Koleksi Tutup Botol
Penutup botol minuman, botol kicap, botol minyak,
botol ubat, botol sabun, botol racun, botol cuka
atau apa-apa penutup pun boleh juga di jadikan hobi
koleksi. Nobita yang terkenal juga seorang kolektor
![]() |
| PEPSI,RIBENA,TROPICANA,COCA-COLA,F AND N,BLISS |
penutup botol, manakala iaryylr baru berjinak-jinak.
Antara kelebihan mengumpul penutup botol adalah
ianya menjimatkan ruang, mudah di dapati, silih
berganti, boleh di jadikan perhiasan, keras tangan
atau sebagainya yang boleh kita fikirkan.
![]() |
| 100 PLUS,SPRITE,REVIVE,SUNKIST,MINUTE MAID |
Ada juga yang menjadikan penutup botol sebagai
punca pendapatan, Sama ada menjualnya begitu
sahaja atau menghasilkan kraftangan darinya.
![]() |
| FN FRUIT TREE,KICKAPOO,IZER,A AND W,LAM SOON |
Pada suatu ketika dulu, penutup botol minuman
adalah barang carian kanak-kanak dan remaja,
tidak terlepas juga bagi mereka yang berumur.
Tutup botol minuman amat popular bagi mereka
yang bermain 'Jentik Tutup Botol' atau 'Tutup Oren'.
Dulu, tidak kira botol minuman jenis apa pun
penutupnya popular di panggil tutup oren.
Selain di jadikan permainan popular seperti guli,
penutup botol juga di jadikan sebagai buah bagi
permainan 'Dam Haji'. Ada juga yang menjadikan
penutup botol sebagai buah catur.
O.k berbalik pada koleksi penutup botol, iaryylr
ada bingkaikan sebahagian koleksi untuk
di jadikan perhiasan di dinding rumah.
![]() |
| Bottle cap collection display |
Pada mulanya hendak membingkaikan 3 sudu
Nescafe, tetapi tidak cukup tebal pula bingkai
yang dibeli. Apa lagi? ganti dengan penutup botol
sahaja hasilnya. Bagaimana?, o.k tak?
Nescafe, tetapi tidak cukup tebal pula bingkai
yang dibeli. Apa lagi? ganti dengan penutup botol
sahaja hasilnya. Bagaimana?, o.k tak?



