Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

EDISI KHAS YEO'S 2013?

Aduhai terlupa pula nak simpan kotak ini ):
Bila transfer gambar dalam hp ke pc baru perasan
gambar kotak minuman Yeo's Sempena Tahun Bari Cina
ini lupa disimpan. Mungkin masih ada lagi di pasaran.
Kotak ini agak istimewa ini sebab ada tambahan gambar
kartun budak bermain naga dan kanak-kanak bermain
mercun. Rasa seperti perlu ada dalam simpanan.
Gambar ini di ambil sewaktu bercuti di kampung.
Bagi mereka yang mengumpul kotak minuman atau jenama
Yeo's ini, bolehlah mendapatkannya selagi masih ada,
seperti biasa di kedai-kedai mahupun di pasaraya.

TIN JACOB'S EDISI TERHAD

PROMOSI TERKINI DARI JACOB'S
Bagi mengimbas kembali kenangan Anda dan Jacob's.
Sempena 60 Tahun Jacob's.
"TIN KLASIK JACOB'S"
Terdapat 4 warna tin edisi terhad untuk dikumpul
mengikut jenis biskut. Warna merah, hijau, kuning dan
biru. Dalam gambar cuma ada 2 warna sebab warna
pada waktu itu belum dikeluarkan atau belum disusun.
iaryylr tak beli sebab pada waktu itu ada masaalah
harga tak sama dengan yang dinyatakan. Masaalah
teknikal yang belum diselesaikan, takkan nak beli
dengan harga yang lebih tinggi dari biasa.

Koleksi Mug - Munchy's LEXUS

Munchy's LEXUS, Biskut yang sering menceriakan!
Tak kering dengan idea souvenir yang pelbagai... .
Mug dari Munchy's Lexus ini adalah percuma dengan
pembelian sebungkus biskut Lexus keluaran Munchy's.
Promosi selagi stok masih ada ini telah bemula awal bulan yang
lalu di K4 Shah Alam. Mungkin masih ada atau menyusul
di pasaraya-pasaraya lain yang mengambil bahagian.
Apa yang menarik selain 4 reka corak, adalah jenis mug
ini adalah mug bertingkat. Mug yang boleh disusun secara
menegak, sekali gus mesra ruang kerana mudah disusun.
Pada akhir bulan lalu iaryylr telah berjaya melengkapkan set ini.
Harga mug kosong pun RM2.50  ke atas, ini pula mug Munchy's.

Koleksi Mug 2013

Hati Yang Memerah Otak


Sekadar Perahan Otak... Bukan Jus Otak,
tapi Otak-Otak sedap dimakan dan boleh didapati
di jual sejuk beku di pasaraya pasaraya terpilih. 

Awam mengatakan "Jenayah itu Membawa Padah!"
Namun bagi penjenayah, Jenayah itu indah?
Mangsa mengatakan penjenayah tidak berperi kemanusian...
Namun mungkinkah bagi penjenayah, penyiksaan suatu kepuasan?

Apa yang penting bagi diri ini... hidup, wajar diteruskan.
Jika kita fikir kita susah, ada yang lebih susah,
ada juga yang menyusahkan. Begitu juga jika kita fikir
kita senang, ada yang lebih senang, senang-lenang, malah ada
diantara mereka yang terlalu senang sehingga menyusahkan orang
atau walau kesenangan itu hasil dari menyusahkan orang.

ibarat pepatah iaryylr...
Senang sehingga menggantikan baju orang-orang,
Susah sehingga memakai baju orang-orang.
tak pun?
Menang dapat wang, kalah dapat parang,
Kalah rampas wang, menang kena parang...

ada-ada sahaja mereka-reka pepatah yang entah apa-apa.

Teringat pada tahun 1990an, di dinding sebuah tandas di sebuah
kilang, bukan tertulis, bukan suratan dan juga bukan kebetulan,
tetapi sengaja ditulis oleh seseorang yang songsang kreatif seperti,

DUNHILL
Siap dimaksudkan....

Dunia Untuk Nikmat Hidup Ibarat Layang Layang...

MARLBORO?
Manusia Akan Rosak Bila Orang RXGXL Orang...

SALEM?,. ROTHMANS?...
Arghh! sudah lupa pula, walau masih boleh direka-reka
untuk sedap cerita, namun itu bukan ingatan yang asli untuk
dikongsikan.  Mungkin ada sesiapa punya idea?.

Bagaimana dengan jenama rokok yang lain?
mungkin kita boleh imbas dengan membuat maksud atau andaian
dari jenama rokok lama seperti TORCHLIGHT, ROUGH RIDER,
GOLD LEAVE, VIRGINIA GOLD, LABOUR,
PICADDILLY dan sebagainya.

ROYAL MALAYSIAN NAVY

Tentera Laut Diraja Malaysia
Kalau ada ole-ole mesti ada begnya baru syok! kan?

TENTERA DARAT MALAYSIA

TENTERA DARAT MALAYSIA
"GAGAH SETIA"
"8O TAHUN PERKIDMATAN DIUTAMAKAN"
Portal Rasmi
Tentera Darat Malaysia
Penanda buku Souvenir Tentera Darat Malaysia ini agak
istimewa kerana ianya bertema Sambutan 80 Tahun
Tentera Darat, iaitu dari 1913 ~ 2013.
Koleksi Penanda Buku
Selain Penanda buku celoreng ini, dapat juga risalah-risalah
untuk disimpan sebagai rujukan dan maklumat.

