Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label sampel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sampel. Papar semua catatan

Beauty Nourishing

Umpama susu segar di dalam botol....
Tapi ianya bukan susu dan bukan juga botol.
Ianya adalah risalah bersampel untuk promosi
'DOVE BODY WASH' terkini.
DOVE BODY WASH
With unique Natrium Moisture Technology work to :
Cleanse effectively
Replenish skin lipids
Improve skin hydration
Nourish your skin

Colgate Sensitive Pro-Relief

Sakit gigi dengan minuman sejuk?
Boleh cuba dengan Colgate.
"Disyor mencuba, perlu percuma"
Sampel ubat gigi Colgate percuma.
Isteri barter dengan anak buah tukar dengan
ubat gigi kanak-kanak.
Menambahkan lagi koleksi sampel dan ubat gigi.
Yang ini untuk simpan, kalau dapat lebih baru
boleh cuba, kalau dapat banyak? bolehlah
buat kongsi - kongsi dengan rakan - rakan.

Sabun Cuci Pinggan Mangkuk Glo

Glo Professional Citrus And Vinegar
( Kamera : HP Adroid Samsung Galaxy Grand Duos )
Jalan-jalan pasaraya nampak promoter sabun.
Balik bawa sampel sabun, kan bagus kalau
ada risalah, pasti lebih menarik!.

Pal Sweet Ajinomoto

Pal Sweet
Bukan Sekadar promosi kosong, dan ujian rasa...
ada juga sampel "Untung Orang Ramai"
Ada logo halal terkini lagi.
Pemanis Semula jadi dari jenama ternama Ajinomoto,
sama manis, rendah kalori.
Kumpul risalah bersampel  pun menarik!
Risalah pengenalan produk beserta sampel percubaan ini
menambahkan lagi koleksi risalah atau phamplet collection.
Mengumpul risalah juga adalah hobi mengumpul yang
mudah lagi bersahaja. Ada juga orang suka mendapatkan
risalah untuk dikumpul kerana hobi dan koleksi, ada juga
kerana terdapat maklumat yang menarik pada risalah tersebut
yang boleh dijadikan rujukan dan ada juga yang
buat duit dengan cara "kumpul dan timbang"
iaryylr mengumpul risalah kerana hobi dan sebagai rujukan.

KUAT HARIMAU

Sabun Serbuk Kuat Harimau 35g
Dapat percuma di pasaraya.
Sebut harimau, macam-macam boleh dikaitkan seperti
senaman harimau, harimau berantai, harimau jadian,
kuku harimau, daging harimau, ada juga pernah dengar
hari-hari mau.... .

Sampel Percuma Scotch Brite

Pembersihan Bijak - Cepat Mudah dan Berkesan
Lebih cepat dan mudah dengan sampel percuma!
Dalam dua minggu lepas, iaryylr teringin makan sardin.
Maka selepas buat bayaran dapat pula 'free gift'
dari kauter berupa Sampel Scotch Brite keluaran 3M
dan sebungkus mee segera yang sudah lupa apa jenama.
Mee sudah dimakan, Scotch Brite pula sudah disimpan.

Keluaran Ubat Gigi Yang Tidak Untuk Dijual

Ubat Gigi Apakah Yang Tidak Untuk Dijual?
Mengapa tidak untuk dijual?
Siapa yang tidak mengizinkan untuk dijual?
Ubat gigi 'Double Action Enamel Protect' pula itu,
Ya! inilah barang persampelan dari Pakcik Negro.
Pakcik Darlie yang sentiasa tersenyum menampakkan
baris gigi yang putih berseri, tak tahulah gigi yang
asli atau palsu. Palsu, asli, tampal, apa pun perlu
diberus juga dengan ubat gigi. Kalau nak berus gigi
dengan sabun mandi atau shampoo rambut pun
boleh juga jika anda hendak mencuba atau cuba-cuba.
Ha! ha! ha! ha! 1 juta kali Ha!
shhhh! jangan beri tahu sesiapa tau... shhhhh!
"biar pecah diperut jangan pecah dimulut"
iaryylr pernah tergosok gigi dengan pencuci muka!
Kan hampir sama sahaja saiznya!
Ha! ha! ha! ha! 1 juta kali Ha!
ingat ia! jangan beritahu sesiapa o.k!?
"biar pecah diperut jangan pecah dimulut"

Biskut Yang Tidak Untuk Di Jual

Wah! Biskut apa yang tidak untuk dijual?
kalau macam itu bagaimana mahu untung?
Untung! untung! kalau biskut yang disediakan
adalah biskut promosi, tentu ramai sudah
menikmatinya, inilah strategi perniagaan.
Inilah biskut persampelan munchy's
'Wheat Krunch Collagen'
Wah! biskut pun ada kolagen!, pasti
muka tegang berseri makan biskut ini?.
Sayang biskut ini diberi satu sahaja, bagaimana
nak makan? mana cukup? yang satu ini
pula hendak disimpan sebagai koleksi.
Itulah kalau orang beri untuk rasa tapi
kita ambil untuk simpan, memang tidak
akan merasa. Adalah lebih baik promoter
biskut ini beri seorang dua paket biskut,
ha! ha! ha! ha! 1000 kali ha!

Colgate Plax Ice Baharu

Colgate Plax Ice
12 Jam Perlindungan Anti Bakteria
'macam X-Men'
iaryylr tidak guna Colgate Plax, tapi yang ini
dapat percuma. 'Colgate Plax Ice' ini adalah
barang persampelan yang dibotolkan.
Cuma 20ml sahaja untuk sekali mencuba.
Dari untuk sekali guna, baik disimpan
sebagai koleksi barang persampelan.
Botolnya pun comel dan menarik.
Kalau dapat lebih baru boleh cuba... .

Protex ProExpert Shower Shampoo

Protex Pro-Expert
Perlindungan Anti Bakteria 24Jam
Inilah persampelan dari Protex, Shampoo
mandian anti bakteria,
Yang ini nak kena minta baru dapat.
Belum di uji sebab ada 1 sahaja.
Hendak juga tahu bagaimana nikmatnya.

SAMPEL KRIM CECAIR CIF

Sampel Krim CiF
Hilangkan Kotoran! Serikan Permukaan!

SHAMPOO SUNSILK DAN UJIAN SIKAT

Sampel Shampoo & Perapi Berserta Sikat Penguji
'Sunsilk C - Creations'
Sampel percuma ini mengandungi paket shampoo
7ml dan sepaket perapi juga dengan kandungan
sebanyak 7ml. Keduanya tertera
"Not For Sale"
Jadi? selepas shampoo dan perapi ini digunakan,
bolehlah pula melakukan ujian sikat dengan
menggunakan sikat khas yang disertakan
untuk membuktikan keberkesanan .
"Selepas menggunakan perapi, rambut bebas kusut
dan sikat meluncur lembut dari akar kehujungnya"

Sampel Cecair Serbaguna ZIP

ZIP - Cecair Pembersih Serbaguna
Dulu selalu ada iklan ZIP sebagai pembersih
barangan dapur kalau tidak silap, tetapi itu
dulu. Kini ZIP jauh berubah.... .
Sampel yang wangi ini tidak silap dapat pada
2010 sewaktu membeli-belah dipasaraya.
( berapa banyak mau silap da? )

SAMPEL SHAMPU SUNSILK

New Sunsilk With Nano Complex
Sampel Promosi dengan harga Istimewa atau
dapat percuma jika berpeluang, he he he!.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.