Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label botol plastik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label botol plastik. Papar semua catatan

ORIGINAL LISTERINE

LISTERINE - Ubat Kumur Antiseptik.
"Tak dapat botol kaca vintaj,botol plastik pun jadilah..."
Botol plastik lama LISTERINE 500ml
Botol plastik lama LISTERINE 750ml
LISTERINE adalah jenama ubat kumur popular sejak sekian
lama di Malaysia. iaryylr ada simpan beberapa botol.
Jika tidak salah botol plastik ini berusia lebih dari 8 tahun.
 iaryylr pun tak dapat buat pastikan sebab entah di mana
botol-botol ini telah disimpan. Gambar pun ambil pada tahun
2012 dan menggunakan perisian Adroid Foto & Pic Collage
untuk mendapatkan susun atur seperti di atas.

RO WATER 33

Air Minuman Osmosis Songsang 33
Botol pet ini baru dapat tengahari tadi sewaktu
membersihkan satu kawasan kerja, ingat malas
nak ambil, tapi seperti ada daya tarikan pula, 
Sedangkan Baru minggu banyak botol air mineral
dan ro pelbagai jenama sudah dikemek.
Tarikh tamat tempoh pada botol minuman ini
adalah bertarikh 31 Disember 2007, mungkin 
botol ini sudah berusia lebih dari 6 ke 7 tahun .
Botol 1500ml ini menarik pada angka 33 nya,
Minuman RO ini telah dikeluarkan oleh Vast Oasis
Sdn. Bhd. dan di edarkan oleh Vita Billion Sdn. Bhd.
Melalui pencarian, Vast Oasis kini telah 
mengeluarkan air minuman mineral 33 Quantum.

Salam Dari Khairul Fahmi Che Mat

Sempena Bulan Mulia...
iaryylr pun dapat salam dari Penjaga Gol No:1
Sambil mempromosikan botol pet edisi Raya!
Dengan harga promosi yang menguntungkan!
Maka bertambah cergaslah kita!
Baru jumpa minggu lepas, terus beli 1.
Setakat ini baru nampak perasa biasa dan
 perisa lemon limau 1.5l , belum lagi nampak
keluaran botol 500ml atau tin 325ml.

F&N ZESTA GUARANA ENERGY SODA

Selamat Tinggal Kopi Guarana...
Selamat Datang Soda Guarana... Memperkenalkan...
ZESTA Minuman Dengan Guarana Semula Jadi!
Minuman Berperisa Guarana Berkarbonat!
Guarana
Berasal dari kawasan Amazon, buah Guarana telah
digunakan sejak beberapa generasi sebagai sumber
semulajadi untuk membekalkan tenaga yang
berpanjangan....

Botol pet Zesta Guarana 500ml
Minuman Soda bertenaga Guarana sedap juga rasanya.
Seperti rasa epal tapi pekat sikit. Dipasarkan dengan
botol pet 500ml dan tin 325ml. Ini botol pet pertama
Zesta Guarana, Mungkinkah akan bertukar jua juga
botolnya pada bentuk lain? dimasa akan datang
atau terdekat?, berdasarkan perubahan bentuk botol
pet minuman jenama lain keluaran f&n baru-baru ini.
Apapun yang penting nikmat dan pengekalan mutu,
botol dan grafik sehebat manapun kalau rasa tidak
dapat diterima, tidak berguna juga... .

Botol Pet Lama 100 Plus


Botol Pet Lama 100 Plus


Dipenjuru yang gelap itu ada sesuatu...
"Botol Pet Lama 100 Plus "
Botol Pet Lama ini ditemui didalam bilik Jana Kuasa
pada awal tahun ini. Baru dibersihkan beberapa
bulan lalu. Botol pet 500ml ini lebih unik dari yang
terkini kerana ada emboss 100plus. Mungkinkah
botol ini adalah botol pet nombor 1, 100Plus 500ml?
Dimanakah botol ini berada kini?
Saya pun tidak pasti, mungkin ada terselit dimana
mana ruang didalam rumah, atau jika tidak ditemui...
mungkin juga sudah disorok geghaib...

kuah kuah kuah! :)

100PLUS AQTIV RM1.60

100PLUS AQTIV Juga Cuma RM1.60, tapi harga
sah untuk pek promosi saja.
Nampaknya ini saja botol pet 500ml 100 plus 2011
yang saya dapat. Botol 100plus AQTIV ini agak
kebiruan warnanya.
Ingat ya?, pek promosi sahaja. Jangan pula bayar
RM1.80 atau RM2.00 untuk pek promosi ini.
Jangan pula jual RM1.80 atau RM2.00 untuk
pek promosi ini. Ada rugi dan ada lebih untung.

100 PLUS RM1.60

100 Plus Harga Promosi RM1.60
Tetapi kedai makan belasah Jual RM2....
Tidak ada apa yang membezakan botol pet 500ml
ini melainkan ada tambahan 'PROMOSI RM1.60'
dan ada diantaranya yang berpenutup
'SMS DAN MENANG'.
Bulan 4 yang lalu dapat botol pet ini, dan masih ada
terjual dipasaran. Kalau harga promosi sudah tentu
harga borong turut lebih murah.

100PLUS THIRST FOR ACTION PET BOTTLE

BOTOL PET 100PLUS EDISI PENGEMBARAAN!
Baru dapat minggu lepas, Jom kita rebut peluang ini!
Hadiah Utama, berupa pengembaraan pilihan Anda.
Hadiah Mingguan, Jelajah Ke Bali Indonesia
Hadiah Harian RM50 Setiap 10 Minit!
Cuma Sms kod dan ikut arahan! belum cuba belum tahu!
Bila baca syarat penyertaan, dapatkan kod pada
bawah penutup botol atau tin 100plus 325mL, maka
terbayanglah saya akan tin 100plus edisi pengembaraan
yang bakal bersama tin-tin 100plus yang lain
selepas tin 100plus lemon lime free pack
Beberapa tahun lepas, isteri dapat duit poket dari
100plus, kalau tahun ini dapat lagi, bolehlah belikan
barang-barang lama lagi, he he he!.
hobi dan koleksi March 2011

BOTOL COCA-COLA TERBARU 2010 ~ 2011

Botol Pet Coca-Cola 1.5Liter Terbaru
Tema Sempena Tahun Baru Cina?
Baru beli pada 25 November 2010
Labelnya berkilau cantik tetapi renyuk
seperti biasa bila airnya sudah tiada..
Tunggu bila pula botol pet 500ml & tin
hendak berubah wajah......

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.