Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label berita hobi dan koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita hobi dan koleksi. Papar semua catatan

BANTING TOYS COLLECTOR'S FAIR

HARI BELIA NEGARA 2016
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

"BANTING TOYS COLLECTOR'S FAIR"

DEWAN ANTARES
KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
#TAMIYA RACE #HOTWHEELS RACE
Hadiah Misteri & Cabutan Bertuah!

VAN MILO 50'AN~60'AN & 70'AN HABIS STOK!!!?

BERITA NGERI BAGI SAYA & KOLEKTOR !
Tercangkung dibuatnya! Kehabisan Stok!
Penebusan serta-merta & Pos telah habis ditebus
kesemuanya!. Berita Minggu 10 Julai 2011.

Mungkin ada yang sedia maklum dan mungkin
ada yang tidak tahu langsung.... apa pun...

Kumpulkan sekarang!, tetapi bagaimana?
.....cuma boleh ditebus pada bulan 8?

Akan Datang!
Tunggu...

Van oh! Van Milo!
9 hari selepas kaunter penebusan dibuka, iaitu 6 hari
waktu bekerja, Van Milo Edisi Jun telah diwartakan
kehabisan Stok. Berita ngeri ini telah disampaikan
oleh Bro Rosly Jaafar pada saya menerusi panggilan
kecemasan yang saya sangkakan panggilan hangit.
Menurut beliau berita sedih itu diwartakan di koran
berita minggu .Melilau juga mencari koran yang
sudah terlalu lama tidak dibeli. Keluarlah RM2
semata mencari kesahihan dan kebenaran
di hutan kepalsuan.
Ya!, seperti yang dinyatakan pada salinan koran
di atas, Van Milo edisi Jun Kehabisan Stok!.

Malang bukan penghalang, maka terpaksa ambil
cuti 1/2 hari pada khamis 14 Julai 2011 untuk
ke Pusat Penebusan Serta Merta di Taman Mayang
Petaling Jaya. Hampir 2 jam tersesat baru tiba
di destinasi. Mujur ada 1/2 jam lagi sebelum
kaunter ditutup pada jam 5 petang.

Apakan nasib belum rezeki, sememangnya Van
Milo bulan Jun Sudah Kehabisan Stok!.

Mujur yang habis walau terkecewa cuma stok
van bersaiz besar, stok bersaiz mini masih
banyak lagi berlori. Hendak buat bagaimana?
Rembat sahaja van mini bagi melengkapkan set.

Dapat satu tut-tut Milo!.. saiz mini
Dapat 1 Van Milo!.. saiz mini
Saya pasti stok lori bulan Jun yang bersaiz besar
pasti ada lagi untuk penebusan tetapi cuma pada
bulan 8, ini memandangkan pusat penebusan
serta-merta di pasaraya besar belum lagi bermula.
Musykil rasanya bila memikirkan akan kolektor
di negeri-negeri lain bagaimana pula?.

Saya bertanya pada petugas bagaimana boleh
saya dapatkan lori bulan Jun yang bersaiz besar,
jawabnya dipusat penebusan di pasaraya... .

Masih ada peluang lagi nampaknya! he he he!
Jom tebus di pasaraya nanti! yehaaaaa!

MINAT BOTOL SELEPAS GALI KUBUR

Hari ini terbaca Akbar Kosmo 11 Mei 2011,
Ada berita menarik tentang Bro Megat 'Botol Soda'.
Berita pada ruang INTITI, 1 muka memaparkan
Kisah tentang Bro Megat dan koleksi botolnya.
Hendak saya ambil gambar surat khabar agar dapat
dikongsi bersama, tetapi tiada pula kamera pada
hari ini. Jadi, kepada anda yang terlepas berita,
tidak sempat cari kosmo atau ingin mengetahui
lebih lanjut bolehlah berkunjung ke....
Arkib Kosmo Botologi Of Malaya

Kunjungi Blog Botol soda di....
http://mgtbobber.blogspot.com

Saya memang minat baca tentang berita hobi,
tidak kiralah apa hobi asal menarik. Berhobi
adalah sesuatu yang bermanafaat.

THE FEDERATION OF HISTORICAL BOTTLE COLLETORS PRESENTS

THE 2010 NATIONAL SHOW
Align CenterPAMERAN BOTOL ANTARABANGSA 2010

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.