Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Jualan Garaj Anggrik Mall

Pada Ahad Ini, Di Anggrik Mall Shah Alam...
Akan Berlangsungnya Event
Demo masakan lama bersama blogger ChaHaya Shiela
serta jualan barangan lama,antique dll.
Maka iaryylr bercadang untuk menyertainya.

Jika selalu datang untuk tambah koleksi, maka
Ahad ini juga masih untuk tambah koleksi.
Cuma, ada tapak untuk kurangkan barang
koleksi, dalam erti kata lain berniaga
barang barang hobi dan koleksi.
Selain jual-beli, pasti juga berkesempatan
untuk bertukar barang dengan kolektor lain.
Seperti biasa ada mug, gelas, tin, botol, kad
permainan, pinggan mangkuk, beg, kraftangan,
anak patung, pelita, poster dan lain-lain.
Ada barang dari jenama Pepsi, Coke, Jacob's,
F&N, Hacks, MAS, Nescafe, Milo, Twisties,
Dutch Lady, Sprite dan lain-lain.
Barang lama dan baru serta sedikit barang terpakai,
ada yang pernah di posting dan ada yang tidak.
Di Jemput rakan rakan dan pengunjung blog yang
berkesempatan, dapat berkunjung Ke Acara
- Anggrik Mall -
Ahad Ini 2 / 6 / 2013

- iaryylr -

Power Root Oligo

Minuman Kopi Power Root Oligo
'Penghadaman Seimbang Kunci Kesihatan'
Beg hijau yang menawan ini di beli di kedai
biasa saja. Kalau nak beli kopi sahaja semata
nak dapat beg pun adakalanya tidak berbaloi.
Stok kopi banyak-banyak di musim souvenir
pasti memeningkan kepala, adakalanya terpaksa
dilepaskan, tunggu sahaja mana tahu dapat baki
yang akan di beri percuma atau di jual.

Power Root Alicafe

Power Root Alicafe
Kesegaran Berpanjangan
'Kopi Power Root'
Beg pun kena beli kalau tidak mahu percuma.
Seperti hobi mengumpul setem, kalau nak
tunggu setem percuma memang payah, perlu
berusaha mencari atau membeli.

TZM 150 Marlboro

YAMAHA TZM 150CC
Hadiah Utama Tajaan Marlboro
Kepada 4 Pemenang Yang Berjaya!
Pada Tahun 2000,
13 tahun yang lalu.... .
Peraduan
Marlboro World Of Sports 2000

CHUMBE PASTE

Pasti ramai yang telah menggunakannya
suatu ketika di zaman persekolahan...
'CHUMBE PASTE'
Bukan gam untuk di hidu!
'Made In Malaysia'
Tak cukup warna lagi nampaknya....
Dengan isi kandungan 35 ML
Menghasilkan beribu lekatan..., eh ia ke????
Koleksi Old Skool juga.

MariGold Krimer Manis

Lebih Sedap Lebih Berbuih
Minum Sekali Nak Lagi!
Dirumus Khas Untuk Kopi Dan Teh Tarik.
Kaya dengan Vitamin A,D dan B1.
( Koleksi Apron iaryylr )

Lembu Jejas Imej Shah Alam

Lembu Berkeliaran...
Sumber : Akhbar Berita Harian

Bukan sahaja lembu berkeliaran di jalan raya,
kambing juga turut lepak bersama.
Pemandu dan penunggang, bukan sahaja
berhadapan dengan anjing liar nampaknya.
Berhati-hati di jalan raya.

Shell GAS 14kg

Shell Gas, Tong Gas, Gas Masak Shell...
Berat ooooo! 14 kg, gantung begitu sahaja!
Betul betul Shell GAS 14kg!
Gantung di leher ikat di pinggang.
Apron Shell GAS
( Koleksi Apron iaryylr )

kempem ganti stereng Myvi

Produa lancar kempen ganti stereng Myvi
( Klik untuk besar )
Sumber : keratan akhbar tempatan / Jan 2013

Proton bila lagi? tak ada masaalah langsung ke?

Cara Lebih Sedap

Apa yang Lebih Sedap?
Lebih Sedap dengan menjaga kebersihan.
Lupa logo apa pula ini?

