Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

GELAS F&N BUNGA BIRU

GELAS F&N VERSI BUNGA BIRU
Berbulan sampai kebulan akhirnya dapat juga gelas F&N
selain warna merah yang telah dimiliki iaitu bunga biru.
Gelas ini saya baru dapat pada 6 November 2010.
Nampaknya setakat ini saya cuma ada versi bunga warna
merah dan biru, cuma tinggal hendak dapatkan gelas versi
bunga kuning seperti milik Bro B.R Blues Riders . Variasi
warna setakat ini yang saya nampak adalah merah,kuning
& biru. Jika ada warna lain kenalah memburu guna Bazooka.

Emboss pada bontot gelas , basah sebab baru cuci ambil gambar.
Gelas versi bunga merah yang pernah diterbitkan dulu
seperti milik Bro Spallan 'dah masuk kotak...' ,
Gelas ini mungkin pemberian percuma dengan pembelian
sebarang pembelian kordial F&N suatu ketika dulu. Ianya
sesuai digandingkan dengan botol kordial lama milik
Bro Fitri di Koleksi Fitri Barang Old Skool.

Jika anda ada info berkaitan gelas ini, sudilah berkongsi
maklumat disini.

Koleksi Gelas Lama Hijau Hulk

GELAS LAMA YANG KONTOT LAGI HIJAU
Koleksi Gelas Lama
Si Baju Hijau... Sedang Berjuang...
Di Perbatasan... Peluru Tak Bermata...
Harus Waspada....

ROAD SAFETY COUNCIL KUALA LUMPUR

Lencana Road Safety Council Kuala Lumpur
Hati-hati di jalan raya O.K? Pandu Cermat Jiwa Selamat...
Jommmm! Rempitttttttttttt!

BOTOL DAKWAT 'HERO INK'

BOTOL DAKWAT HERO INK
Dakwat hitam tutup biru...
Lama mahupun baru, Hero Ink masih terdapat dipasaran.
Cuma yang ini berbeza dengan yang ada dipasaran lebih
12 tahun yang lalu, Dakwat ini saya dapat di kedai lama.
Tidak diketahui masih ada lagi stok atau tidak disana.
'HERO INK' buatan China dan diproduksi di Shanghai.
Menurut tuan kedai, sudah terlalu lama dakwat ini berada
dikedainya, kalau tipu dia maka tertipulah saya. Tuan kedai
ini telah berniaga lebih 30 tahun dan mungkin tutup kedai.
Apa yang membezakan botol ini dengan dengan botol
dakwat milik boss saya dipejabat yang dibelinya mungkin
11 tahun yang lalu adalah 'emboss' pada bawah botol.
Memang sedikit sama tapi tidak serupa. Ada juga saya nampak
berbulan yang lalu di sebuah kedai buku terkenal bertimbun
dakwat sebegini tetapi sekejap saja tinggal beberapa botol , entah
siapa beli, tapi yang pasti tiada 'emboss' pada bawah botol.
Saya pun tidak faham apa maksudnya, he he he!

Kedai antik di Amcorp Mall juga ada menjual botol dakwat
sebegini, cuma tiada 'emboss'.. entahlah... .
Ada sesiapa boleh bantu dan kongsi cerita tentang dakwat?

Saya suka entri berkaitan botol dakwat di Blog Blues Riders
'Pen & Dakwat Super Quink Blues...'

DIARI Mc' DONALD RAJA BOTOL AMCORP MALL

Hampir Seminggu Saya Menyepi, hanya sempat ziarah blog
rakan-rakan untuk ikut perkembangan, tak sempat tinggal
jejak walau bukan berada di Pulau Jerjak, Hari ini baru
dapat terbit beberapa entri yang tersasar dari waktunya.
Pada 6 hari yang lalu.... jeng! jeng! jeng!, poyo sikit!
Sebelum itu cuba teka Botol apakah ini?
Oh! sebelum itu, talian internet P1 3G pun lembab, pinjam
kata isteri 'bukan broadband tapi siputband', up-grade
P1 4G, laju sikit tapi selang-seli jadi 'siputband'.