Koleksi sebegini iaryylr fikir jika digabung dengan rantai
kunci replika senjata, pemetik api replika senjata,
lencana, barangan perhiasan berbentuk barangan ketenteraan
seperti tempat habuk rokok berbentuk kubu atau tabung
berbentuk bom tangan dan sebagai pasti menarik jika
diletakkan di sudut pamer di rumah.
- iaryyr simpan sahaja -
Tentera Darat Malaysia


TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
 - PORTAL RASMI - 
LAGU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Lirik Lagu Patriotik
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Kami Pewira Di Angkasa
Berjuang nun di langit biru
Menyediakan payung melindungi negara
Musuh kan kami buru

Dengan Doa Kami Berkhidmat
Semoga Tuhan Beri Rahmat
Kami Tetap Setia Pada Seri Paduka
Dan Negara Ibunda

Sentiasa Di Angkasa Raya
Itulah Cogan Kata...
Dengan Cergas Kami Meronda
Taat Setia Terbukti
Berkorban untuk Keamanan
Negara Yang Tercinta..
Bendera Malaysia
Dengan Megah Di Julang..
-------------------------------------------------
 Hobi dan Koleksi hari ini membawakan satu lagi penanda buku
dengan tema ketenteran. Penanda buku berlogo
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Pada muka belakang sebelah atas tertera Gambar
PESAWAT TEMPUR SUKHOI SU-30 MKM
dan di bawahnya pula ringkasan sejarah penubuhan TUDM,
Manakala pada muka depan tertera logo TUDM dan juga
PESAWAT TEMPUR SUKHOI SU-30 MKM.
Minat pada teknologi,senjata, pesawat dan kendaraan militer,
punya hobi suka mengumpul... dan walau sekadar penanda buku,
namun bagai semuanya dalam satu...

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

"ROYAL MALAYSIA NAVY"
- TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA -
Angkatan Tentera Malaysia Kini di Lahad Datu Sabah...
Ya!, yang ini adalah penanda buku bertemakan TLDM.
Souvenir Perisai Negara ini iaryylr dapat sewaktu pameran Ketenteraan
di Shah Alam. Sambil dapat melihat apa yang dipamer, dapat juga
beberapa souvenir yang boleh disimpan sebagai koleksi.
Selain dapat menambah pengetahuan, dapat juga menambah koleksi
penanda buku atau koleksi berkaitan perkhidmatan awam.

Download Lagu Patriotik

Dengar atau jadikanlah ianya sebagai nada dering diketika ini....

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia Kini di Lahad Datu...
Maka iaryylr pun belek kembali beberapa souvenir dari
PERISAI NEGARA
Kalendar 2013 Angkatan Tentera Malaysia 

 - ANGKATAN TENTERA MALAYSIA -
PASUKAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
PASUKAN TENTERA DARAT MALAYSIA
PASUKAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Lois BORN IN SPAIN

"THE JEANS THAT WERE BORN IN SPAIN"
Jeans Lois, sejak tahun 1962...
Pada 2012, Lois telah menyambut ulangtahun yang Ke-50.
Klik di bawah untuk tonton iklan lama Lois dari mula...

Ok, entri kali ini bukan nak kongsi pakaian jenama Lois,
tapi Strap Kerbau Liar souvenir dari Lois :) . 
Strap baru atau NOS ini dapat dari kedai terpakai.

Lois adalah jenama pakaian fabrik Jeans, jadi bila cerita
pasal Jeans, teringat pula pada pertama kali iaryylr dapat
seluar jeans potongan bell bottom. Waktu itu umur iaryylr
sekitar 3 tahun, dipadankan dengan but kulit, baju kartun dan
topi. Waktu itu iaryylr kecil lagi, mana tahu tentang Jeans
 atau Jin.Yang tahu nak seronok dan bermain sahaja.
Seluar Jeans, Baju Jeans, Kasut Jeans, Topi Jeans,
Apron Jeans, eksesori Jeans, Skirt Jeans, Sarung Tangan
Jeans, Beg Jeans..... perghhh! banyak betul produk
berasaskan fabrik Jeans.

Minggu lepas pergi Jualan Garaj Anggrik Mall,
dapat pula Apron Jeans jenama MARLBORO.
Selain Apron, dapat juga stiker lama MARLBORO.

Bekas Plastik Horlicks

HO! HO! HO! HO! HORLICKS!
Bekas Horlicks yang menawan ini diperbuat dari
bahan plastik. Ianya sungguh menawan.
Bekas kedap udara ini boleh digunakan untuk
menyimpan bijirin mahupun barang peribadi.
Siapa tahu ianya digunakan untuk menyimpan
wang atau perhiasan jika tidak diberitahu?.
Horlicks Ais.... Horlicks Panas.... mari! mari! mari!

Kembali Mengumpul? 1313?

1/3/2013
Selamat Sejahtera...
Hampir 2 minggu tak berblog, banyak pekara yang
berlaku dari suka dan duka sebagai rencah kehidupan.
Walau begini dan begitu, masih sempat cari barang.
Walau cuba bertahan, namun cari juga sikit-sikit.

as the sky turn black....
3/3/2013
emmm.., hati nak update blog beberapa hari ini tetapi
masih tak sempat  juga berbuat kemudian. Mungkin
iaryylr kembali segar dalam waktu terdekat.
Jam menunjukkan 5.35 petang, hujan turun dengan
begitu lebat sekali bagai sedang mencuci bumi.
Kelmarin dan semalam pula cuaca panas terik,
ada yang mengadu tekat perit.

4/3/2013
Adalah hari Esok...





Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.