Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

PROGRAM PENEBUSAN MILO JUARA HIDUP BOLA

PROGRAM PENEBUSAN MILO JUARA HIDUP BOLA
BULAN MEI 2014
KOLEKSI MILO HIDUP BOLA 2014
koleksi milo
PROGRAM PENEBUSAN MILO
Program penebusan bermakna bagi perasaan mereka yang
mengkehendakinya walau apa jua niatnya, yang utama
dapat mencapai matlamat dan kepuasan.
( "FIFA WORLD CUP BRAZIL" )
Ada yang cuma menebus sekadar mampu, sekadar figura,
sekadar jersi dan sekadar melengkapkan set.
Ada yang lebih mampu dengan pelbagai strategi bagi
mengumpulkan mata dan menebus untuk mendapatkan
lebih banyak figura dan jersi, hingga bak seperti
tak menang tangan atau senang cerita penuh satu troli.

Walau apa pun tujuannya dan apa jua rintangannya,
MULAKAN KOLEKSI ANDA SEKARANG!
KOLEKSI MILO JUARA HIDUP BOLA
BULAN 1
Program penebusan Milo pada bulan Mei menawarkan
2 Figura pemain bolasepak terkenal iaitu Messi  dan Gerrard
di mana masing-masing beraksi dengan bola milo.
2 Jersi Pasukan Brazil dan Pasukan England
bersaiz S,M,L dan XL.
BULAN 2
Program penebusan Milo pada bulan Jun pula menawarkan
2 Figura aksi Ronaldo dan Gerrard juga dengan bola Milo.
2 Jersi Pasukan Spain dan Pasukan Jerman
Juga bersaiz S,M,L dan XL.

Pengalaman di hari penebusan
HARI PENEBUSAN MILO 17 Mei 2014
Bertempat di Pasar Besar ECONSAVE Kampung Jawa

Hari ini adalah hari bekerja, jadi iaryylr tiba di lokasi agak lewat
pada jam 5petang. Pada petang yang damai itu, dari jauh,
kaunter penebusan kelihatan lengang. Seolah-olah program
kali ini tidak sehangat dan sepanas seperti kegilaan
Program Penebusan Van Milo  pada tahun 2012 yang lalu.
Itulah pandangan bila seorang kawan melaporkan akan
stok yang masih banyak di sebuah pusat penebusan
sebelum ini walau senja telah tiba.

Semangat bertambah berkobar, dalam hati berpeluang
melengkapkan koleksi Milo bagi bulan Mei.
Esok boleh REHAT.

Langkah demi langkah, bila tiba di kaunter penebusan,
Semangat yang berkobar akhirnya bagai belon yang
kebocoran. Di kaunter penebusan,  terpampang notis
jersi telah pun kehabisan stok, "Out Of Stock".
Dalam hati tidak ,mengapa, esok mungkin masih ada,
sebab lusa memang tiada pusat penebusan dibuka.
Apapun janganlah pulang dengan tangan kosong,
Warnakan sedikit hati dengan warna hijau Milo..

Tebus dulu figura adik Ronaldo kita satu,

Cristiano Ronaldo

dan adik Gerrard kita ini satu, nak tebus lebih, tiada
lebihan mata, yang ada pun kena tambah lagi untuk jersi.

Steven Gerrard

Cukuplah asalkan ada untuk setor koleksi.

HARI PENEBUSAN MILO 18 Mei 2014
Bertempat di Pasar Besar ECONSAVE Kampung Jawa
"FIFA WORLD CUP 2014 BRASIL"
Hari ini tiba awal sikit, sebelum jam 9.30 pagi, iaryylr
mungkin orang yang ke-30 lebih, beratur untuk menebus
barangan edisi terhad Milo sempena Piala Dunia.
iaryylr juga ingin menuntut bela di atas kegagalan semalam.
KOLEKSI MILO 2014
PROGRAM PENEBUSAN MILO JUARA HIDUP BOLA 
Wah! begitu ramai yang menyertai program penebusan ini,
mungkin  ada dikalangan ahli keluarga penebus sedang
menggunting rambut di kedai gunting rambut berhampiran,
atau sempat menghabiskan beberapa bungkus 
keropok dan asam yang boleh dibeli di gerai berhampiran.
ECONSAVE KAMPUNG JAWA KLANG SELANGOR
ECONSAVE KAMPUNG JAWA
Dalam waktu menunggu, barisan kelihatan begitu panjang
hingga di luar pintu masuk, mungkin ada lebih 90 orang
mengikut ukuran yang di ajar oleh Mr.Bean. 

Dengarnya, semalam jersi habis ditebus sebelum jam 11 pagi.
Hari ini ada yang sanggup beratur lagi untuk menebus lagi.
Ada juga yang meminta bantuan orang lain sebagai pengganti.
Ada pelbagai peringkat umur yang sanggup beratur.

Tunggu punya tunggu, tiba giliran, dengan 80 mata Milo.
Jersi Milo Brazil dan England bersaiz XL di tebus bagai
juara yang menjulang piala dunia dengan sohornya!
( Kah! Kah! Kah! )
Inilah Jersi Milo dengan reka corak  Brazil dan England.
KOLEKSI SUKAN BOLASEPAK
JERSI BRAZIL DAN JERSI ENGLAND MILO
 Ukur jersi dibadan sendiri, dapat lengkap set cukuplah,
asal boleh masuk setor koleksi, ada lebih "Mata" nanti
boleh tuntut lagi, sebagai baju Raya minggu ke-2.
( Ha! Ha! Ha! )

Ada lagi jersi yang membuat ramai akan menggigit jari!

 1 dari 2 corak Jersi edisi terhad sebagai pelengkap hanya
 untuk 10 pemenang bertuah pada bulan Mei, iaitu jersi yang
ditandatangani oleh Ronaldo. Manakala10 Helai lagi
Jersi edisi terhad yang ditandatangani oleh Messi adalah untuk
pemenang-pemenang bertuah bagi bulan berikutnya, Jun.

Siapakah pemenang bertuah Jersi Edisi Terhad
yang bernilai RM2500 setiap satu ini?
JERSI RONALDO DAN MESSI DARI MILO
Kita nantikan keputusannya dengan penuh debaran,
"FIFA WORLD CUP BRASIL"

PERHATIAN
Paparan di http://hobby-collection.blogspot.com,
"PROGRAM PENEBUSAN MILO JUARA HIDUP BOLA"
adalah sekadar perkongsian maklumat dan berdasarkan pengalaman
penulis serta minat terhadap produk, program dan jenama MILO.

"PROGRAM PENEBUSAN MILO JUARA HIDUP BOLA"
Adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan program.
Sila Rujuk laman sesawang di http://www.milo.com.my

4 ulasan :

Thomas Lee berkata...

Wow! Deman piala dunia dah bermula.

Mun Kit Tee berkata...

Baguslah boleh kumpul semua benda... saya hanya ada empat 2kg (80 mata) je (ada 2-3 lagi tapi pek belum buka lagi)... boleh tebus set patung dengan lengkap je...

Kat Kuantan tak ada pusat penebusan serta-merta... kena pos sendiri...

Iaryylr yylriar berkata...

Thomas Lee,
ya! Tuan, deman ini 4 tahun sekali!

Iaryylr yylriar berkata...

Mun Kit Tee,
Tak apa, pasti menyeronokkan bila kita dapat bungkusan dari Milo, lagi-lagi ianya atas usaha dan minat :)

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.