Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label munchy's. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label munchy's. Papar semua catatan

Gelas Muzik Munchy's

Gelas Munchy's Muzic Emboss 2013
glass,munchy,limited edition,collectible,collectable,koleksi,gelas
munchy's muzic Cubes - Chocolate Hazelnut Maestro
Dunia gelas kaca dengan logo atau aksara emboss
bagai telah kembali  menyinar.
Gembira rasanya hati kerana munchy's turut mengeluarkan
gelas kenangan, cenderamata kepada penggemar atau
pembeli bertuah ( selagi stok masih ada ) di lokasi terpilih.
Lebih menarik dengan gelas emboss ini adalah kerana
aksara yang timbul begitu jelas.
glass,munchy,limited edition,collectible,collectable,koleksi,gelas
Koleksi Gelas - Gelas Kaca Emboss
 Terdapat dua warna yang di tawarkan, Seperti di atas
berwarna jernih kelabu atau biru seperti pada pelekat
promosi pada pek di bawah.
glass,munchy,limited edition,collectible,collectable,koleksi,gelas
Biskut Munchy's keluaran Munchy Food Industries
Rasa begitu berbaloi mendapat souvenir ini kerana
sudah pasti ianya benar-benar edisi terhad dan
bukan terhad tanpa had?.

Tinggi Gelas : ~135mm
Percuma dengan sebungkus biskut! 

- Koleksi Gelas -

Koleksi Mug - Munchy's LEXUS

Munchy's LEXUS, Biskut yang sering menceriakan!
Tak kering dengan idea souvenir yang pelbagai... .
Mug dari Munchy's Lexus ini adalah percuma dengan
pembelian sebungkus biskut Lexus keluaran Munchy's.
Promosi selagi stok masih ada ini telah bemula awal bulan yang
lalu di K4 Shah Alam. Mungkin masih ada atau menyusul
di pasaraya-pasaraya lain yang mengambil bahagian.
Apa yang menarik selain 4 reka corak, adalah jenis mug
ini adalah mug bertingkat. Mug yang boleh disusun secara
menegak, sekali gus mesra ruang kerana mudah disusun.
Pada akhir bulan lalu iaryylr telah berjaya melengkapkan set ini.
Harga mug kosong pun RM2.50  ke atas, ini pula mug Munchy's.

Koleksi Mug 2013

Tin munchy's Oat Krunch

Tin munchys Oat Krunch, ada 3 warna untuk dikumpulkan.
Macam mana menarik tak? tapi harga naik sikitlah?.
Makan biskut, simpan tin, buat tambah koleksi tin dan
jenama munchy's dalam simpanan.

Biskut Yang Tidak Untuk Di Jual

Wah! Biskut apa yang tidak untuk dijual?
kalau macam itu bagaimana mahu untung?
Untung! untung! kalau biskut yang disediakan
adalah biskut promosi, tentu ramai sudah
menikmatinya, inilah strategi perniagaan.
Inilah biskut persampelan munchy's
'Wheat Krunch Collagen'
Wah! biskut pun ada kolagen!, pasti
muka tegang berseri makan biskut ini?.
Sayang biskut ini diberi satu sahaja, bagaimana
nak makan? mana cukup? yang satu ini
pula hendak disimpan sebagai koleksi.
Itulah kalau orang beri untuk rasa tapi
kita ambil untuk simpan, memang tidak
akan merasa. Adalah lebih baik promoter
biskut ini beri seorang dua paket biskut,
ha! ha! ha! ha! 1000 kali ha!

Fashionable Bag

Beg Munchy's Percuma !
Ada Coklat ada Hijau...
Saya baru dapat yang coklat...
Tunggu yang Hijau...

PENGHARGAAN MUNCHY'S LEXUS 2011

Hadiah Penghargaan Buat Penggemar Biskut Munchy's
Pada Bulan March 2011 ~ Pinggan Edisi Terhad
Terdapat 4 corak yang ditawarkan. 1 pinggan 8"1/2
percuma dengan mana-mana pembelian pek promosi
250gram biskut lexus seperti dibawah ini.
Dipasaraya yang terpilih ini cuma ada 2 corak yang
ditawarkan. Tetapi 1 corak telah kehabisan stok. Maka
ada 2 corak yang sama pula.nampaknya saya masih
kekurangan 3 corak lagi untuk melengkapkan set.
Harga biskut tidak sampai RM5.50, dapat pinggan
berdiameter 8.5 inchi, berbaloi rasanya... .
Koleksi pinggan 16/3/2011

MUNCHY'S FOLDABLE GYM BAG

BEG GYM PERCUMA DARI MUNCHY'S
Yang ini dengan pembelian Biskut Munchy's Oat Krunch
Hasil membeli makanan berkhasiat dapatlah beg percuma.
Beli pada bulan 10 yang lalu.

MUNCHY'S FOLDABLE GYM BAG

BEG GYM MUNCHY'S PERCUMA!
2 rekaan tema biskut berkhasiat ditawarkan, oleh itu saya
beli 2 jenis biskut, 'Wheat Krunch & Oat Krunch'.
Yang Ini Beg hasil pembelian Munchy's Wheat Krunch
Ini adalah hasil bulan oktober, biskut pun sudah habis dimakan.
Yang tinggal beg sebagai koleksi... he he he.
koleksi beg percuma

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.