Diari AHAD 21 NOVEMBER 2010
Keroncong Untuk Mc'Donald
Pagi belum serapan,tiba-tiba Saya dan isteri terdengar
sayu lagu keroncong, oh! oh! perut sudah menyanyi pula!.
Apa lagi? Singgah Mc'd sekejap, alamak! rupanya terlepas
'megamind' punya edisi terhad, dapat 2 saja, katanya no:3
& o:4 yang ada, no:1 & 2 sudah habis, emmm, baca diiklan
tidak pula dinyatakan keluaran berjadual.Hilang perasaan
pula hendak melengkapkannya, jadi buah tangan untuk
anak buah lagi baik. Tentu seronok!.

Permainan Edisi Terhad Yang Ditawarkan
Mc'D
Makan-makan di Majlis Perkahwinan DiRaja

Selepas mengalas perut, Kenyang perut suka hati, baru
bergerak menuju ke rumah keluarga DiRaja Raja Sehari.
Mana ada jadi Raja Sehari kalau sudah majlis sebelah
perempuan sekali, majlis sebelah Lelaki sekali!.

Pada hari ini dalam sejarah hidup beliau, pakcik saya
mengadakan majlis perkahwinan anaknya,bukan pakcik saja
yang buat, malah Makcik pun buat juga!, mana tidak buat
serentak? kalau mereka berduakan suami isteri! ha ha ha!.

Tiada apa yang dapat di intai untuk diminta diperkenan
untuk dibawa pulang melainkan dapat makan nasi minyak
berlauk-pauk, bubur kacang, air oren, teh tarik,aiskrim
Malaysia & buah tangan barang dimakan. Syukur.

Botol Lama Itu Sudah Tidak Bertuan!

Balik singgah rumah Arwah Atuk, tengok belakang rumah
pusaka,Dulu memang banyak pasu air lama dibelakang rumah
atuk tetapi kira habis entah kemana sudah beberapa tahun
yang lalu sebab saya yang jarang lalu belakang rumah atuk.
Teringat dulu memang ada botol-botol dibelakang rumah
atuk. Bila saya cuba memproses data memori dalam otak, ada
juga dapat kembali melihat zaman silam sewaktu berada di
situ sewaktu saya kecil. Rasanya ada juga botol f&n lama.
Jadi hari ini adalah hari untuk memdapat kepastian... .

Sebaik memjejakkan kaki dibelakang rumah atuk, Fuyooohh!
Memang masih terdapat sebahagian botol-botol lama! botol
era 70an? 80an?, 90an?.Entahlah sebab baru belajar.
Antara yang sempat dirakamkan dan dikenal pasti...

Botol-botol lama yang ditemui di kebun Arwah Atuk
Botol Minuman apa ini? macam kenal? Cuba Teka!
Botol Nestea Tutup Hijau macam nescafe
Botol Sunquick Tutup Lama!
Botol racun, kicap,sirap,sos lama dlln pun ada ha ha ha!
Botol f&n, botol kicap dan lain-lain di kedudukan lain.
Barang baik tersebut saya biar dahulu, belum juga diusik
dan diselongkar apa lagi hendak dicari gali. Lain kali.
Suram Di Amcorp Mall

Hari yang panas terik, namun pemandangan indah awan dan
langit yang membiru amat mengasyikkan sewaktu meneruskan
perjalanan ke Amcorp Mall. Seperti Sudah berbulan tidak
kesana. Hari ini Amcorp mall seperti hambar.Mungkin sebab
musim cuti persekolahan atau sebagainya. Nampaknya tiada
barang yang menarik hati ditemui. Tingkat bawah ada juga
nampak selonggok gelas lama yang menarik seperti merinda,
hacks & lain-lain, dalam hati berkata 'nanti dululah'.
Singgah ke kedai antik,pun hambar.., gelas pun tidak ada
yang baru tetapi lama. Yang ada pun kebanyakkannya yang
sudah dimiliki atau gelas jenama arak, yang lain telah
diborong oleh pasangan berumur berbangsa cina sekitar usia
56 tahun keatas. Mungkin pengumpul baru berdasarkan
keterujaan dan dari gelas yang dibeli. Mungkin sebagai
nostalgia menghabiskan waktu bersama yang ada. Mungkin
juga sebagai barang jualan?.. entahlah, banyak kemungkinan.
Hobi dan minat juga boleh datang dan pergi pada bil-bila
usia tanpa dijangka. Terfikir juga, adakah nanti saya &
isteri seperti pasangan tersebut bila sudah dimamah usia?.

