Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label kad permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad permainan. Papar semua catatan

MISTERI MAS Teka Teki Malaysia Airlines

Misteri yang perlu di jawab....
Jawablah dengan jujur kerana sudah ada bukti
Bukti bergambar yang jelas dan nyata
Kenyataan yang tidak boleh di selindungi
Dengan terma dan syarat yang jelas....
Mari bermain Kad Misteri!

Malaysia Airlines Word Creator

Mas Airlines
'Permainan Pencipta Perkataan'
Anda di bekalkan Kad huruf, Sebatang pensil
dan kertas nota untuk asas pemainan kad ini.
iaryylr pun tak pernah main lagi, tetapi pemain
yang kalah adalah pemain yang kehabisan kad.
Sistem Penerbangan Malaysia - MAS Airlines

TOP TRUMPS SAFARI SPECIALS

Kad 'Top Trumps Safari Specials'
Barisan Kenderaan Pacuan 4 Roda Lasak
Masih banyak yang perlu di cari...

Top Trumps Sports Planes

Permainan Kad Top Trumps
 Top Trumps kapal terbang ringan-ringan..
Dari pelbagai negara...

Malaysia Airlines Brain Teaser?

Kad Permainan Teaser Otak MAS?
51 soalan untuk Anda jawab dengan muka selamba!
Terdapat 64 keping kad kesemuanya di dalam kotak
khas, seperti milik si Joker yang berwarna oren.
Tak dapat jawab kena hukum buang negara...
Tak pun kena hukum merangkak sambil tepuk kaki!

Malaysia Airlines - Champion of the earth

3R - Reduce - Reuse - Recycle
Permainan kad Malaysia Airlines yang membawa
tema kehijauan dan mendidik untuk menjaga alam sekitar.
Atas depan kotak dan bawah belakan kotak
Yang ini bahagian belakang kad, ada 58 keping kad
kesemuanya yang boleh dimainkan sehingga 4 pemain.
Cara untuk memainkan kad ini turut disertakan.
Bahagian muka depan kad permainan yang menentukan
siapa 'Champion of the Earth'.
Bukan sahaja dapat keseronokkan tetapi juga dapat
panduan berguna untuk menjaga alam sekitar 
Berminat untuk main atau berminat untuk kumpul?

Kereta Terbaru TOP TRUMPS

Kad Permainan Top Trumps Lama
"Kembali Lagi!"
Wah! memang teruja melihat setiap kad
yang mempamer kereta impian, namun
itu dulu, sekarang kalau nampak pun
orang tutup mata, kecuali kaki kereta,
kaki drift atau pencinta kereta lama.
Kad Top Trumps ini saya dapat dari
Bro Fitri sewaktu di Event Botologi
baru-baru ini. Nampaknya iaryylr kena
cari semula kad-kad permainan yang
sekutu dengan kad Top Trumps.
Entah di mana iaryylr simpan?

DAUN TERUP BERKEMBAR SALEM

Daun terup lama dari jenama rokok 'SALEM'
Salem, rokok yang sejuk 'cool-cool'.
Tapi Pak Joker di atas marah pula kalau main
terup sambil hisap rokok jenama lain.... .

TOP TRUMPS MOTO CROSS

Top Trumps Moto Cross, Kad Permainan Lama.
Sungguh asyik bermain suatu ketika dulu....
Teringat abang, saudara mara dan kawan-kawan
bila melihat kad permainan ini.

Jom ke Koleksi Bro Fitri untuk Kad yang lain.

KAD KUASA CALTEX

Kad Kuasa Caltex
dan borang peraduan yang lupa dihantar
melepas....

KAD KUASA SOULBLADE PLAYSTATION

Kad Kuasa Soulblade Playstation
Dapat waktu beli majalah permainan video
suatu ketika gila main Consule Playstation.
Dulu kena turun K.L baru boleh beli... .
Waktu itu permainan video playstation
adalah gelombang peralihan permainan
video pc. Walaupun terlebih dahulu ada
permainan video dari jenis katrij namun
playstation sememangnya sehebat
namanya. Pistol , stereng, vcd converter
adalah antara eksesori tambahan yang
dibeli untuk menyeronokkan diri.
Selepas console permainan Playstation
rosak, baru tukar kepada Playstation
generasi kedua iaitu PS One. Selepas
itu baru keluar PS2 dengan teknologi
DVD, tetapi tidak beli sebab
Console PS One masih elok lagi.
Bila PS2 keluar model kompak, generasi
keempat baru saya beli sebab tidak tahan
dengan kelebihan yang ada.

