Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Pinggan MAS Logo EMAS

Pinggan MAS Logo Emas...
Sama ada berapa karat atau berkarat,
atau sekadar warna yang tidak memudarat,
tidak lagi ikut berlepas dan mendarat,
kekal di darat.....

Ya!, dapat juga pinggan 4 segi Syarikat Penerbangan
Malaysia atau Mas ini juga akhirnya.
MAS - Malaysia Airlines System 
Pinggan istimewa buatan Negara Matahari Terbit.
Malaysia Airlines System
Made in Jepang! Jopon! Jipon!

HONDA CIVIC TYPE R MALAYSIA

Selamat Berlumba Warga Kota....
Semoga pulang ke pangkuan keluarga....
Anak Sungai kena tuba , Tepi tebing baunya hancing,
Aku bukan Kaki Lumba, Bukan juga Kaki Racing...
apa punya pantun!..... samalah tu!

Memperkenalkan Kereta Kawalan Jauh Jenama Auldey.
Hadiah kemenangan 'Teka Kacang' di Jamuan
Raya 2011 ' Kelab BK Plant 3' yang diadakan di
Jalan Kebun pada 17 September 2011.
"Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari!"

HOT TIKET MAXIS TERBARU

HOT TIKET SALAM PERAYAAN
Masih lagi dimusim perayaan....
Ada 3 jenis hot tiket perayaan yang dikeluarkan.
Yang ini adalah Sumbangan dari En.Rosly.
TQ Bro!
"alahai iaryylr belum dapat lagi T-Shirt Maxis
dari gores dan menang Hot Tiket terbaru...
dapat sms percuma saja..... "

VOLKSWAGEN SAMBA VAN

VAN SAMBA PENUH SELAMBA
Siri "Action City"
Keluaran "Realtoy"

( Koleksi Model Kenderaan iaryylr
)

KOLEKSI APRON PERCUMA

Apron Percuma Dari 'Milk Fair'
Baik disimpan begitu saja....

UHT MILK ANYTIME, ANYWHERE

'Fridge Magnet' dari 'Milk Fair'
Pad Nota Bermagnet.... "mooooooooooooo........"

MILK FAIR 2011

Pesta Susu Giant 9 hingga 23 September 2011
Lokasi : Bukit Tinggi Klang
Pesta susu ini tidaklah sebesar mana. Namun tetap
menarik sebab ada potongan harga dan hadiah.
Syarikat susu yang mengambil bahagian adalah...
Dutch Lady, Marigold & Nestle.
Dengan Pembelian minima RM10 membolehkan anda
menyertai peraduan hadiah utama dan permainan.
Macam main Jack Pot agaknya.....
3 Hadiah utama adalah i-Pod manakala hadiah
permainan pula adalah antara Apron, beg, dan fridge
magnet bagi setiap point.
Alhamdulillah iaryylr berjaya mendapat ketiga-tiga
hadiah serta merta itu pada minggu lepas.
Ha ha ha! seronok dapat Apron, Beg & Fridge Magnet.
Hendak dapat semua Apron pun boleh sebenarnya,
tetapi tidak menariklah kalau tidak lengkap.
Kalau ada masa, minggu depan nak dapatkan Apron
lagi, Susu, milo yang ada boleh dibawa buat bekal
jalan, ke tempat kerja mahupun diminum begitu saja.

APRON CUTIE 2011

Apron percuma dari Cutie...
'Compact - Soft - Budget'
Apron dari Cutie ini baru dapat minggu lepas.
Percuma dengan pembelian
'Cutie Kitchen Towel ~ 90s x 6rolls'
Jenama Cutie ini adalah salah satu produk
barangan pengguna Syarikat NTPM.
NTPM adalah pengeluar barangan pengguna dan
syarikat kertas yang bertujuan untuk meningkatkan
kebersihan diri dalam setiap isi rumah.

Antara jenama keluaran NTPM adalah
Premier,Intimate,Royal Gold, Diapex & ConV.

Syarikat ini beralamat di :
NTPM Holdings Bhd (384662-U)
No.886, Jalan Bandar Baru, Sungai Kecil
14300 Nibong Tebal, SPS,
Penang, Malaysia

laman web : Cutie NTPM

PELITA MINYAK TANAH KECIL

Pelita Minyak Tanah Comel Berwarna Merah
Pelita pendek ini dapat bulan 7 tahun 2010. Sekejap
saja waktu berlalu bagai kelipan mata saja.

