Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

PEPSI KEYCHAIN

RANTAI KUNCI EDISI TERHAD PEPSI 2011!
Cepat Sebelum Terlambat! Dapat Sebelum Terlewat!
Memorabilia Pepsi Keychain
Jom kita Zoom dekat-dekat agar mata boleh pakai lama...
Rantai kunci Pepsi ini diperbuat dari bahan besi, ditempa khas
sebagai edisi khas bukan sahaja buat kaki pepsi, malah kaum
kerabatnya seperti 7-up, Revive, Mountain Dew & Mirinda.
Iaryylr agak terlewat sebab baru dapat katalog semalam,
sedang promosi ini telah bermula dari 14 oktober lagi sehingga
3 November 2011... Dapat 1 dari 2 yang ditawarkan.
Rantai kunci ini telah ditempa dengan logo pepsi pada bahagian
depan dan belakang 1 aksi Drogba dan 2 aksi Toress.
Lihatlah saiznya yang agak besar dari syiling 50 sen Malaysia.
Berbaloi rasanya & ada untung jangka panjang....
Best Bro! Best Bro!
.
Koleksi Pepsi - Koleksi Rantai Kunci - Collection Of Key Chains
collezione di portachiavi - Auflistung von Schlüssel-Ketten - Pepsi Koleksi

BEKAS KOTAK ROKOK PEPSI

Bekas Kotak Rokok Pepsi
Sungguh Bergaya.... Pepsi logo lama...
Koleksi Pepsi...

Selamat Merdeka Raya 1957

SELAMAT MERDEKA 1957 !
Sesuatu yang tidak sempat dikeluarkan di Hari Kemerdekaan!
Mengapa tidak dikeluarkan? belum ada kemajuan ke?.
Apapun Kini menjadi realiti yang Hakiki... untuk dikongsi...
Merdeka! Merdeka! Merdekakah Kita?
Ya! memang inilah bendanya yang tidak sempat dikeluarkan
pada 1957, kerana zaman itu belum ada telefon pra-bayar...
Belum ada telefon bimbit, tiada siapa tahu apa itu gsm,
3G, mobile prepaid, top up, kad sim dan se-teknologi.
Keluaran Tune Talk Mobile Prepaid Tahun 2011 Sempena
Merdeka Raya... yehaaaa!
Cantikkan? cantikkan?

PEMETIK API PEPSI

Pemetik Api Pepsi
Keciknya! kita besarkan sikit! Zoom Sikit...
Ya! inilah pemetik api Pepsi.. ori ke? tidak ke? asal Pepsi!
Pergh! Pepsi pun kena sambar Petir!

Khasiat Arnab Dan Burung

Khasiat Arnab & Burung, sebenarnya juga dapat membantu
dalam penjagaan atau bagi mereka yang ingin memiliki
gigi yang kuat dan sihat .
Oleh itu pastikan kita pandai makan daging arnab dan
burung untuk menyihatkan lagi gigi kita.
Memakan daging arnab atau burung juga dapat
membantu ekonomi negara, penternak dan juga
dapat menyelesaikan masaalah kekurangan
daging ayam dimusim perayaan.
Masakkan seperti Rendang Arnab atau Burung 3 rasa
juga boleh dipopularkan dan diperkenalkan di seluruh
negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Mahu resepi masak Arnab dan Burung?
Untuk resepi yang lebih enak tetapi agak seperti
masakan eksotik bukan resepi zaman neolitik,
bolehlah masak sekali arnab dan burung yang
telah disembelih sekali dalam masakkan.
Jangan buat-buat alpa pula, pastikan sudah dicabut
bulu dan dibersihkan terlebih dahulu... .
Apa yan diperlukan adalah daging arnab dan burung
tanpa isi dan cuma dibelah tengah. Hempedu,
jantung, hati dan segala isi perut tidak diperlukan.
Bahagian lain seperti kepala, tonggeng, hujung kaki
juga perlu dipotong agar lebih menyelerakan.... .
Cara-caranya yang tidak mudah dilupa adalah seperti
berikut dan bukan seperti biskut....
1-Masukkan rempah sup bunjut dalam burung.
2-Lumurkan luaran burung dengan rempah kari,
kalau tiada rempah kari boleh juga dilumur
dengan sedikit rempah meggi kari.
3-Masukkan pula burung berkari ke dalam arnab,
jangan pula pandai-pandai nak sumbat arnab dalam
burung sebab tidak muat, lainlah kalau Burung Helang
atau Burung Hering, tapi burung itu kita tidak
boleh makan, Maksudnya perlu burung yang boleh
dan dibenar makan seperti Burung Puyuh ke atau
Burung Merpati, Tapi jangan pula Merpati Sejoli,
sebab Merpati Sejoli jika ditangkap secara tidak
langsung ini akan mengganggu ekosistem.
Lagipun rasa masakkan akan kurang harmoni.
4-Untuk lebih citarasa klasik dan okestra, boleh juga
sumbat apa saja didalam arnab seperti halia, serai
atau Bunga Kantan asal jangan santan.
5-Bila semuanya sudah siap, bolehlah difikir-fikirkan
cara bagaimana untuk memasaknnya...
Ha! ha! ha! ha!, maaf ya! hendak masak bagaimanapun
iaryylr tidak tahu sebenarnya.... hu! hu! hu! hu!

