Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Tin Jacob's Cream Crackers 2011

Tin Jacob's 2011 Dengan Grafik Tambahan Percuma Pinggan
Tin jacob's lama memang dicari kolektor, tin biru tegak dan
tin biru baring. Tin Biru Baring atau mendatar tidak silap ada
2 hingga 3 jenis yang saya pernah lihat. Satu 'Danone
Jacob's Cream Crackers' dan satu lagi 'Jacob & co's' , mana
yang dulu tidak dapat saya pastikan.

Tin Jacob's 2011 ini memang sengaja saya paparkan kerana
grafik tambahan percuma pinggan telah dikeluarkan pada
semua jenis tin biskut keluaran Jacob's seperti Cream
Crackers, Hi-Iron, Hi-Fibre, Low Salt Hi-Fibre, Weetameal,
Hi-Cal & Hi-Cal Vegetable. Banyak gila rasanya kalau
hendak kumpul kesemua tin. Itu tidak termasuk tin tahun
lepas dengan grafik sempena peraduan & percuma beg.

Rasanya baik cari Jacob's tin biskut biru & Jacob's Ulang
Tahun Ke 55. Lebih menarik! Walau bagaimanapun saya
percaya ada mereka yang diluar sana telah melengkapkan
kesemua tin keluaran Jacob's. Syabas!

Link tin biskut Jacob's biru untuk rujukan....

Blues Riders - Roti Mayat Biskut Cream Crackers Blues
Tin biskut baring Jacob's Extra Light 20 tahun lalu...
Blues Riders - Roti Mayat Jacobs Cream Crakers Ada Lagi!
Wow! masih ada isi! tempah satu ya Bro!
Blues Riders - Roti Mayat Jacob's Cream Krakers 1kg
Masih belum buka! perghhhh!

Link tin biskut Ulang Tahun Ke 55 Jacob's

Koleksi Ahmad Tahir - Jacob's 55 Anniversary
Almari Lauk - Koleksi Tin Jacobs Sumber Idea Warna Air

Koleksi Jacob's ada-ada saja....

5 ulasan :

Spallan berkata...

tapi ini tin Jacob's dikelilingi kereta James Bond, special sikit tu...

iaryylr berkata...

ooo, sebenarnya tiada tempat nak ambil gambar...

Mohamadazhan hjDesa berkata...

saya ada satu.hehe.tu ja koleksi :)

iaryylr berkata...

Mohamadazhan HjDesa
Wah, sedap dimakan sedap juga disimpan!

nikths berkata...

ini kena beli ni.Saya tin jacob lama tak ada,baru cuba2 kumpul yang baru.Baru ada yang versi peraduan dan versi hadiah beg selain tin biskut Munchy's.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.