Bekas Tunjuk Rokok

Bekas Tunjuk Rokok
Harga Rokok 20 batang RM9.oo

TOP TRUMPS MOTO CROSS

Top Trumps Moto Cross, Kad Permainan Lama.
Sungguh asyik bermain suatu ketika dulu....
Teringat abang, saudara mara dan kawan-kawan
bila melihat kad permainan ini.

Jom ke Koleksi Bro Fitri untuk Kad yang lain.

Sudu Lama Nescafe Classic

Sudu Lama Nescafe Classic
Sudu mewah lagi bergaya sayang tanpa pasangan.
Itu yang terbalik Cik Garfu kita ini.
Sudu ini dikeluarkan tidak silap selepas pertengahan
era 80an. Ianya sepasang dan berkotak.
Pasangannya telah hilang tidak bernisan kerana
sering digunakan untuk membancuh minuan.

RANTAI KUNCI BRYLCREEM LONI ANDERSON

Rantai Kunci Brylcreem Loni Anderson
Rantai Kunci No:3 Akhir
Selepas entri Rantai Kunci Brylcream No:1 pada
22 Jan & No:2 pada 22 Mac, Maka inilah Rantai
Kunci No:3 yang ada dalam simpanan.
Rantai Kunci Lama yang berkualiti untuk pengguna
setia yang mengutamakan kualiti... .

Kit Kat Fun Drumstick Pencils

Stik Drum Pensil Dari Kit Kat
Setelah sekian lama di entrikan oleh Bro Spallan,
baru semalam berjaya memilikinya. Baru sampai
disini agaknya. Nampak unik pensil yang belum
di asah ini di reka menyerupai stik drum.
Merah lagi mantap Bro!!!

Sampul Duit Raya Pepsi & Revive

Sampul Duit Raya Dari Aznil
Hari Raya nampak sampul ini dah kronyok
di tepi jalan yang tidak sesak tetapi berhabuk.
Pandang sekejap ke atas fikiran, "mana budak
budak nie dapat? ... ambil isi saja tahu?".
Raya ke empat beraya di 7e, nampak Aznil
tersenyum riang dalam peti Ais!
'Kalau nak dapat Pak Anil kena beli 2 botol
Air pepsi atau revive tau!'
Apa lagi? belilah 2 botol untuk mendapatkan
beberapa keping Pak Aznil dalam palstik lagi!
itulah cerita saya... hu hu hu hu!

MUG SUPER POWER ABANG MISAI 2011

Mug Super Power Abang Misai
Mug untuk Tuan-Tuan yang setia,
juga kepada pengumpul mug berjenama.
Percuma dengan pembelian Kopi campuran 6 dalam 1
Tongkat Ali, Ginseng & Misai Kucing selagi stok
masih ada dan di pasaraya terpilih.
Sudah terlebih pasaraya maka semakin letih... .

MUG SUPER POWER 2011

Mug Bibir Merah Cantik Super Power!
5 dalam 1 Kacip Fatimah & CollagenMug percuma ini adalah promosi bulan 9.
Pastinya di pasaraya terpilih. iaryylr pun
belum memilikinya lagi. Mungkin waktu
terdekat ini bila berkesempatan. Setakat
ini belum terlihat di pasaraya hijau kuning,
K4, 9puluh9 mahupun iron maiden.
Kaki Mug atau penggemar Super Power
pasti suka kalau dapat lebih power!.

BEG KITAR SEMULA SUNSILK & LIFEBUOY

Beg Membeli belah atau beg kitar semula Percuma!
Buat pengumpul barangan pengguna,beg, Unilever
atau Kaki Peraduan. Boleh dipasaraya terpilih atau
selagi stok masih ada. Boleh didapati dengan setiap
pembelian produk Unilever bernilai RM35 ke atas.
Beg yang sebelah kiri tu Beg Sunsilk dan sebelah
kanan tu Beg Lifebuoy.
iaryylr satu pun tidak ada sebab kos untuk memiliki
beg tersebut agak tinggi walau percuma, lagipun
dan semua keperluan berkaitan masih ada stok.

OLAY TOTAL EFFECTS & CLEANSER

Make Up Set Olay Percuma! Selagi stok masih ada!
Saja hendak kongsi tentang promosi ini sebab mana
tahu ada yang teringin memiliki set bernilai RM25.
Perlu beli Olay Total Effects 50g & mana-mana
Olay Total Effect Cleanser 50g/100g dipasaraya
yang mengambil bahagian.
Menarik tetapi iaryyr tidak beli sebab tidak guna,
tetapi ada juga simpan beberapa set penjagaan
diri hampir seperti di atas yang mengandungi
ketip kuku, cepit, gunting dan lain-lain.
Sememangnya ada kolektor yang mengumpul
barangan kecantikan, barangan bilik mandi dan
penjagaan diri sama ada , barangan pengguna
barangan hotel, Syarikat penerbangan mahupun
kesemuanya atas sebab tersendiri.