Sekarang tidak lagi! he he he!

TRANSFORMERS DARK OF THE MOON

Minum Nutrigen Sambil Mengenali 'Transformers'
'Nutrigen Susu Kultur dengan tambahan Choline'
Kalau hendak tahu, inilah minyak 'transformers'.
sekali gus tonik yang membantu melincirkan
pergerakkan atau sewaktu penukaran bentuk.
Memang robot-robot tu ada minum Nutrigens ini
senyap-senyap sebagai punca tenaga utama.
Sebab itu mulut robot asyik macam terkumat-
kamit dan badannya tidak pandai diam. Saya pun
tidak tahu mengapa susu kultur ini menjadi
minuman harian 'Autobots' dan 'Alliance'. Mungkin
robot-robot ini lumrah di cipta sedemikian.

Saya minum nutrigens ini bukan sebab saya robot,
tetapi sebab hendak dapatkan Kad Kuasa
'Transformer' ini. Setiap pek promosi diatas ada
disertakan 5 kad kuasa. Jadi 100 kad kuasa
bersamaan 20 pek promosi, itupun jika Anda
dapat kad kuasa yang tidak sama. Kalau asyik
dapat yang sama perlulah berusaha lagi untuk
melengkapkan set, tetapi saya sendiri tidak tahu
berapakah jumlah sebenar kad yang dikeluarkan.
Kad kuasa dari bahan plastik ini adalah lutsinar dan
mudah calar rasanya, namun bagi peminat tegar
'Transformers', tanpa mengira had umur, pasti akan
mendapatkan kad kuasa 'Transformers' ini..... .

COCA-COLA PLAYING CARDS

DAUN TERUP COCA-COLA
Jom main....
main-main saja...

SPRITE PLAYING CARDS

KAD DAUN TERUP SPRITE
Oleh Coca-Cola Company
2009. The Coca-Cola Company
Made In China. All Rights Reserved.

COCA-COLA PLAYING CARDS

DAUN TERUP COCA-COLA
2009. The Coca-Cola Company
Made In China...

PERMAINAN KAD KERETA MASA DEPAN

'TOP TRUMPS' FUTURE CARS
Playing Cards 'Top Trumps' - Collectible Card Games
Main kad sebegini memang nikmat suatu ketika dulu.
Sampai bertekak dan ada yang nangis sebab main.
Mana tidak, ada juga yang suka sakat dan main tipu
agar lebih menceriakan suasana & semangat bermain.
Banyak yang terlepas main dan banyak juga kad dipasaran
yang ulang cetak kerana sambutan terhadap permainan kad
ini begitu menggalakkan. Seperti pisang goreng panas!.
Mungkin ada 2,3 atau 4 kotak yang luaran berbeza tetapi
jenis permainan yang sama atau separuh gambar sama
diantara yang lain atas sebab pengedar dan sebagainya.

Anda juga boleh melihat permainan kad 'Top Trumps'
yang lain di Blog Bro Fitri seperti Top Trumps Super
Drugdsters & Military AirCraft
& H.P Giants

PERMAINAN KAD KERETA KEBAL

PERMAINAN KAD TOP TRUMPS TANKERS
Permainan kad ini tidak silap dikeluarkan pada awal tahun
80an, ianya kad permainan generasi 8an'an rentetan dari
permainan kad sebelum itu seperti nostalgia kad permainan
Blues Riders iaitu happy family, donkey, old maid & snap.
Jika ada anda ada info, atau ada cerita tentang permainan
kad ini, jom kongsikan bersama disini ya!

KAD JAGOAN MILO 2010

KAD PERMAINAN DARI MILO
Kumpulkan sebanyak mungkin! dan berhiburlah seisi keluarga
dengan kad permainan aksi kuasa ini sambil minum petang...
Hanya RM1.90 Sebungkus, buka dan didalamnya terdapat
plastik hitam berisi kad kuasa, tadaaaaaa!
Awal bulan 10 sudah dapat, tapi sukar pula untuk melengkapkan
set kad Jagoan ini kerana disini telah kehabisan stok agaknya.
Mulakan pertarungan anda dengan kad Jagoan Milo ini!
(...kalau minum petang tu sedap dengan makan cengkodokkkk!)

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.