Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

NESCAFE BODY PATNER MUG

PERCUMA ! KOLE NESCAFE 'Body Patner'
Nescafe buat pemberian percuma terbaru yang bakal menyusutkan
kewangan pengumpul pada bulan ini mahupun berikutnya. Tetapi
tidak mengapa kerana promosi hujung bulan ini, semestinya anda
semua telah bergaji dan tidak akan fikir lagi untuk memiliki mug
terbaru ini. Mungkinkah mug siri 'body patner' ini terdapat variasi
warna mengikut produk 'body patner' yang lain seperti 'body patner'
'breakfast' warna kuning atau 'body patner' kacip fatimah berwarna
merah jambu?.. entahlah saya tidak pasti, kalau ada tentu menarik!
baru beli 26 sept 2010

GELAS BISKUT NESTLE

Nestle Biscuts Glass
Banyak kali ambil gambar gelas ini, tapi tidak jadi-jadi,
asyik kelabu, mungkin ada hantu sibuk berposing depan
lensa kamera agaknya, belakang anda ada siapa pula itu?
Gelas ini pasti gelas lama, tapi entah berapa lama.. .

GELAS SUNQUICK GELANG OREN

GELAS SUNQUICK LAGI!
LAGI-LAGI GELAS SUNQUICK!
MANA LAGI GELAS SUNQUICK?
koleksi gelas / Ogos 2010

NESTLE MILO MAGNECTIC NOTE PAD

NOTA BERMAGNET PETI AIS
Selasa lepas, saya beli nasi lemak, nampak pula benda ini
terselit dalam cermin almari rokok, apa lagi? minta pada
pakcik tuan kedai makan itu. Sebenarnya ianya ada dua set,
setiap set ada pen sekali, mungkin pen milo bermagnet, tapi
dah pakcik itu bagi yang dah terbuka tiada pen, saya terima
sahaja dengan hati gembira. Balik rumah baru perasaan ianya
bermagnet untuk dilekatkan di peti ais... seronoknya!

PIZZA HUT FRIDGE MAGNET

PELEKAT MAGNET PETI AIS 'PIZZA HUT'
'Fridge Magnet' ini saya dapat percuma dengan pembelian 'Pizza Hut' beberapa
tahun lalu. Tahun berapa tidak saya ingat pula. Dulu waktu banyak kawan
belum pencen memang selalu kongsi duit tempah 'Pizza Hut' tapi bab
pemberian percuma yang menjadi kenangan hanya 'fridge magnet' ini.

JASMINE MAGNECTIC CALENDAR

KALENDAR BERMAGNET JASMINE 2010
Pelekat Peti Ais Bermagnet / Fridge Magnet
Saya beli beras Jasmine semata-mata hendakkan kalender percuma
yang ditawarkan dengan setiap setiap pembelian beras Jasmine.
Berjaya juga strategi perniagaan Syarikat Beras Jasmine. Saya
berpendapat 'fridge magnet' semakin mendapat tempat dipasaran
berikutan banyak dijadikan sebagai pemberian percuma dengan
pembelian produk jualan. Mungkin 2011 nanti lebih banyak
pemberian percuma berupa Kalendar bermagnet atau 'Fridge Magnet'.
Kepada Syarikat Jasmine, buatlah lagi untuk 2011, kalau boleh buat
tema sekampit beras beserta kalendar atau 'frigde Magnet' sekampit
beras Jasmine... bolehlah nanti tampal pada peti ais lagi.

PELEKAT COCA-COLA

STICKER "Merdeka Ala Coca-Cola"
Pelekat yang saya beli sewaktu Buy & Trade 8/8/2010
Baru ada 2 pelekat dalam simpanan, ha ha ha!.

SELAMATKAN GAZA

LENCANA ISTIMEWA
Freedom For Palestine

BEKAS TIN NESTLE KIT KAT 2010

PERCUMA DARI NESTLE SEMPENA 75 TAHUN NESTLE KIT KAT
Bekas tin ini adalah percuma dengan pembelian 1 pak coklat Kit Kat.
Saya mendapatkannya di pasaraya gergasi pada 9 Sept 2010.
Selain bekas tin sebagai promosi ulang tahun , di kedai Petronas Mesra
pula percuma beg mesra alam atau beg membeli belah Nestle Kit Kat
dengan pembelian produk nestle kit kat bernila RM 5 keatas. Namun
promosi tersebut adalah bagi bulan September 2010 sahaja. Tidak
diketahui jika ada promosi atau pemberian percuma lain , jika anda
ada info tambahan sudilah berkongsi maklumat disini.. .
Maka penuhlah coklat Kit Kat dalam peti ais... .
hobi & koleksi tin 09092010

MUG ANLENE ITU MILIK NENEK!

