'Display Cabinet' atau 'Display Showcase'
ini adalah untuk Milo beraksi buat sementara waktu.
Barangan dan souvenir Milo ini telah dikumpulkan
dari beberapa tempat. Pengumpulan ini memberi
peluang pada Milo mengenali suku-sakatnya yang
begitu banyak dan berpuak-puak. Ada dari Puak
Kole, Puak Pensil, Puak Mangkuk dan lain-lain.
Banyak lagi saudara-mara Milo di perantauan.
Ada yang masih didagangkan dan ada yang masih
di kedai-kedai selain dikurung oleh peminat Milo
itu sendiri yang berbilang bangsa dan keturunan.
Ada juga rakan-rakan Milo yang berada di bahagian
bawah ruang pamer, bukan kerana berpenyakit atau
tidak setaraf, tetapi disebabkan kesempitan ruang.
"Sambil pencerita menyelongkar dan menyusun,
sambil itu pula pencerita akan membuat pencarian
adik-beradik Milo yang lain dalam talian internet.
Baru belajar membeli-belah di internet rupanya"
Masih banyak yang perlu dicari, bagai jejak kasih
dengan bajet minima. Mana ibu, mana bapa,
mana sanak-saudara. Adik-beradik Atuk dan Nenek
Milo pun belum belum ketemukan inikan pula Moyang
moyangnya yang kebanyakkannya perlu ditebus
dengan kos yang tinggi, setinggi nilainya seiring
dengan hari-hari yang berlalu dan kenaikkan harga
gula, minyak dan juga barangan keperluan.
Itulah perlunya jaringan Milo yang terdiri dari
kolektor dan penjual yang terjalin secara langsung
atau tidak langsung asal dari minat yang sama.
4 ulasan :
cantik la bro...hijauuu sejuk mata memandangnya...
"...ku lihat hijau"
koleksi Aku punyer,
wah, kalau mta sejuk kena reka selimut mata lah keh keh keh! tq bro...
Spallan,
tapi bukan Si Baju hijau....
Catat Ulasan