Colgate Sensitive Pro-Relief

Sakit gigi dengan minuman sejuk?
Boleh cuba dengan Colgate.
"Disyor mencuba, perlu percuma"
Sampel ubat gigi Colgate percuma.
Isteri barter dengan anak buah tukar dengan
ubat gigi kanak-kanak.
Menambahkan lagi koleksi sampel dan ubat gigi.
Yang ini untuk simpan, kalau dapat lebih baru
boleh cuba, kalau dapat banyak? bolehlah
buat kongsi - kongsi dengan rakan - rakan.

GARDENIA BEVERAGE

GARDENIA, Bukan sekadar roti.
Juga dengan barisan minuman ringan.
Tapi iaryylr baru dapat bawa pulang
tin minuman ice Cream SODA Gardenia.
Tahun lepas masih nampak minuman
botol Gardenia, tahun ini tidak lagi.
Diperbuat oleh
GARDENIA BEVERAGE SDN. BHD
Mile 6- 1/2, Jalan Putatan,
Kota Kinabalu, Sabah

Jiwa Marlboro

MARLBORO
Nampak seperti seluar atau skirt Jeans
Tetapi sebenarnya Apron lasak Marlboro
Hanya untuk mereka yang lasak bergaya
Bukan sekadar untuk bergaya lasak

Rantai Kunci Twisties

Jom main gitar Twisties!
Koleksi Twisties / Koleksi Rantai Kunci
Bunyi gitar, irama twist.
Merah Kuning Warnan Twisties
- Koleksi Rantai kunci -

Marlboro Adventure Team

Marlboro Adventure Team 1997
Presented By Marlboro World Of Sport

Berita di Hari PRU 13

Terjun, jatuh, terjatuh dari Bangunan Hospital?
entahlah, tunggu pengesahan...
- Fotografi Adroid ini menggunakan aplikasi InstaMag -
Beberapa jam yang lalu, iaryylr dapat maklumat
orang jatuh dari bangunan HTAR Klang Selangor.
Kebetulan iaryylr baru pulang dari sana
selepas tamat waktu tempoh lawatan Jam 7.30pm.
Sempat juga ambil beberapa keping gambar
bangunan dan papan tanda untuk buat entri.
Tunggu esok ada keluar berita atau tidak.
Jika benar di tempat kejadian itulah tempat
iaryylr guraukan sebelum itu, maka esok
bagai tiada apa-apa yang berlaku,
riadah kembali dikerumuni.... .

HANTU KEDAI MAKAN

AWAS!
Entri ini mungkin memualkan!
Admin tidak akan bertanggung jawab
Jika bulu roma Anda naik!
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
Hantu Kedai Makan
( fotografi Adroid 2012 )
"ini mungkin sebab kita jumpa makanan di bawah meja makan..."

Kecoh bila hantu-hantu dapat publisiti masuk
dalam suratkhabar, jadi kelakar pula bila
imej-imej yang dikatakan hantu itu sebenarnya
palsu . Sama ada dengan menggunakan
aplikasi pada komputer mahupun paling mudah
dengan aplikasi pada telefon bimbit atau pintar.
Muat turun sahaja apa-apa aplikasi kesan khas
hantu dan pasang pada telefon bimbit.

Gambar 'Hantu Kedai Makan' di atas
menggunakan kamera Adroid telefon pintar
Samsung Galaxy Beam GT-18530 dengan
aplikasi hantu 'HorrorCamera'.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari
'PLAY STORE'
( fotografi Adroid 2013 )

Macam-macam kesan khas hantu dan seram
boleh digunakan untuk sekadar hiburan.
Jangan pula terlalu serius dan disalahguna.

WASHINGTON 75th ANNIVERSARY

Ulang Tahun Ke 75 Epal Washington
1937 ~ 2012
Tidak perlu ke Amerika untuk menikmatinya.

Ubat Gigi Darlie

Tinggal kotak saja...
Jika diperhatikan, tema dan corak kotak ubat gigi
dari jenama Darlie saja yang sering bertukar
mengikut hadiah yang ditawarkan berbanding
jenama ubat gigi lain di pasaran.
Banyak hadiah yang terlepas sebab tidak terkejar
maka kuranglah kotak yang dapat disimpan.