MUG SUSU ANLENE
Mug Anlene yang besar dan tinggi ini berada di rumah nenek. Nenek
buat tempat letak sudu, apa lagi? ambil gambarlah dahulu untuk
entri sebagai info kewujudan mug Anlene buat pengumpul gelas.

GELAS KORDIAL F&N FRASER & NEAVE

GELAS LAMA FRASER & NEAVE
Gelas F&N Kordial
Selamat Hari Raya!, dulu top juga minuman kordial di musin perayaan.
Pada 15 September 2010, saya Beraya buat kali kedua di rumah nenek.
Sebelum balik saya minta buah tangan barang lama dari nenek . Kira o.k
dari minta duit Raya. Banyak juga barang lama di rumah nenek, tetapi
saya ambil yang dikira nyawa-nyawa ikan sebagai koleksi dan kenangan
dari nenek. Sebab barang lama yang lain bagi pendapat saya adalah
barang warisan nenek untuk anak-anak. Berbalik pada gelas kordial ini,
sebenarnya saya ambil dari almari lama diluar rumah nenek, gelas yang
berhabuk ini saya cuci hingga bersinar-sinar bak bintang Kejora... .
Dengan adanya gelas yang saya percaya lahir pada era 80-an
ini maka diharap beranak pinaklah gelas F&N nanti... .

Mari lihat Entri berkaitan di Blog berikut....
Koleksi Fitri Barang Old Skoll / Botol Kordial FN Lama
Blues Riders / Gelas FN Bunga Kuning
Dah Masuk Kotak... / Gelas FN Bunga Merah

hobi & koleksi gelas 15092010

NESCAFE PAPER CUP

CAWAN KERTAS NESCAFE 3 DALAM 1
Sempena Nescafe 3 dalam 1 yang diperbaharui!
'Kini dengan buih halus'
Cawan kertas Nescafe ini adalah koleksi tanpa modal, jalan-jalan sambil
minum percuma didalam pasaraya. Sampai kena secawan, tengah waktu
kena secawan perasa lain dan waktu nak balik kena secawan lagi! .
Inilah yang pernah saya katakan dulu, antara koleksi tanpa modal dan
makan minum percuma. Walau tidak mengenyangkan namun juga berbaloi.
Basah juga anak tekak. Banyak juga sudah koleksi cawan kertas mini ini.
Anda kalau mahu jangan segan dan silu, dalam pasaraya tiada pokok duri
semalu, Sebab promosi sebegini bukan selalu dan bagai berlalu.
hobi & koleksi 16072010

PENANDA BUKU EDWIN

PENANDA BUKU EDWIN
Hari Raya Isteri belikan Kasut jenama Edwin, maka dapatlah
percuma penanda buku bewarna merah diperbuat dari bahan
plastik dan berantai. Apa lagi? masuk dalam koleksi!.

KOTAK ROKOK MARLBORO EDISI PERLUMBAAN

KOTAK ROKOK MARLBORO EDISI PERLUMBAAN FORMULA 1
'Racing Edition 2004'
Kotak Marlboro dengan isian 20 batang rokok ini adalah rokok
buatan Malaysia keluaran Philip Moris. Kotak rokok jenis
'flip-top box' ini adalah keluaran pada tahun 2004 sempena F1.
Saya cuma ada dua kotak rokok Marlboro 'Racing Edition' yang
berbeza grafik, tidak diketahui pula berapa kotak edisi terhad
dengan grafik berbeza ini dikeluarkan. Saya membelinya pada
8/8/2010 di meja jualan 'Bottle Trade 2010' Amcorp Mall.

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA !
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!

hobi & koleksi rokok 8/8/2010

MANCIS KESELAMATAN & LILIN DARI JEPUN

MANCIS DAN LILIN DARI JEPUN
Bukan lilin yang saya hendak, tetapi terpaksa beli pakej sebab
1 set 1 paket. Entahlah apa yang maksud tulisan Jepun yang
tertera, kena tunggu orang mereka yang arif sebab, kalau tidak
baik maksudnya buat apa hendak simpankan?. Saya beli di Kedai
Jepun di mana lagi kalau bukan rangkaian kedai Jepun yang
berada di Malaysia, iaitu Kedai 100 Yen. Macam-macam ada.
Mancis Merah, "Merahnya Mak Ngah! macam zaman dulu!"
hobi & koleksi mancis 14092010

FREE NESTLE KIT KAT SHOPPING BAG !