COCA-COLA BAHARU

Cola-Cola Gajah Putih, Nampak Sama!
Tapi ada yang tidak pula serupa....
Kelihatan fon telinga membentuk rupa botol Coke.
Tin Coca-Cola yang berjaya diselamatkan sebelum
kejadian banjir besar di Thailand baru-baru ini.
Nampaknya setakat hari ini 23/10/2011, Negara
Gajah Putih masih mengharungi bencana banjir.

MAXIS HOTLINK HOT TICKET

Liga Perdana Inggeris
Deman Bola Sepak 2011/2012
Barang Maxis Ke-4 Dari 8
Jom kita tengok apa yang iaryylr dapat?
Ya! salah satu dari hadiah gores dan menang!
Ya Betul! pandainya!
Sekarang pangkah mana yang telah dimiliki...
Kena sambung main tikam-tikam yang berbaloi...
Semakin payah nampaknya cabaran ini...
( Barclays Premier League / Liga Perdana Inggeris )

100PLUS Thirst For Action

Menang Peraduan & Tambah Koleksi Sempena
Peraduan 100plus 'Thirst For Action'
Warkah dari Fraser & Neave
Kata-kata aluan kerana menang 'Daily Prize Winner'
bernilai RM50.00....
Peraduan ini dimenangi oleh Isteri iaryylr, baru dapat
keputusan ini pada kira-kira 2 minggu yang lalu.
Dapatlah cek Bank HSBC bernilai RM50.
Terima Kasih Fraser & Neave

Jom masuk peraduan lagi!

Collectible Fridge Magnet

Mamee Monster Fridge Magnet
Setelah dapat info dari Bro Spallan, lama juga
baru dapat 'fridge magnet' yang di idamkan.
Mula-mula 1, jadi 2, 3 dan seterusnya.... he he he!

COCA-COLA Chelsea COCA-COLA Football

Coca-Cola Super Cup / Coca-Cola Chelsea
Berpelukan beramai-ramai secara terbuka...
Chelsea Football Club Tour 2011
Pelukkan Kejuaraan, Pelukan Persahabatan
Pelukan Hangat, Pelukkan Peluhan...
Keringat Keriangan...
Ya! betul!, Tin Coca-Cola Chelsea Football Club
Tour 2011 Thailand - Super Cup Bangkok 2011
Saya dapat 3 jenis gambar berbeza, tapi 1 tidak lepas
sebab bukan disimpan dalam bagasi... hu hu hu...
'Koleksi Coca-Cola Coke 2011'

Barclays Premier League / Liga Perdana Inggeris

Deman Bola Sepak 2011/2012
Minimum 8 Barangan Maxis Bakal Dimiliki?
Barang ketiga Dari 8
Menang Hadiah Serta Merta!
dengan setiap pembelian Hot Tiket Bola!
Ya, yang paling ramai dapat, Bonus Misteri SMS
1 Hari tarikh sah sahaja? biar betul, top-up lah
terus dalam akaun baru lebih berbaloi! he he he!
Kita pangkah mana yang dah dapat....
Selamat Mencuba!