CPR CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION

ALASAN DAN HAKIKAT CPR
APPARENT DEATH FROM ELECTRIC SHOCK
CPR - SAVE A LIFE
( klik untuk besar )
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Poster UTAMAKAN KESELAMATAN,
kemestian di kawasan berisiko.
CPR CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION
ALASAN
Poster lama ini sepatutnya sudah ditukar baru
memandangkan teknik CPR dan keselamatan
yang telah berubah mengikut arus pengetahuan.
HAKIKAT
Jika ditukar baru yang ini boleh buat harta.
CPR CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION

Sabun Cuci Pinggan Mangkuk Glo

Glo Professional Citrus And Vinegar
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Jalan-jalan pasaraya nampak promoter sabun.
Balik bawa sampel sabun, kan bagus kalau
ada risalah, pasti lebih menarik!.

Nestle Every Day

Nestle Every Day Susu Tepung Segera
Lebih Lazat Lebih Nikmat
PILIHAN BIJAK!
http://hobby-collection.blogspot.com/
Koleksi Paper Cup
http://hobby-collection.blogspot.com/
collection of paper cups
Tema : NESTLE Every Day Susu Tepun Segera
Diperbuat oleh : Asia Papercup Industry Sdn Bhd
Kod : APC 100 / 3.5 oz paper cup (volume: 102ml)
Saiz W x L x H (mm) : 0.036m³
Jenis/Untuk : Cawan Persampelan
Sampling Cup / Vending Cup
Penggambaran
Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos

Rumah Atau Galeri? - Rak D.I.Y

Rak D.I.Y
Boleh letak dan gantung apa saja?
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Rak serba guna atau pasang siap bukan sahaja menjadi
pilihan peniaga untuk barang jualan atau pameran,
malah turut digemari pemilik rumah sebagai keperluan.
Sama ada untuk menggantung dan meletak barangan
dapur atau sebagai rak pamer atau menyimpan barang.

Anika pilihan dan pelbagai eksesori menjadikan rak
sebegini ibarat rak D.I.Y atau "Do it your self" bagi
pemiliknya. Selain dapat menjimatkan ruang, dapat
juga percambahan fikiran kerana perlu kreatif untuk
memaksimunkan penggunaan dan meminimum kos.

Bagi iaryylr, rak sebegini mudah di aplikasikan
di mana-mana ruang. iaryylr boleh menggantikan
aksesori rak mengikut kesesuaian barang koleksi
tanpa mengubah tapak asal rak. Rak dan eksesori
 bukan sekadar untuk di dinding, malah boleh
digunakan atau dipasang pada perabot sedia ada
seperti pada almari baju dan kabinet dapur.

- RUMAH -

SUNDROP ICE CEYLON TEA

Segar Dan Pekat,
Sudahkah Anda merasai minuman sejuk Teh Ceylon
keluaran Syarikat Sundrop Fruit Juices?
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Sebuah syarikat yang pada awalnya ditubuhkan oleh
Green Spot International dari Pasadaena, USA
di Kuching Serawak dan mengilangkan produk
minuman Green Spot pada tahun 1957.

Kisaran Green Spot

Berbalik pada Minuman Teh Ceylon Sejuk ini,
perghhh! memang nyaman diminum sejuk.
Walau banyak jenama dan jenis minuman teh lemon
di pasaran, namun inilah pertama kalinya 
minum teh lemon dari jenis Teh Ceylon?.
Selepas ini kena ambil tahu juga tentang jenis teh
dari jenama teh lemon yang lain.

( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Tentang Sundrop Fruit Juices Bhd

Sundrop Fruit Juices Bhd. has been manufacturing
beverages since the company was set up by Green
Spot International from Pasadaena, USA. The first
beverages manufacturing plant opened in December,
1957. In 1987, the name Green Spot was changed
to Sundrop Fruit Juices Bhd. when the company
began manufacture of non-Green Spot beverages.

In 1992 the company commenced manufacture of
canned coffee and tea drinks. The company
manufactured beverages first in returnable glass
bottles and later in two piece cans.
Sumber
http://www.sundrop.com.my
Alamat

Sundrop Fruit Juices Sdn. Bhd.
No.151, Jalan Batu Kitang P.O.Box 13 93700
Kuching Sarawak, Malaysia.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.