BEG MEMBELI BELAH 'KIT KAT' PERCUMA!
Sempena 75 tahun Kit Kat!
Untuk mendapatkan beg edisi terhad Kit Kat bewarna merah yang
menawan ini, Anda cuma perlu membeli produk Coklat Kit Kat
bernilai RM5 ke atas. Tawaran ini hanya di kedai Mesra Petronas
dan promosi bagi bulan September. Namun ada sesetengah Kedai
Mesra Petronas yang sudah kehabisan stok.
Saya dapat beg mesra alam ini waktu balik kerja pada 9 Sept 2010.
75 tahun ini sahaja ke Nestle Kit Kat?
laman sesawang Kit Kat..
KIT KAT MALAYSIA FACEBOOK / KIT KAT NESTLE MALAYSIA

MUG & TUMBLER NESTLE NESVITA OMEGA 2010 PERCUMA

PERCUMA DARI NESTLE UNTUK ANDA!
PERCUMA 1 NESVITA OMEGA PLUS ® Mug untuk setiap pembelian
NESVITA OMEGA PLUS ® pak promosi 600g

PERCUMA 1 NESVITA OMEGA PLUS ® Tumbler untuk setiap pembelian 2
paket promosi NESVITA OMEGA PLUS ® 1 liter

Wah! Semakin hangat dunia Mug sekarang, banyak promosi
sepanjang zaman dibuat oleh pelbagai Syarikat, Siapa cepat
dia dapat, siapa lambat sudah tentu tidak dapat! he he he!.
Masaalahnya, hendak dapatkan semuanya adakala saya tidak
terkejar. Modal, masa, tenaga ... kalaulah ianya datang sendiri
pasti lebih menarik!, tetapi macam mimpi sajalah.....

Kepada Syarikat Nestle, berilah barang percuma pada kami para
blogger, itu pun strategi promosi juga, kalau 500 blogger ada 10 ribu
pembaca? he he he he! hu hu hu hu! hi hi hi hi!

GELAS NESCAFE 2010 PERCUMA

PROMOSI NESCAFE SEPTEMBER 2010
Dari NESTLE untuk ANDA!
PERCUMA 1 Gelas NESCAFÉ ®
untuk setiap pembelian NESCAFÉ ® CLASSIC 100g

" Pat pat siku lipat Siapa Cepat dia dapat ! "

Bro Rasli sudah awal-awal lagi tersenyum riang,
di Koleksi Botol Oren Pahang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SALAM LEBARAN
Sempena Hari Raya Yang Mulia Ini, Iaryylr & Isteri mengambil
kesempatan ini mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
Kepada Seluruh Umat Islam... .

Terima Kasih tidak terhingga dari Saya kepada Ayah Bonda,Keluarga
& Isteri . Juga Kepada Saudara Mara, Ayah & Ibu Angkat Sekeluarga,
AJK Masjid & Surau, Guru Sekolah, sahabat handai,Rakan Sekampung,
SeSekolah, Sepermainan,Setugas juga Guru Sekolah, Jiran-jiran dlln.

Yang diingati blog list 2010, Blogger Bro BR, Rasli, Asmadi Razali,
Omar Jakionline, Fitri, Lan Antik, Blurguyz, Spallan, Che Mat,
Ayah Aiman, Pak haji, Henry Antik, Zaffidin, Nikths, Pak Haji,
Bob Chenta Pepsi, Chenta Antik,Zazalimiey, Eis'Antique,Afzarizal,
My-Koleksi, Junker Ipoh, Zian Frightrice, Hazad Irwana, Nazri Antik,
Rafie T.S, Fazil Numismatic, Skype Crew, Max MatchBox, KM7, Kulaah,
Penyumbang, Semua Follower, Linkers,Pengunjung & kepada semua
yang terlepas, terlupa dinyatakan disini...

Maaf Zahir & Batin....

AWAS! DUIT PALSU DIHARI RAYA !!!

Siapa Dapat Duit Raya Palsu? Angkat Tangan!
Duit ini pernah menjadi isu tetapi hanya sedetik sahaja.

Mungkin kerana ianya bukan duit palsu yang boleh mengelirukan
orang ramai, sebab ianya terang - terang adalah sampul duit Raya.
Walaupun kelihatan seperti tiada apa, tetapi rasanya ianya
sepatutnya mendapatkan kebenaran dari BNM.
Sampul Duit Raya ini kurang RM50 pula... Di Econmart tidak sampai RM 1,
di Mydin , RM2 !, tahu RM 2 memang tak beli punya!

GELAS SUNQUICK BUAH OREN

GELAS SUNQUICK
Lagi-lagi gelas Sunquick!
1 Rumah 1 Sunquick

Hanya dengan sekali pemberian Percuma adalah Promosi sepanjang zaman!

