Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label berus gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berus gigi. Papar semua catatan

Berus Gigi Kanak-Kanak ACE DULUXE

Berus Gigi Lama Jenama ACE
Berus Gigi Kanak-Kanak Du Point Nylon
LEMBUT
"Junior Du Point Nylon Tooth Brush"
Jom nyanyi lagu Bangun Pagi Gosok Gigi!
Versi Rock Kapak ya!

Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
Pakai baju minum susu,
salam Ayah dan Ibu...

Jerit sama-sama! yeheeeeeeh!

ha!? sambunglah sendiri! keh! keh! keh!

BERUS GIGI PROFESSOR 989

PROFESSOR BERUS GIGI
HARGA : $1.80
Berus gigi lama untuk orang dewasa cuma
pelbagai warna dan saiz. Kebanyakkannya
memanjang berusnya dan diperbuat dari nylon.
Mungkin cuma sedikit perbezaan rekabentuk.
Seperti biasa, yang penting tahan lama. 

Diamond Thooth Brush

BERUS GIGI KANAK2 CHAP DIAMOND
"Bermutu tinggi, tidak patah dan tahan lama"
Keluaran A WATSON TRADING
Berus Gigi Lama
Berus gigi kanak-kanak dulu tidaklah seperti sekarang,
bercorak dan bertema kartun animasi seperti
SPONGEBOB, adiwira seperti SUPERMAN atau
untuk anak gadis seperti bertemakan BARBIE.
Dulu, Hanya mutu yang di utamakan.

WHITE LION TOOTH BRUSH

BERUS GIGI LAMA WHITE LION
Berus gigi yang tidak boleh patah, begitu sahaja...
Harga 25sen yang telah dipotong tauke kedai. Inilah satu
dari beberapa kotak yang belum dipotong.
Setelah 2 bulan Bro Blues Rider mengentrikan berus gigi
lama jenama Darling, akhirnya saya terjumpa berus
gigi lama yang hampir serupa tetapi tidak sama disebuah
kedai lama di Selangor. Berus gigi yang tidak boleh patah
dan harga yang serupa bernilai 25sen. Harap Maaf ya!,
Untuk entri ini saya tidak dapat hendak menunjukkan
gambar berus gigi ini disebabkan saya tidak ambil gambar
sewaktu seisi fotografi, dan kini saya tidak tahu dimana
berus gigi ini terselit atau menyorok!, he he he!
Jadi berkunjunglah ke Blog Blues Riders dengan entri
'Berus Gigi Darling'
Kerana saya rasa tidak jauh beza betuknya. Jika tiada
halangan saya akan kemas kini semula entri ini.

BERUS GIGI DARKIE NO:50 DELUXE HARD

DARKIE - BEST QUALITY TOOTH BRUSH
Berus Gigi Lama Jenama Darkie
Dupont Tynex Nylon Bristles U.S.A
Memang menarik dapat barang jenama Darkie ini. Saya dapat
pada penghujung tahun lepas. Memang sukar didapati bagi
saya kerana ianya sudah tidak diproduksi setelah bertukar
jenama menjadi Darlie kira-kira lebih 22 tahun yang lalu?.
Berus gigi Darkie nombor 50 ini adalah jenis ' Deluxe Hard'.
Tentu banyak lagi jenisnya dan perlu dicari lagi. Jika
geng-geng ada bolehlah kongsi diblog. Syok oooooooo.
Cuma ubat gigi Darkie yang belum jumpa..... .
koleksi barang bilik mandi

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.