole BOH  Sungei Palas
Kecerian bagi penggemar teh jika menggunakan mug
ini pada bila-bila suka.
Teh Boh
Mug yang menarik ini mungkin menggambarkan nikmat
kesegaran teh bagai tanpa sekatan dan tapisan.
Koleksi Kole
Minum teh tanpa gula lagi menyihatkan.
Koleksi Teh Boh / Koleksi Mug
Boh ada 'umphhhhhh!'

Proton bila lagi?

"Hyundai tarik balik 2.864 model Veloster"
Sumber : Berita Harian 8/1/2013

Nampaknya Proton FLX 2012 yang dibeli juga punya masaalah
yang sama pada brek lebih 4 kali urus masih tak selesai, tambah
masaalah pintu belakang dan yang terbaru power window pintu 
depan cermin dah gegar.....

Selipar pun seliparlah...

Selipar Coca-Cola Classic
Buat syok-syok... jalan di pantai...

Bukan Sebarang Selipar...

Bolehlah buat jalan...
Sambil jalan kita enjoy!

LENCANA LAMA MSSM 1974

Lencana Cenderamata MSSM Kuantan Pahanag
MSSM - Majlis Sukan  Sekolah Sekolah Malaysia
Koleksi Lencana Lama
Lencana lama besi ini sudah berusia hampir 39 tahun.
Ianya dikeluarkan pada tahun 1974. iaryylr dapat
melalui pembelian di internet pada tahun lepas, mujur
cepat dan tepat, maka bertambahlah koleksi lencana.
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"


BEG NESCAFE 3 IN 1

Beg Nescafe Leher Atau Sandang
Koleksi Nescafe Dan Beg
Beg nescafe ini dibeli di Jualan Garaj Anggrik Mall.
Ianya boleh digunakan sebagai dompet atau tempat
simpan gajet seperti telefon bimbit atau pemain mp3.
Nampaknya kena beli lagi 1 untuk disimpan.

SKITTLES 2012

Bekas Edisi Terhad Skittles 2012 
Yang Licin Cepat, hendak lagi tapi tak dapat!
Segalanya bermula pada akhir 2012 bila dapat info dari facebook
Maka esoknya belilah sebungkus bekas istimewa ini. Hendak beli
lebih, arghhh! dalam hati esok sajalah... .
Esok pergi lagi dah licin rak :) , itulah cerita ringkas dari
iaryylr untuk Semua, SEKIAN!
TAMMAT

Kumpul Dan Menang Milo

Kumpul Dan Menang Milo
Tak masuk, nak sticker saja, boleh ke macam itu?

Koleksi Setem Malaya

Setem Malaya Lama
Bagaimanakah kehidupan datuk nenek moyang kita
pada zaman Tanah Melayu?, pasti banyak cerita
yang boleh dikongsikan jika mereka masih ada... .
- Koleksi Setem Lama -

MALAYA - PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Koleksi Setem Malaya
Persekutuan Tanah Melayu
31 Ogos 1957
Hari Kemerdekaan!
 ( Koleksi Setem Lama )

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.