Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

BUKIT TINGGI RESORT SAFETY MATCHES

MANCIS KESELAMATAN BUKIT TINGGI RESORT
Depan belakang pun hijau....
Sumbangan : Ibu Mertua / September 2010

MUG KACA DARLIE BUNGA ORKID

KOLE KACA DARLIE EMBOSS BUNGA ORKID
Emboss 'DARLIE' pada bawah atau punggung kole.
Saya suka mug lama Darlie sebegini, emboss sebagai tanda
yang kekal lama. Kini semua pakai warna, mungkin kerana
faktor kos dan mungkin kini tiada pengilang buat gelas atau
mug secara tempahan seperti awal tahun 70an ~ awal 90an?.

MUG KACA DARLIE

KOLE KACA EMBOSS BUNGA
Tetapi bunga apakah ini?
Bunga Ajisai? Bunga Exora? Bunga Tahi Ayam?
Boleh bantu Saya?
Emboss DARLI dibawah kole
Nampak sangat pemilik mug ini tidak membersihkannya
sebelum bergambar, ini satu contoh yang tidak baik! he he he!

KOLE KOPI KAPAL API MAMA LOVE COFFEE

MUG KOPI KAPAL API
'Mama Love Coffee'
Kenapa mama love coffe...
suka buatkan papa kopi...
Sebab papa yang asyik suruh mama buat kopi... .

KAD PENEBUSAN CADBURY ZIP

KAD PENEBUSAN CADBURY ZIP
Hendak dapat free gift pun susah, mug terlepas, mug permainan
tidak dapat, dapat kad penebusan pun jadilah pada oktober
lepas. Asal adakan?, akan datang tentu sudah tiada.
Kalau lekat 5 setem pelekat Cadbury dapat Kentucky fun fries,
Kalau 10, dapat colonel Burger, kalau 15, dapat Kentucky
Nuggets, kalau 20 dapat 2 ketul ayam Kentucky.
Apapun saya tidak dapat lengkapkan.

MUNCHY'S FOLDABLE GYM BAG

BEG GYM PERCUMA DARI MUNCHY'S
Yang ini dengan pembelian Biskut Munchy's Oat Krunch
Hasil membeli makanan berkhasiat dapatlah beg percuma.
Beli pada bulan 10 yang lalu.

MUNCHY'S FOLDABLE GYM BAG

BEG GYM MUNCHY'S PERCUMA!
2 rekaan tema biskut berkhasiat ditawarkan, oleh itu saya
beli 2 jenis biskut, 'Wheat Krunch & Oat Krunch'.
Yang Ini Beg hasil pembelian Munchy's Wheat Krunch
Ini adalah hasil bulan oktober, biskut pun sudah habis dimakan.
Yang tinggal beg sebagai koleksi... he he he.
koleksi beg percuma

TOKEN EMAS YES!

TOKEN AMUSEMENT BUSINESS COMMUNICATION
Warna Emas & Yes!
Token ini bukanlah diperbuat dari emas 916 ata 999.
Cuma ianya berwarna emas. Token ini hanya bernilai
untuk main permainan keluarga dipasaraya. RM1
untuk sekeping token. Ada beberapa token dalam
simpanan saya yang berbeza. Anda juga boleh mula
menyimpan token sebegini jika berminat atau
sekadar suka-suka. Token pun tokenlah... he he he!.

NESTLE OVEN CRISP BOWL

MANGKUK KACA 'OVEN CRISP' NESTLE
Emboss pada bawah Mangkuk
Mangkuk berjenama memang dikumpul kerana ianya agak
berbeza dari koleksi lain. Mangkuk yang menarik untuk
diburu secara batin adalah mangkuk lama Ovaltine Piala Asia
ke-8 1984 ! seperti diblog Blues Riders Jom jenguk....
koleksi mangkuk berjenama

CARI BARANG 16 DISEMBER CHEEDING

Cari Barang Cheeding ~ klang
Kembara pada 16 Disember 2010 adalah meneroka tempat
yang tidak pernah dikunjung sambil cari barang dimana jua.
Hari ini saya berkunjung dan meneroka Cheeding Selangor.
Mulanya hendak cari serapan di Jalan Kebun seperti jalan
jalan cari makan tetapi tempat makan penuh & tidak dihati.
Jalan punya jalan, itu yang sampai ke Cheeding.
Tempat menarik saya bermotor disini adalah melalui
ladang kelapa sawit yang berbukit-bukau. Sehingga ke
Bukit Cheeding ternampaklah papan tanda 'Boh Plantations'

