Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

COCA-COLA & TUKANG KARUT

PERISTIWA TIN COLA & TUKANG KARUT
sekadar gambar hiasan
Pada hari minggu yang tidak hening tapi kepala ada pening.
Saya menyusun atur barang koleksi yang tidak teratur.
Pada waktu hendak menyusun sedikit koleksi coca-cola yang
berada dalam almari cermin, entah mengapa saya terkejut
walau tiada siapa yang mengejutkan saya sebab saya terkejut
sendiri.. .Mana tidak terkejut, beberapa borang peraduan
coca-cola dan katalog dari bersih jadi kotor bagai ada
tumpahan bewarna cola( bukan pula kencing beruang kola )
telah membasahi atau meresapi borang peraduan yang sudah
lewat tempoh tarikh penghantaran itu kerana saya berura-ura
saja hendak menyertainya tetapi akhirnya borang itu pula
menyertai koleksi saya yang entah apa-apa... .

Saya tidak mampu mengupah penyiasat persendirian atau membuat
repot polis, apatah lagi meminta bantuan pakar ilmu kebatinan
untuk menyelesaikan kerunsingan akan kejadian pelik tersebut
kerana baru beberapa minggu saya sumbatkannya disitu. Oleh
yang demikian saya menjalankan sisatan sendiri tanpa menjolok
pihak media elektronik untuk publisiti agar James Bond 007,
Magnum P.I atau Keluang Man tidak sibuk mengendeng saya untuk
mendapatkan tugasan yang tidak pernah mereka dapat dari saya.
Lihatlah hasil seni semulajadi coca-cola...
Saya dapati sebanyak 10 tin berkeadaan sedemikian,dibawahnya
berair membentuk bulatan. Saya pasti ini adalah disebabkan
kebocoran salah satu tin cola yang berisi.Jika ada yang gatal
-gatal akal mengatakan cairan itu adalah kencing cicak atau
lipas sudah tentu budak 2 tahun pun tidak percaya.Saya mencuci
pada bahagian bawah beberapa tin cola yang berisi tetapi tidak
nampak dimana bocor. 'Flash Back' Sewaktu proses mengangkat
alih tin-tin kola tersebut, saya perasan salah satu tin adalah
lebih ringan dari biasa,jika lebih ringan dari udara maka
sudah tentu terapung.Seperti yang diajar guru tentang minyak &
air. Jadi saya berpendapat bahawa tin cola yang telah kurang
berat tanpa senaman & perubahan iklim itu yang menjadi punca.
Ini kerana perubahan berat yang begitu ketara,anggaran baki
isipadu cecair dalam tin kola tersebut sekitar 60% sahaja.

inilah dia tin yang berjaya mengurangkan berat badan!
punca semua ini terjadi...
Pendapat saya, mungkin kerana ianya air berkabonat maka hasil
kebocorannya begitu kerana secara geli-geli berfikir ibarat
tindak balas dari proses luluhawa kalau secara gila-gila
berfikir pasti ada yang berkata ianya kerana tindak balas
fotosintesis kerana diluar rumah ada terdapat anak pokok ara.

Anak pokok ara yang suka dijadikan tempat tinggal oleh mahluk
halus itu bernama Remy. Remy suka menyerap air & burung tidak
suka hinggap kerana Remy kecik, tiada dahan untuk bertenggek.

Berbalik pada tin-tin cola tadi, setelah berjaya menyelesaikan
siri penyiasatan, tin-tin itu saya susun sementara diatas
almari bersandar dinding. Tiada gempa tiada ribut, entah
mengapa kesemua tin telah terjatuh menyembah lantai yang
bertikar getah, ada yang berguling-guling keriangan ada yang
sakit badan kerana kemik akibat jatuh dari ketinggian 3.5 kaki.

tin cola yang disusun tinggi tumbang, selamat tidak jatuh..
tin cola yang tumbang dan jatuh dari almari...
Lihatlah Keadaan tin kola yang bocor ini, setelah ditangkap dia
nak bunuh diri pula,itu yang jatuh samapai kemek-kemek sudahlah
begitu, berani pula dia ajak kawan-kawannya sekali melakukan
lagak ngeri itu yang semuanya jatuh tadi agaknya..

tin cola yang tadi tiada kemek, tapi sudah jatuh kemeklah ...

Setakat inilah sahaja cerita saya untuk anda yang tidak sesuai
dibaca oleh kanak-kanak yang belum akil baliqh, 75% berdasarkan
kisah benar sebagai hiburan dan info biasa bagi mereka yang
pernah melalui pengalaman sebegini... .

9 ulasan :

Blues Riders berkata...

bro ia,
mengikut kata cik mat & bro fitri, buangkan airnya sebelum disimpan. sila rujuk http://ahkaba.blogspot.com/2009/01/10-cerita-aneh-tetapi-benar-perihal.html utk maklumat lanjut..

BR pun baru nk mula kumpul botol & tin.. naik syok la plak..

hazad irwana berkata...

hehe sama mcm sy gak.tin2 ni lama2 dia bocor.tau2 je isi dia berkurang.

iaryylr berkata...

Bro Br,ada yang saya buang airnya dan ada yang tidak.Biasa sebelum tebuk mesti standby straw, sudah tebuk sumbat straw dan nikmati airnya.Entah mengapa ada yang sengaja tidak mahu buang airnya, tetapi ada juga yang saya beli tamat tempoh , kalau dibocor rasa macam kena air basi pula he he he. yang bocor nie belum 3 tahun dah bocor dan ada yang lain 10 tahun tidak apa-apa. Tetapi ada isi atau isi angin kalau dah minat tak apa kena pula tanggung risiko.Hari itu tidak silap saya ada dengar di botol trade, ada collector yang roboh almarinya kerana tin yang bocor, bila dah bocor menyerapalah air tu dan mereputkan display rack tu..., lepas nie kalau ada stok baru bolehlah tebuk, terima kasih beri link che mat tu, marilah mengumpul, saya pun baru belajar, dulu pun ada banyak dah timbang sebab masalah pendapat berkenaan coke dan pepsi tetapi tiada masalah sebenarnya pun...

iaryylr berkata...

Bro Hazad, masaalah bocornie memang diketahui tetapi mengapa kita masih membiarkan tin itu berisi air?,he he he!

Pak Haji berkata...

bro ia,
kekadang air yang dah expired tu kira dah basi kan...so buang je la air nya...untuk selamatkan gerobok dan tin2 anda juga...

hazad irwana berkata...

hehe kalau tin yg takde isi mcm tak best je bila pegang.rasa kosong

MgtBobber berkata...

Collector tin soda mesti punya menempuh pengalaman macam ni, ibarat belajar naik basikal la, kalau tak jatuh tak sah! hehehe..

iaryylr berkata...

Mgtbobber, ialah Bro, orang kata bocor2 , tunggu jugak bila saya punya tin nak bocor, at last bocor juga hi hi hi!

Rasli Jaafar berkata...

ha ha..lepas ni bermula la pembunuhan beramai2..kasi puncit sama dia..(air kita simpan dalam botol he he)

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.