Kumpul mata dan tebus!
Kali pertama sewaktu promosi bermula, banyak
7-e di terjah untuk mendapatkat gelang tangan
utama yang dijual berasingan juga setem belian
untuk menebus satu dua CHARMS yang ditawarkan.
Mulanya rasa teruja sebab banyak 7-e yang
katanya kehabisan, yang hairan sangat, poster
besar promosi hebat tapi bila di tanya... alahai.. .
Tak mengapalah, Apa yang menarik adalah CHARMS
tersebut boleh ditebus dengan 20 setem atau 10
setem + RM3.90. Apa yang tidak menarik ianya
tidak boleh dipilih atau nasib, kalau nak juga perlu
agak-agak rasa bentuknya dari sampulnya :) .
Untuk mempercepatkan proses mendapatkan
setem, cuma minimum pembelian RM 5 termasuk
barang pilihan untuk mendapatkan EXTRA Setem.
Kalau beli lebih-lebih pun dapat 2 setem saja.
Bergantung pada juruwang juga he he he.
Yang malas, setiap kali beli nak kena minta setem
walhal setem tersebut tidak perlu diminta-minta.
Sekarang rasa biasa-biasa saja... .
Hello Kitty Bracelet RM15.90 di kedai tepilih
Setem dikeluarkan dari 1 Julai hingga 8 September 2013
CHARMS boleh dituntut sehingga 15 September selagi stok masih ada.
3 ulasan :
TERBAIK NI..
TERBAIK NI..
fairus,
ha! ha! ha! bolehlah asal ada he! he! he!
Catat Ulasan