Tiada apa hendak dibeli, sambar 2 lencana lama sebagai
penyejuk hati. Turun kembali ke tingkat bawah untuk membeli
gelas tadi jika ada lagi, emmmm, Uncle dan Untie tadi sudah
jadi pembeli. Dalam hati berkata 'tidak mengapa hu hu hu'.
Hari sudah petang, Jam 5.30pm berangkat pulang... .

BOTOL COCA-COLA TERBARU 2010 ~ 2011

Botol Pet Coca-Cola 1.5Liter Terbaru
Tema Sempena Tahun Baru Cina?
Baru beli pada 25 November 2010
Labelnya berkilau cantik tetapi renyuk
seperti biasa bila airnya sudah tiada..
Tunggu bila pula botol pet 500ml & tin
hendak berubah wajah......

PINGGAN LAMA MANDI BUNGA

Pinggan lama atau baru? bersaiz pingan kuih
Pingan lama ini cuma ada 3, sebab memang itu yang tinggal.
Mungkin juga pinggan ini tidak lama walau dibeli di kedai
lama, ada juga dapat 1/2 dozen pinggan bunga kangkung.
Bawah : Cop Mohor
Saya cuma ada sikit pinggan lama dan masih belum
ada set lengkap 1/2 atau sedozen. Mungkin tahun
depan baru mula melengkapkan.. he he he!

GELAS PEPSI 'A NEW GENERATION'

GELAS PEPSI 'A NEW GENERATION'
Gelas yang diperbuat dari plastik ini saya dapat pada bulan
Julai 2010. Waktu dapat dulu memang ada lebih dijual tetapi
3 ini saja antara yang masih cantik & kurang kusam.

MANGKUK EPAL SUNQUICK

MANGKUK EPAL BUAH TANGAN DARI SUNQUICK
Logo Sunquick terdapat dibawah mangkuk
dan mangkuk pula terletak diatas logo Sunquick...
emmm... apa-apa sajalah...

TANG ORANGE JAR

'A Jar Of Orange Tang'
Balang atau panggilan mesranya botol, bernombor 3/8/1272
tertera pada bahagian bawah adalah nombor pengenalannya.
Walau ada nombor pengenalanya, tetapi tiada maklumat
dapat dikemas kinikan melainkan jenama 'Tang' tertera
jelas pada penutupnya yang berwarna merah.
Tang untuk Oren tetapi bertutup merah?, mengapa ya?
Label juga sudah tiada, jika tidak tentu ada maklumat yang
berguna untuk semua.
Memang unik penutupnya....

SERBUK EMAS 'NESCAFE GOLD'

NESCAFE GOLD
'RICHED AROMA & TASTE'
1 NOW 1 NESCAFE
Satu lagi 'paper cup' Nescafe
Setelah membancuh 'Nescafe Gold', cuba-cubalah anda tapis
airnya, mana tahu terdapat serbuk emas! ha! ha! ha!

MANGKUK JACOB'S

MANGKUK KUAH JACOB'S
Mangkuk yang rendah ini memang sesuai diisi air kopi 'o' atau
susu yang panas kemudian isikan biskut kering Jacob's. Bila
biskut sudah kembang... apa lagi? makanlah.
Tetapi saya lebih suka kopi 'o' dengan biskut kering, cuma
belum pernah guna mangkuk sebab hanya guna mug @ kole
waktu budak-budak dulu, sudah terlalu lama tidak rendam
biskut dengan kopi 'o'..., memang suka!.

GELAS SUNQUICK MANGGA

GELAS SUNQUICK MANGGA
Tidak dapat dipastikan berapa variasi gelas untuk siri ini,
tetapi yang saya perasan manggo & lemon.
Kita tunggu kemunculan variasi yang lain disini @ di blog rakan2
yang memburu barangan sunquick! yea yeahhhhhhh!

GREAT DAY'S BEGIN WITH NESCAFE?

Mug Plastik Nescafe Warna Merah
GREAT DAY'S BEGIN WITH NESCAFE
( macam poyo jer kata pujangganya... he he he! )
Yang ini saya dapat terpakai, tidak apa asal ada... pandailah
nanti ianya beranak pinak he he he!