Papan tanda 'Boh Plantations Sdn Bhd'

Rupanya saya dan Isteri sudah sampai diladang Teh Boh
Cheeding. Dapatlah meninjau ladang teh boh tanpa di undang.
Jalan masuknya tidak berturap dan berbatu krikil. Tidak
berani saya untuk jauh bermotosikal kerana saya bukan
naik motor 'scrambler'. Lagipun tiada perumahan disini
dan memandangkan agak bahaya saya pun meneroka
tempat lain. Dari sini saya bermotosikal hingga melalui
seperti perkampungan orang asli, Kolam memancing ikan
Cheeding, Sekolah Kebangsaan Cheeding, Sehinggalah
ke penghabisan jalan berturap . Saya berpatah balik dan
berserapan di Kedai berhampiran Koperasi dan stesen
minyak kampung. Makan nasi lauk ikan keli.. 2 ekor!.

Pemandangan Ladang Teh Boh Cheeding yang pesona
Perjalanan ini agak menarik, tetapi sayang tiada kamera.
Kamera h/p pun agak sukar serta merta. kamera biasa
sudah lama rosak. Kamera dslr tidak pula sesuai untuk
perjalanan sebegini, perlu kamera biasa atau h/p kamera
yang bersesuaian agar dapat terus snap pemandangan
yang difikirkan menarik untuk dikongsi bersama.

Pusing-pusing kedai lama sudah tidak berisi lagi. Ada 2,3
kedai lama sudah tutup pula. Cuma dapat 1 dua barang
selepas itu pulang. Dalam perjalanan pulang singgah kedai
terpakai, dapatlah tambah beberapa barang lagi.

Barang-barang baru dan sedikit terpakai masuk koleksi.

Jika tiada halangan, ingin lagi saya kembali melawat Cheeding.
Meneroka lorong-lorong hijau disini. Penduduk juga nampak
ramah bertegur sapa. Disini saya lihat ada rumpun Melayu,
Orang Cina, suku India dan Orang Asli. Banyak juga kedai
makan disini. Bila agaknya dapat saya kesini lagi.... .

BEKAS MINUMAN PLASTIK MILO NESTLE

GELAS PLASTIK BERKAKI TIGA
Lepas 'Basketball' kita main 'Football'
Football - Bola Sepak
Semangat Kesukanan!
Koleksi Milo iaryylr

ALAT TULIS MILO NESTLE

Alat tulis yang ditawarkan percuma dengan pembelian
2 kotak Minuman Malt Coklat 200ml di Stesen Minyak Shell.
Hasil Skodeng beberapa minggu lepas diblog Bro Spallan .
Terus saja saya mendapatkannya di Shell.
Pembaris Kertas Milo dengan ukuran sehingga 15cm panjang.
Pembaris bersifir sehingga sifir 12 & penukat ukur 5 inchi.
Pensil Milo dengan tema sukan yang menceriakan
Pemadam Milo dengan gambar aksi bermain badminton.
Singgah lagi Shell beli milo... he he he!

BEKAS MINUMAN PLASTIK MILO NESTLE

Nestle Milo Plastic Tumbler
Bekas minuman plastik berupa gelas berkaki tiga ini
adalah sama Seperti yang telah dipaparkan diblog Bro
Blues Rider yang menerbitkan entri bertajuk
'Gelas Milo Berkaki Tiga', 'Basketball & Tennis'.
Cuma bezanya saya cuma memiliki 'BasketBall & Football'
Belum lagi dapat tema sukan dengan permainan 'Tennis'
dan lain-lain jenis permainan. Tidak dapat dipastikan
berapa jenis permainan yang dikeluarkan untuk keluaran
ini. Mungkin ada juga badminton, hoki atau berbasikal?.

INSIDEN CARI BARANG AWAL DISEMBER 2010

Berita Terkini - Insiden 2 pada 3 Minggu Lepas

Sewaktu Saya melalui jalan Sungai Jati untuk ke Shah Alam
selepas balik mencari harta, tekak pun dahaga kepala
pun pening sikit. Mungkin kerana panas yang mencengkam .
Saya ternampak kedai 99 di sebelah jalan. Maka saya pusing
masuk lorong tersebut untuk membeli air minuman.
Tiba-tiba satu dentuman berbunyi didepan motor. Saya
percaya dentuman itu adalah barang yang jatuh atau
dicampak oleh seseorang dari tingkat atas rumah kedai
digambar. Terdengar juga suara budak sekejap.

