Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label tumbler. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tumbler. Papar semua catatan

COCA-COLA COKE TUMBLER

Tumbler Coca-Cola 2013
Bermula 16 September 2013!
iaryylr
Coca-Cola Coke Tumbler
Tumbler Coca-Cola terkini dari sebuah kedai buku.
Dengan harga promosi RM8.90.
Hendak beli lagi,tetapi telah kehabisan stok.
Tak mengapa, cari lagi nanti jika ada masa lapang.
Tumbler Coke! tunggu engkau!

Koleksi Coca-Cola Malaysia 2013
hobbies and collectables

COCA-COLA TUMBLER

'Coca-Cola Contour Bottle'
 - Coca-Cola and the Contour Bottle are trademarks of the
Coca-Cola Company - 
Seperti yang tertera di tapak botol air aluminium ini.
iaryylr collection
コカコーラ・コレクション
Tumbler yang merah menyala ini adalah keluaran pada 2011.
Koleksi Coca-Cola
Botol Aluminium Coca-Cola la! la! la!

Tumbler Indocafe Biru

Tumbler Indocafe Biru...
Sebuah botol minuman yang diperbuat dari aluminium
dan berpenutup plastik. Untuk mengetahui souvenir
terkini dari  INDOCAFE bolehlah singgah di

Gelas Atau Tumbler COCA-COLA UEFA EURO 2000

Tumbler atau gelas plastik Coca-Cola UEFA EURO 2000
ini adalah keluaran Malaysia, dapat pun dari Malaysia.
Walaupun bertemakan EURO 2000, namun iaryylr tidak
tahu untuk apa dan asal bagaimana ianya boleh didapati, 
mungkin sempena perasmian atau acara tertentu?.
Ini iaryylr dapat beberapa tahun lalu di kedai bundle.
Di bawah tema tertera
1994 UEFA TM Coca-Cola 'Coke' dan rekabentuk Riben
 Dinamik adalah tanda-tanda perniagaan berdaftar
The Coca-Cola Company
Cuma ada tiga dalam simpanan.....

7-UP KFC

7-UP dan KFC
Bersatu dengan dalam satu gelas plastik
atau tumbler yang slumber
Tumbler dwi lapisan yang menarik!
2 lapis oh! untuk kesan khas istimewa!
karektor fido-dido dengan 3 gaya ceria!
Fido dido beritahu KFC Bagus!
Atuk KFC kata bak setin!
Minum KFC lah sambil sulam dengan air 7-up!
Koleksi 7-up & Koleksi 7-up Fido Dido

Koleksi Milo - Tumbler Bertudung Hitam

Tumbler Milo Nestle Semagat Kesukanan
Minum Milo sebelum, main badminton,
atau minum milo selepas main badminton?

Gua, Lu dan Tropicana Twister

Tropicana Twister Hijau
Gelas plastik atau tumbler ini Gua dapat di kedai
barang baru dan terpakai yang tumbuh macam
cendawan dan barang kedai macam ini pun
barang dan harga ada bagus ada tidak.
Namun tetap menjadi lubuk kolektor dan
peniaga mendapatkan barang pilihan memandangkan
ada penjimatan dari segi masa dan kos pengangkutan.
Selalu kena pergi sebab barang masuk keluar
dengan begitu pantas. Ada barang baik dan kurang baik
 mengikut pendapat hati Gua, Lu dan Dia. Kalau Gua 
sekali-sekala dalam sebulan bolehlah datang jenguk
dan angkut kalau ada yang menarik. kalau selalu
mana larat. Oklah Gua nak pergi Keluar dari ini
Gua sebab Gua nak pergi cari nafkah dulu....

Tumbler Milo Bola Sepak

Minum Milo Tidur Milo Geng-Geng Milo
Yang ini baru dapat dari Petaling Jaya minggu lepas.
Banyak yang perlu dicari lagi, hendak membeli perlu
kos lagi, tidak mengapa. Kita jalan-jalan lihat alam
sambil tambah koleksi wajah pun boleh berseri.

Gardenia Roti Premium Dan Twiggies

Nak Bocong ke atau Roti Gardenia atau Twiggies?
Boleh tidak ambil ketiga-tiganya sekali?
Sudah tentu boleh!. boleh sahaja!
3 dalam 1 kan?
Nampaknya seperti ada kekurangan....
Tali sandang yang tiada?
Ada tiada sapu sahaja sebab ianya unik!.

Tumbler Pak Singa Belaan Fraser dan Neave

Singa Fraser And Neave
iaryylr baru ada 1 sahaja dari beberapa
jenis, Jika Anda hendak lihat yang lain
bolehlah berkunjung ke blog
Bro Spallan "...dah masuk kotak"

Energizer Aluminum Sports Tumbler

Energizer Aluminum Sports Bottle
Riang ria bersama Energizer!
Banyak juga souvenir Energizer berupa bekas
air sukan. Banyak juga yang belum ada.
Tidak apa, satu campur satu jadi dua....

