Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Julie's FREE Big Mug #4

'Baked with LOVE'
Kole percuma, siapa tidak mahu?
Percuma dengan promosi dari Julie's
4 kole besar dengan corak bertema kekeluargaan
untuk dikumpulkan. Setiap satu percuma dengan
pembelian satu tin biskut beraneka.
Selagi Stok Masih Ada!.
Bukan sahaja dapat Kole percuma, malah
tin biskut ini juga boleh dijadikan koleksi!.
Tin Biskut Julie's
Tawaran ini telah dicetak terus pada tin biskut,
mungkin sebagai daya tarikan dan memastikan
souvenir tersebut sampai kepada pembeli.
Tiada pelekat atau iklan tampal seperti biasa.
Koleksi Mug Kole Julie's
 iaryylr baru dapat kole ke empat yang boleh
menyentuh perasaan..., nampak?.
Koleksi Tin
 'Sang Suami mendukung Sang Isteri'
'Ceria walau hakikatnya berat'
Koleksi Mug Berair mata
Nak kumpul semua pun sukar apabila bukan
semua pasaraya mengambil bahagian dan
terdapat kesemua empat mug tersebut.
Tetapi harganya berbaloi.

Pinggan COKE 2012

2012 PUNYA CERITA
Pinggan Coke CINTA yang menjadi buruan
hanya pada waktu yang singkat. Selepas itu
pinggan coke CINTA mula bersepah di serata tempat.
Kini kesemua corak pinggan ini masih boleh
didapati di beberapa kedai bundle, baru dan
terpakai seperti Merah Tua dan Kuning biru pada
harga RM8.50 ke RM10?. Walau pun harga agak
mahal?, namun masih ramai yang membelinya.
Di pasar karat dan jualan garaj juga pinggan
Coca-Cola ini masih terdapat di jual.

Ada yang membeli hanya pinggan coke CINTA,
ada yang membeli ketiga-tiga corak, ada yang
menambah koleksi, ada yang sebab baru
mengumpul, ada yang hendak pinggan snek
atau makanan ringan yang unik dan ada yang
mencari kerosakkan atau kesilapan pembuatan.
Bila dapat yang berbeza tentu lagi jarang ditemui.
Seperti contoh tone warna yang tidak sama,
cetakan yang senget dan sebagainya.

Walau sudah lama melengkapkan set, dari membeli
banyak air coca-cola untuk mendapatkan
pinggan secara percuma, memburu, jember, pukat,
jaring, membeli di pasar karat dan jualan
garaj, namun baru-baru ini iaryylr mendapatkan
beberapa keping lagi di sebuah pasaraya.
Mana tidak? beli sebotol dapat sekeping pinggan.
Memandangkan stok air gas pun sudah habis,
Belilah beberapa botol selagi sempat.

Bayangkan 1 tahun telah berlalu namun
pinggan coke ini masih ada dimana-mana. 

Malaysia Airlines System

Malaysia Airlines System
Barang lama dari MAS? ini ada banyak saiz
rupanya, jenis bekas seramik berwarna putih.
Pada 2 tahun lepas dapat yang panjang dari
 ini 2 biji, tapi tahun ini dah dijual satu persatu.
Memang simpan satu tetapi dah terjual .
Sayang rasanya dah terlepas jual.
Mungkin sebab tidak keruan akhirnya muncul
pula stok baru yang menarik ini.
http://hobby-collection.blogspot.com
Malaysia Airlines System
Ya! bekas seramik sama tidak serupa.
a- CLAYTAN Malaysia Logo 1
b- ASIA CERAMIC MALAYSIA
c- CLAYTAN Logo 2

Selain pembuat dan tahun keluaran,
perbezaan lain adalah saiznya yang
hampir tidak berketepatan.
Bolehlah buat tambah barang dalam
koleksi barangan Syarikat Penerbangan.

Yang ini pula memang tak sama dan serupa
pada entri lalu Pinggan MAS Logo Mas
http://hobby-collection.blogspot.com
Malaysia Airlines System
Tetapi yang ini cuma tertera 'Made in Japan'.
Cuma ada satu dalam simpanan.

Yeo's Luo Han Guo

Bulan demi bulan, walau bulan tetap satu,
akhirnya dapat juga set lengkap Yeo's
Luo Han Guo + Teh Krisantimun
dari sebuah pasaraya pada bulan lepas.
Tema Kemeriahan di Tahun Baru Cina (2013).
Ada 3 jenis kesemunya seperti di bawah.
Gembira tidak lama, bila di perhatikan entri lepas
pada bulan March,  Edisi Khas Yeo's 2013
menunjukkan 2 kotak Yeo's Teh Krisantimun
yang lupa disimpan dan bukannya
Luo Han Gua + Teh Krisantimun.
dan lebih dekat lagi
Aduh!, rasanya yang ini pasti sudah 'sold out'
Perlu berusaha! mana tahu esok lusa jumpa.

Adoi! tak perasan...

THOR
The Dark World
( Sumber iklan dari GSC )
Tak dapat tonton THOR tak apa lagi, tapi rantai kunci
edisi terhad ini harap esok ada lagi!.
Promosi telah bermula pada 24 Oktober lalu.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.