GELAS SUNQUICK BUNGA-BUNGAAN

GELAS SUNQUICK BUNGA-BUNGAAN
Bunga apa?
Logo Sunquick lama?
Bunga Apa?
Mungkinkah gelas akhir 80an atau awal 90an?.
Tidak dapat dipastikan berapa tema yang dikeluarkan bagi siri
pemberian percuma ini, tetap saya telah terlepas satu darinya
kerana tidak perasan akan logonya yang kecil.
Untuk pengetahuan bersama, bentuk gelas paten ini dengan
tema bunga-bungan juga pernah diguna sebagai pemberian
Darlie suatu ketika waktu yang tidak diketahui... .

BEG F&N KOPI EXTRA

Kopi eXtra, Teh eXtra... Semua pun boleh.
Sempena Promosi Susu F&N eXtra Tongkat Ali + Ginseng
Beg serbaguna seperti ini memang menarik perhatian.
"belum cuba belum tahu, sudah cuba hari-hari mahu..."
Tidak silap saya untuk mendapatkan beg ini perlu beli 6
tin susu F&N eXtra, letihlah kalau nak beli susu saja,
Yang ini saya beli minggu lepas RM1, Mungkin sebab tidak
habis promosi. Kalau tahun depan boleh RM5 agaknya... .
Hobi & Koleksi beg 6 November 2010

JUG PLASTIK FRASER AND NEAVE

JUG F&N WARNA MERAH & OREN
Sesuai untuk air sejuk dipanas hari... nyaman!
Jug plastik bertutup keluaran 2010
Hasil 6 November 2010

NESTLE LA CREMERIA COOLER BAG

BEG PENYEJUK AIS KRIM LA CREMERIA DARI NESTLE
Hitam Menawan.. Bagaikan Beg Make-up Artis
Jika beli Ais Krim kotak atau apa saja ais krim yang boleh
dimuatkan ke dalam beg penyejuk, tentu anda riang ria
menikmati nikmat aiskrim yang sempurna dengan penuh
ceria jika mengambil waktu untuk pulang sebaik membeli
atau dibawa ke destinasi. Aiskrimkan cepat mencair.
Eh! siapa pula letak mee segera dalam beg penyejuk ini?
Boleh juga disumbat apa saja rupanya, Beg ini juga boleh
diguna untuk menyimpan barang elektronik. Sayang saya
cuma ada satu sebab lambat...., yang ini kena simpan.

NESTLE LA CREMERIA COOLER BAG

Beg Penyejuk Aiskrim 'La Cremeria' Dari Nestle
Sungguhpun hitam....
Anda pasti anggun & bergaya kalau bawa aiskrim dengan beg ini.
Terpulang bagaimana untuk anda menggayakannya...
Kalau bawa aiskrim batang pun orang tidak tahu....
hasil 6 November 2010

BEKAS MINUMAN NESCAFE

BEKAS MINUMAN PLASTIK TAHAN PANAS NESCAFE
Bekas minuman berupa gelas atau seperti bekas minuman
berpenutup tetapi tidak berpenutup berjenama Nescafe ini
sememangnya sukar dimengertikan disebalik keluarannya.
Melihat dari ketebalan dan jenis bahan plastik, saya
berpendapat bekas minuman ini sesuai untuk air minuman
panas & sejuk. Tidak dapat dipastikan bila dikeluarkan.
apa - apa sajalah asalkan ada... he! he! he!

PINGGAN JACOBS 'EVERY BITE IS GOODNESS'

PINGGAN JACOBS BISKUT EMPAT SEGI
STRAWBERI - BISKUT - TOMATO?
Pinggan keluaran Jacob's biskut bermutu, pinggan dengan
tema biskut diapit buah Strawberi & Tomato atau Ceri?.
Mungkin ingin menunjukkan betapa enaknya biskut ini.
'Every bite is goodness'

PINGGAN JACOBS 'EVERY BITE IS GOODNESS'

PINGGAN JACOBS BISKUT BULAT
KIWI - BISKUT - EPAL - ANGGUR
AS SEEN ON 'Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool Blog!'
Pinggan keluaran Jacob's biskut bermutu, pinggan dengan
tema biskut diapit buah kiwi, epal & anggur. Mungkin ingin
menunjukkan betapa berkhasiatnya biskut ini.
Jika ruma dihias dengan pinggan lama bunga kankung, bunga
stail english, dan lain-lain.., cubalah dihias dengan pinggan
produk makanan & minuman seperti pinggan Dumex atau
pinggan bisku Jacobs... pinggan KFC pun bolehlah juga...

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.