CRISPY FRIDGE MAGNET

PELEKAT PETI AIS BERMAGNET DARI CRISPY
Fridge Magnet ini adalah sempena filem animasi Ice Age 3 , Dawn Dinosaurs.

LENCANA 50 TAHUN KUALA LUMPUR

LENCANA 50 TAHUN KUALA LUMPUR MAAU
Lencana lama bertarikh 1972 ini adalah keluaran Syarikat Atomic
Advertising & Crafts Co. Syarikat ini dipercayai bertempat di
Taiping Perak berdasarkan cop daerah dan nombor talifon pada
tahun itu iaitu Tel:3480. Jika ada sesiapa hendak tempah jangan
segan silu atau malu-malu dail nombor tersebut jika mahu.

Lencana ini sebenarnya saya dapatkan dari Lan Antik Collection
pada bulan Julai yang lalu.

MINUMAN BOTOL BARBICAN

BARBICAN MINUMAN MALT
Minuman tanpa alkohol berperisa nenas dari Dubai.

Waktu di pasar Ramadhan minggu lepas bersama isteri untuk mencari juadah
berbuka, ternampak pula air botol ini dijual oleh 2 peniaga RM 3.50
sebotol atau 3 botol pada harga RM 10.00 . Entah mahal atau murah? saya
beli 3 sebagai koleksi.

MUG PALING SAMSENG !

MUG BISKUT JULIE'S
Masihkah Anda ingat filem akan 'Castello' yang dibintangi oleh hero No:1
Malaysia 'Rosyam Nor' ?. Filem yang menelan belanja RM1.5 Juta dan
belanja promosi yang diperuntukkan oleh Syarikat produk pengeluar
makanan terkenal jenama "Julie's" adalah sebanyak lebih RM6 juta.
Filem ini diterbitkan oleh 'Suhan Movies Production' dan ditayangkan
di pawagam pada bulan Januari tahun 2006. Sebelum Rosyam Nor
memegang watak 'Castello', beliau pernah menyandang gelaran
Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia dan juga Pelakon
Pembantu Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik . Beliau telah
dilantik menjadi Duta Julie's . Sempena promosi filem 'Castello' dan
salah satu barang promosi adalah kole percuma dengan setiap
pembelian produk biskut terpilih. Setelah hampir 5 tahun,
barulah mug promosi tersebut menjadi milik saya.

FIZZI COLA YEO'S MALAYSIA

BOTOL PET FIZZI COLA
FIZZI COLA!

Fizzi adalah jenama minuman berkabornat keluaran Yeos Hup Seng. Jenama ini
dipercayai pupus pada tahun 1994. Saya tidak pasti sebenarnya bila ianya
tidak dikilangkan lagi di Malaysia kerana saya berpandukan pada tarikh tamat
boleh diminum pada pet botol tersebut bertarikh pada 1994. Jika Anda ada
maklumat, bolehlah berkongsi maklumat tersebut disini.

Seingat saya beberapa perasa Fizzi adalah seperti perasa cola, limau bali,
sarsi dan lain-lain. Entah mengapa Yeo's tidak produksi jenama Fizzi ini lagi.

TIN ROKOK BENSON & HEDGES

TIN ROKOK BENSON & HEDGES
Teringat seorang jiran selalu upah 50 sen kalau belikan
dia rokok jenama 555, lebih 23 tahun yang lalu... .

SPRAY SERANGGA CARA LAMA

HARRY BRAND SPRAYER
Kills Flies,Mosquitoes,Cockroaches,Ants,Bed Bugs Moths
Spray serangga , penyembur racun serangga cara lama ini amat
popular sebelum adanya spray serangga moden yang membanjiri
pasaran hingga kini. Dengan kehadiran penyembur racun moden
maka penggunaan dan permintaannya semakin berkurangan.
Penggunaanya dipercayai mula merosot pada era 90an kerana
kurang bersesuaian dan melecehkan dibandingkan dengan
reka bentuk penyembur serangga moden yang mudah disimpan,
pakai buang, ringkas dan lebih selamat?.

Kini ianya semakin sukar didapati kerana tidak lagi dijual
dikedai berkaitan kerana tiada permintaan, maka tiadalah stok.
Setakat ini jika masih kedapatan di kedai, itu adalah stok lama,
stok 'siapa cepat dia dapat' khas bagi pengumpul barang lama.
Penyembur racun serangga jenis lama ini adalah berjenama
'Harry Brand'. Ianya buatan Indonesia ( semprotan )

Melihat akan ia maka teringatlah waktu ayah guna spray ini dulu.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.