Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

A AND W

Bingkai Gambar
Rasa nak berbuka dengan air Root Beer Float,
tapi malas pula nak keluar membeli.
Sedap! ooo! Root Beer campur ais krim vanilla!.

Rak Nescafe

Rak Nescafe
Tidak semua kita boleh cari, minta atau dapat
dengan harga murah, adakalanya kita perlu
membeli untuk mendapatkan apa yang dihajatkan.
Seperti Rak Nescafe ini, ianya adalah hasil
pembelian secara online beberapa bulan lalu.
Bolehlah buat letak barang pamer, berbaloi.

1 Sen Bunga Raya 2006 - Syiling Cacat

 2 Keping 1 sen 2006 Bayang Rebana
Die clash error coins
Syiling Malaysia 1 Sen
Kesan mendalam dari pertembungan die
http://hobby-collection.blogspot.com
Rebana sebagai latar belakang Bunga Raya
1 Sen Bunga Raya
atau Bunga Raya di atas Rebana?
Clashed die error
apa-apa sahajalah....

Kepala Pusing

Adakalanya menconteng dapat membantu
mengurangkan masaalah stress, menjadi
sumber idea, sebagai hobi dan ada juga
yang mampu menjana pendapatan melaluinya.
Kadangkala bila banyak kertas kerja, iaryylr
akan rehat sebentar dan menconteng,
dalam waktu mesyuarat atau berkursus.
Bukan tidak beri tumpuan, tapi bila mesyuarat
atau kursus mula meleret atau keluar tajuk.

Bukan Bujang Senang

Bukan Senang Nak Senang,
Macam anak buaya ini.
Kisah Sang Buaya
Jauh perjalanannya hingga tersesat di Malaysia.
Bukan Buaya Bujang Senang
Mungkin anak buaya ini sudah mengunjungi
beberapa buah negara sebelum dilepaskan
oleh Tuan nya atas sebab tertentu.
www.victoriahotels.asia
Ya! anak buaya soft toys ini sebenarnya terselit 
seguni dalam guni anak patung yang dibeli
pada tahun lepas. Alang-alang ada kumpul
barangan hotel, bolehlah selit sekali.
Mungkinkah Anak Buaya Victoria ini akan berhijrah lagi?

SEASONS Nutri SOY

Sudahkah Anda menikmatinya?
FN SEASONS NUTRI SOY
Pergi bayar hutang, balik singgah N.W
dapat 1 rantai kunci, singgah lagi 7-e
dapat lagi rantai kunci, tapi nak dapat
rantai kunci cuma perlu beli minuman
SEASONS Nutri SOY.
Souvenir Rantai Kunci
Dapat souvenir ini pun pada awal bulan Julai.
Sekarang baru teringat, ada lagi tak?
he! he! he!

HELLO KITTY

Kumpul mata dan tebus!
Kali pertama sewaktu promosi bermula, banyak
7-e di terjah untuk mendapatkat gelang tangan
utama yang dijual berasingan juga setem belian
untuk menebus satu dua CHARMS yang ditawarkan.
Mulanya rasa teruja sebab banyak 7-e yang
katanya kehabisan, yang hairan sangat, poster
besar promosi hebat tapi bila di tanya... alahai.. .
Tak mengapalah, Apa yang menarik adalah CHARMS
tersebut boleh ditebus dengan 20 setem atau 10
setem + RM3.90. Apa yang tidak menarik  ianya
tidak boleh dipilih atau nasib, kalau nak juga perlu
agak-agak rasa bentuknya dari sampulnya :) .
Untuk mempercepatkan proses mendapatkan
setem, cuma minimum pembelian RM 5 termasuk
barang pilihan untuk mendapatkan EXTRA Setem.
Kalau beli lebih-lebih pun dapat 2 setem saja.
Bergantung pada juruwang juga he he he.
Yang malas, setiap kali beli nak kena minta setem
walhal setem tersebut tidak perlu diminta-minta.
Sekarang rasa biasa-biasa saja... .

 Hello Kitty Bracelet RM15.90 di kedai tepilih
Setem dikeluarkan dari 1 Julai hingga 8 September 2013
CHARMS boleh dituntut sehingga 15 September selagi stok masih ada.

MiTV Change Yor View...

Pengendali Televisyen Berbayar mitv
Hanya sementara di persada hiburan.
Tetapi souvenirnya masih bertahan.
Mungkin ini satu atau salah satu
souvenir dari MiTV yang menghiburkan.

Kad Raya BoBoi Boy Fenleaf Solivite

Kad Raya 2013 Edisi Khas BoBoi Boy.
 2 keping Percuma dengan pembelian 1 pek
Solivite Fenleaf.
 Nak dijadikan sampul duit Raya pun boleh
juga, tapi perlu lipat tiga atau empat baru muat.
 Ada orang itu kan belum mula berpuasa dah mula
cari barang-barang dan souvenir edisi Raya,
kah! kah! kah!, itu saya, mungkin juga & The Gang.
Nak lengkapkan set, perlu beli 6 pek Raya Solivite.
Jadi budak ler nampaknya nanti.... .

PEK PROMO "Shaker" KNORR

Pasti Sedap! 
PERASA SEMUA DALAM SATU
YANG BAHARU!
Telah lama tidak mengganas di pasaraya, bila dapat
duit belanja sikit, bolehlah beli 2 barang 1 harga.
Macam "Shaker" ini, Syok di pandang pasti seronok
digunakan, tetapi kalau ada lebihlah... he! he! he!... .

PROMOSI TERBARU COCA-COLA

PROMOSI SOUVENIR TERKINI COCA-COLA
Coca-Cola Malaysia
Jalan-jalan di pasaraya minggu lepas, ternampak pula
promosi  terkini dari Coke berupa bekas makanan
LOCK & LOCK 1L.
Tapi macam pernah nampak pula souvenir ini ya?.
Logo Coke pula nampak seperti pelekat sahaja.
Rilek Sebentar.... .
Nak dapatkannya? Percuma dengan pembelian mana
-mana 4 botol minuman 1.5 atau 2 litre keluaran
Coca-Cola di pasaraya yang mengambil bahagian.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.