Koleksi Tutup Botol
Hobi mengumpul penutup botol ini adalah hobi
iaryylr bersama isteri. Kami bermula beberapa
tahun lalu, sayang pula nak buang penutup yang
beraneka warna, corak, jenis dan bentuk.
Paling menarik mengumpul adalah kerana jenama!.
Ada petutup botol minuman, cuka, kicap, ubat
dan sebagainya. Mengumpul pun sekadar
suka-suka dan tidak tegar. Sumber penutup botol
pula dari apa yang di beli menggunakan botol.
Ada juga yang di kutip sewaktu beriadah.
Tak seperti kolektor lain yang begitu komitmen,
Cari saja dengan Pak Google
'bottle cap collection'
Banyak maklumat berguna yang kita akan temui
berkaitan hobi dan kreativiti berkaitan.
Contoh seperti
Gunter Offermann, kolektor dari Jerman
dengan koleksi penutup botol sebanyak 103,000
daripada 177 negara.
Sumber Foto : http://www.recordholders.org |
Pelbagai hasil seni dari penutup botol di
Rumah di hiasi lebih dari 30 ribu tutup botol
Terpulanglah pada individu untuk apa
penutup botol dikumpulkan. Asal jangan
mudarat dan memudaratkan.
4 ulasan :
SAYA NAK TIRU BOLEH SIFU.. BOLEHLAH.. BALIK KARANG NAN CARI PENUTUP BOTOL PULAK.. :)
mana ada sifu, abg pun newbie dengan tutup botol ni, hobi itukan unversal, seperti irama muzik, join saja... abg ada tengok diorang buat seperti lukisan dan keras tangan dengan menggunakan penutup botol dan menjadikan sumber pendapatan, rasa seronok pulak tengok kreativiti sebegitu. Dulu waktu kecil kalau tutup botol soda abg buat shuriken dan baling pada dinding... fuyooo! melekat,
hobi yang menarik...dulu pernah ad rasa nak kumpul penutup botol ni,,tp rasa cam menyemak plak kat rumah n tak penah dengar org kumpul pun..tp sekarang dah dengar n tahu..hehehehe.. sedang giat mengumpul sekarang nih, tp kumpul pnutup botol yang ad sedign kat atas je la..lawa sikit..hehehe
Nazrie Abd Karim,
Kumpul saja, pasti ianya menjadi hobi yang menarik selain mengisi masa lapang :)
Catat Ulasan