SUDU GARPU MAGGI HOT CUP

Sudu Dan Garpu Maggi Cawan Panas 2011!
Diperbuat dari bahan plastik.
Pada Hari Raya Kedua....
5 Stesen Minyak Esso diserbu untuk mendapatkannya.
Malang, setiap petugas dari 4 Stesen tidak mengetahui
akan promosi yang diiklankan ditempat kerja sendiri.
Cuma 1 Stesen minyak Esso di Sejangkang sahaja yang
peka dengan apa yang ditawarkan. Cuma Kehabisan
Stok... tidak boleh buat apa tapi bukan tanda melepas.

Pada hari Jumaat Raya keempat, Singgah 7e, maka
terpandanglah iklan promosi Hot Cup Maggi .
Apa tunggu lagi? beli terus 2 Maggie Hot Cup untuk
mendapatkan set sudu dan garpu tersebut.

Walaupun sudu ini diperbuat dari plastik, namun
ianya tetap fantastik!

Kacang Dari Angkasa

Kacang Dari Angkasa...
Tetapi bukan dari Angkasapuri atau Biro
Angkasa mahupun dari uk! uk! angsa... .

Tapi Kacang yang masin ini dari....
Rakan sekerja yang bagi tadi tengahari... .
Apa lagi? simpanlah buat koleksi... .

Hot Wheels Amc Gremlin 2010

Hot Wheels Amc Gremlin 2010 7/10
HW PERFORMANCE
No:137/244Bahagian mana paling menarik?

Great Buck Handphone Pouch

Kantong Telefon Bimbit Percuma!
Pada bulan Julai tahun 2010 yang lalu... .
Masa terus berlalu... Sudah lebih setahun
beg Great ini Buck dalam simpanan.

Volkswagen Beetle RS1

Volkswagen Beetle RS1 Tahun 2001
Sedia Untuk berlumba!
Sebuah kereta hebat bewarna biru
Dengan kemasan dalam bewarna Merah
yang Mewah & Menggiurkan... .
Sport Rim Krom...
Siri 'Action City' ini adalah Keluaran
Syarikat Permainan Realtoy.
Jenama Realtoy ini sebenarnya sudah
lama dipasaran Malaysia, Cuma
pembungkusannya sahaja menggunakan
jenama pengimport seperti Tesco.
Yang ini adalah pembungkusan asal
Realtoy dan diimport oleh Wan Lee
Brothers S/B Pulau Pinang.

Fraser & Neave Orange Crush

Jangan Tersalah Ambil Botol!
Tapi yang ini memang tidak salah lagi, kalau salah..
ambil juga! asal yang tidak berkenaan dibuang...
"Apapun memang tidak salah, inilah botol gemuk
'orange crush' F&N 285ml"
Itulah ringkasan kata-kata dalam hati bila
terjumpa botol ini secara tidak sengaja pada Hari
Raya ke-2 di tepi jalan kebun di Kg. Delek.
Separuh terbenam didalam tanah & tidak berpenutup.
Walaupun cuma ada beberapa 'Fat bottle' dalam
simpanan, namun dengan terjumpanya botol ini
maka bagai teruja pula untuk menambahnya.

Beli atau diberi tidak sama dengan terjumpa.

MAGNET MAGGI PERCUMA!

Fridge Magnet Maggi Pecuma!
Ayam.. , bermacam Ayam?
Pelekat bermagnet peti ais dari Maggi ini
adalah percuma dengan pembelian kiub
ayam maggi pada bulan Ogos 2010.

Yang ini 'Fridge magnet' Chef Ayam Maggi
sedang menunjukkan hidangan.
"Ayam, bermacam ayam, telur sebiji,
riuh sekampung"

Bagus juga lagu Ayam ini , adakalanya
memperihalkan binatang sebagai peribahasa
akhirnya menunjukkan sikap manusia itu
sendiri yang kurang pro dan lebih kontranya.
Adalah lebih baik Si Ayam meriuhkan
telur yang ditetaskan dari Sebahagian pelahir
bayi kerana nafsu,yang bukan sahaja
menyembunyikan kelahiran,
malah membuangnya tanpa belas.

Sekadar pendapat...

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.