PRUDENTIAL INSURE

Tabung Seramik Prudential Insure
buat apa ikut pintu belakang...
kalau ada pintu depan...
Cuma bumbung yang berlubang,
boleh masuk hujan...

HOT TIKET BOLA MAXIS HOTLINK

Deman Bola Sepak 2011/2012
Minimum 8 Barangan Maxis Bakal Dimiliki?
Barang kedua Dari 8
Barclays Premier League / Liga Perdana Inggeris
Yang ini tak kena potong...,

Beg Ubat Nyamuk Fumakilla

Beg Fumakilla Malaysia Berhad
Beg Fumakilla 'Transformer' ini saya dapat pada
awal tahun 2000, waktu itu tidak perasan langsung
ianya adalah barangan pemberian dari Fumakilla.
Sangat tahan lasak dan menarik...
Mari bergaya dengan beg percuma!

BARCLAYS PREMIER LEAGUE

Liga Perdana Inggeris
Deman Bola Sepak 2011/2012
Minimum 8 Barangan Maxis Bakal Dimiliki?
Keriangan Dunia Bola Bermula!
Biar minat Bola, Jangan jadi Bola!
6 dari 8 barang tersebut...
Barangan Maxis tersebut berupa...
2 Top-up Tiket Panas ( bukan ulat tiket! )
1. Hot Tiket Bola RM10 - 2. Hot Tiket Bola RM15
4 Hadiah gores & menang premium eksklusif Hotlink
1. Jersi 2. Beg Kasut 3. Beg Kitar Semula 4. Hot Tiket Bonus

Ya barang biasa pertama... Hot Tiket Bola RM15
Apa yang tidak menarik adalah hot tiket ini telah
dipotong bagi menebus hadiah. Tetapi ada
kedai yang tidak memotong bahagian tersebut.
Apapun lebih baik ada dari tiada...

Bersambung...

Manisan Guarana Berkarbonat

Manisan Guarana Berkarbonat...
( tiada kaitan dengan entri? )
Antara Keburukan & Kebaikkan Air Berkarbonat...
Antara Keburukkan...
1- Kandungan karbonat yang diberitakan
memberi kesan pada kesihatan.
2- Kandungan Gula minuman sebegini yang
didapati berganda dari minuman biasa.
3- Manisanya mengundang semut.
4- Perlu guna duit untuk membelinya.
5- Bekasnya tidak boleh dimakan.
6- Ada tarikh luput, tidak boleh disimpan lama.
Antara Kebaikkan...
1- Dapat menikmati karbonat dalam minuman.
2- Gula memberi tenaga segera.
3- Semut juga dapat menikmatinya.
4- Setiap pembelian menyumbang pada ekonomi.
5- Bekasnya boleh dikitar semula.
6- Ada Tarikh luput, buat apa nak simpan lama?

Apa pun tepuk dada tanya selera,
Jangan pula berpura-pura..
Tidak baik diikutkan selera
Kelak tubuh jua kan sengsara..

Ada botol ada tin,
Air gas dalam tin...
Yeheee! lihatlah air Guarana Berkarbonat didalam
gelas, bewarna keemasan! dan mendahagakan!
Hari-hari gali telaga..
Badan pula terasa penat,
Kalau nak extra tenaga..
Minumlah Guarana berkarbonat.

TABUNG TIN WRIGLEY'S BIRU

Wrigley's Jenama Gula-gula Getah Yang Popular,
Cari tabung hijau dapat pula tabung biru laut...
Jom menabung....., keting ketok bunyinya!
Jika dah penuh bolehlah buat belanja makan-makan....
'koleksi tabung iaryylr'

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.