Saya percaya barang tersebut berasal dari tingkat 2 rumah
tengah yang ada Astro itu. Sebab ada budak dalam anggaran
usia 5~9 meninjau-ninjau berlari-lari, terjenguk-jenguk.
Angin memang satu badan...., tetapi tidak dapat kepastian
kebenaran kepercayaan saya. Cuma ngomelan yang membengang
dan sabar kerana tidak mahu urusan yang tertunda bertunda.
Kalau kena saya dan isteri sudah tentu saya sendiri yang kena
masuk balai nanti... hu! hu! hu!.

Dibawah adalah objek yang dipercayai terkena motor rempit.
Kayu mop atau penyapu yang patah dua.. reput sikit kut... .
Awal tahun hari itu ada juga kes yang hampir serupa ditempat
lain, panggil sorang-sorang turun.. semua tidak mahu turun,
esok lusa kena serbu polis. Ingatkan sebab hal berkaitan..,
rupanya kes dadah, patutlah saya panggil diorang tidak
berani keluar.. sebab diorang ada buat salah.. hu hu hu hu!.

Utamakan Keselamatan memang menjadi keutamaan saya
bila menunggang dijalan raya. Lagi-lagi bila melalui jalan
yang tidak pernah atau jarang dilalui. Mana tidak kalau
hendak mencari barang memang sambil meronda masuk
kampung, ladang, pekan untuk nikmati suasana.
Tetapi sekarang banyak kedai sudah roboh, Kalau 9
tahun lalu mungkin lebih meriah... hu hu hu!.
insiden nyaris cedera

SUDU KAYU VONO

SUDU BUBUR VONO
Sudu ini dikeluarkan tidak silap pada bulan Ogos 2010
dipasaraya terdekat. Selepas itu kole putih menyusul
dan diikuti kole oren. Saya berpendapat tentu akan ada
lagi pemberian percuma dimasa akan datang.

MUG VONO PUTIH

MUG VONO PUTIH
Mug hasil beli sup bubur Vono pada Oktober 2010.
Mug ini lebih awal dikeluar dari Mug Oren.

MANGKUK HACKS

MANGKUK LAMA BERJENAMA HACKS
Mangkuk dari pandangan atas seperti mangkuk dalam mangkuk
Logo Hacks yang pada mulanya hanya calar sedikit..
'Dicipta Untuk Mutunya'
Akhirnya logo tersebut calar rosak, ini terjadi disebabkan
warnanya yang tidak tebal agaknya atau faktor disimpan
terlalu lama. Bila dapat berhabuk, saya mencucinya,
waktu menggosok itulah semakin tanggal cat logonya... .
Aduh! nampaknya selepas ini saya perlu lebih teliti dan
mengambil masa yang lebih untuk membersihkan
setiap barang lama atau baru....

COCA-COLA - CARI TIN MENYANYI

Coca-Cola Pengalaman Muzik Paling Gempak
Mahu Cari Tin Menyanyi?
Beli 6 Tin 325mL, mana tahu dapat tin menyanyi...
Kalau dapat tin menyanyi, sudah tentu lebih menarik!

POWER ROOT ALI TEA TEH TARIK

MARI MINUM TEH TARIK POWER!
dengan kole berbunga-bunga you!
ditaman bunga atau minum dimana asal ada pokok bunga
Lihat! sampai terlena you!
Koleksi Mug Power Root

KOLE NESTUM NESVITA NESTLE

'NESTLE NESVITA NESTUM MUG'
Mug Hijau Yang Molek...
Tetapi saya rasa janggal dari segi kombinasi warna
Namun itulah keunikkannya....
Koleksi Kole Nesvita

GELAS SUNQUICK LEMON

GELAS SUNQUICK LEMON
Koleksi Gelas Sunquick

BUKU NOTA KARANGKRAF 2010

Sempena Karnival Karangkraf 2010
Dapat Free...

GOFRESH JUS JAMBU SIME DARBY

GoFresh - Gelas Plastik Berkualiti yang Unik
Gelas ini saya dapat pada bulan oktober 2010 dengan pembelian
2 kotak jus jambu keluara Sime Darby.
Warna dan bahan plastik menghasilkan gelas ini pendapat
saya unik sebab ianya seperti gelas plastik keluaran lama.
Seperti juga gelas Tonik Cap Gajah... he he he!.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.