Marvel Avengers Coca-Cola

Iron Man Adiwira Berbaju Besi Berseluar Yenki
Coca-Cola
Baju besi seluar yenki tapi minum air guna tumbler
tgv cinemas coca-cola malaysia
Tumbler dengan bekas makanan dan bersudu pula.
iaryylr cuma dapat tumbler pakcik iron man ini sahaja
Coca-Cola Malaysia
Tak kisah katanya asal ada TGV Cinemas dan Coca-Cola
Adiwira Baju Besi pun berlalu dengan muka selamba...

Tumbler Coca-Cola TGV Cinemas

Tumbler Coca-Cola Aluminium
Panggung Wayang Tanjung Golden Village
Bekas air yang menawan!

Bateri Energizer dan Tumbler Istimewa

Beli Bateri pun boleh dapat barang percuma!
Tapi tumbler ini terus di beli pada tahun lepas.
Tahun ini dapat lagi di pasaraya besar.
Beli lagi untuk di guna pula.
Kit Kat 100 Tahun Nestle Di Sisimu
Kit Kat oh! Kit Kat!
Merahnya Mak Ngah! macam zaman dulu!
Coklatnya sudah lama habis, tinggal bekasnya saja :)

NeStLe MiLo NuGgEtS

Nuggets Milo Dari Nestle
100 tahun Nestle di sisimu ...
Ada lagi gelas plastik berkaki atau tumbler
Milo Nuggets, tetapi yang ini tidak bertutup.
Hasil selepas dapat info dari Bro Nikths.
Paten seperti ini memang pernah dikeluarkan
tidak lama dulu, cuma yang ini agak
besar dan lebih mantap.
Buat milo sejuk dan campurkan nugget
milo ke dalamnya. Untuk lebih 'kick'
taburkan serbuk milo di atas minuman.
Maka tenggelam timbul kesemuanya
dengan ais batu yang menyejukkan... .

Sempena 100 Tahun Nestle Di Sisimu

Milo Nuggets Buat Hal Pula!
Ya! Bekas Milo Nuggets 8" tinggi x 5" lebar
Untuk anda tersenyum lebar
dan mengurangkan wajah hambar.
Pakej 3 dalam 1, Kotak khas , Nuggets Sedap
& Bekas Nuggets yang serbaguna, boleh
buat isi jajan, isi air atau isi apa-apa saja.
Bekas dari bahan plastik yang tidak
elastik tetapi sungguh fantastik.
Sememangnya Souvenir Milo sentiasa
lain dari yang lain, itu yang menarik
dan buat tertarik sebab ada daya penarik.
Cuma yang ini seperti berpelekat.

Marigold Peel Fresh

Tumbler Jernih Sayang Plastik
Buah di petik bukan di lastik...
Tumbler Jernih Bertutup Oren
mana pula isinya jus oren?
Jom belanja iaryylr minum MariGold!

Jus Otak Untuk Di Nikmati!

Ambil otak, dan sumbat dalam bekas!
cucuk straw dan sedut jusnya....
Perghh! tak sedapnya! rasa kuning telur!
ia! ngeri pulak nak nikmati, macam cerita
Indiana Jones pula bohongnya!... .
ia! ini bukan betul!, ini bohong! bohong!.
Tumbler tengkorak berdarah mata merah
dengan otak tersembul dan straw merah... .
Tumbler ngeri keluaran Panggung TGV.
Mulanya disangka sudah tiada lagi kerana
agak terlewat ke panggung walau mendapat
maklumat awal dari Blog Bro Spallan.
Tumbler 2 sebegini dari pengalaman iaryylr
tidak boleh disimpan dibekas kedap udara
sebab ia boleh bagai merekah mereput.
Tetapi tidak tahulah campuran plastik
sekarang bagaimana, mungkin bergantung
juga pada suhu dan sebagainya... .

Botol Air Sarsi Edisi Terhad

Tumbler mahupun Bocong... ianya Percuma!
Percuma dengan pembelian 2 botol Sarsi 1.5L.
Selagi stok masih ada... kalau tiada?.
Hasil entri Bro Spallan tempohari, maka sempatlah
saya mendapatkannya. Bolehlah tambah koleksi
Fraser & Neave dan air botol dalam peti ais buat
penyejuk kerongkong dikala kepanasan atau
sewaktu kandungan gula dalam darah berkurangan.
Ramai yang sudah memiliki, namun pasti masih ada
yang terlepas pandang atau sudah terpandang di rak
tetapi menangguhkan pembelian... .

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.