THE OFFICIAL JAMES BOND CAR COLLECTION
THE JAMES BOND CAR COLLECTION
007 #1 'The World is Not Enough'
Apa lagi yang tak cukup? bajet? memang itu
masaalahnya untuk mengumpulkan kesemuanya.
Apapun Edisi Pertama mesti di sapu terlebih dahulu!.
Dengan kenaikan harga barang keperluan serta
kawalan seperti gula, tepung, tauhu, makanan dan
minuman, tidak terlepas juga kos perkhidmatan
rentetan normal setiap kali kenaikan harga minyak.
Jika semuanya naik tentu kuasa membeli rakyat
Malaysia akan turun dari carta?.
Walau janji dan jaminan tidak dapat dikotakan,
mujur barang-barang kolektibel nampaknya tidak
terkesan lagi. Masih mengekalkan harga asal dan juga
masih ada promosi tawaran harga istimewa.
Sama ada di pasaraya, jualan talian mahupun di
pasar karat serta jualan garaj. Tawar menawar itu
biasa tetapi segala kos perlu di ingat juga.
Apapun inilah Edisi pertama dari koleksi kereta
James Bond mengikut penilaian amat berbaloi!.
Mempamerkan kemeriahan berganda.
Edisi pertama model kereta Pakcik James Bond 007
BMW Z8 yang dipasarkan pada 2 minggu lalu.
'The Official James Bond Car Collection'
"Satu koleksi eksklusif model kereta James Bond
yang dibentangkan dalam replika babak filem"
THE JAMES BOND CAR COLLECTION |
BMW Z8 adalah kenderaan milik British Secret Service
dalam Filem James Bond Ke-19 pada tahun 1999,
'The World is Not Enough'
yang menampilkan Pierce Brosnan sebagai pemegang
watak Ejen 007 ke-5 dari keseluruhan filem James Bond
setakat ini. Pierce Brosnan juga telah memegang watak
James Bond bagi 3 filem James Bond yang lain seperti,
Filem Ke-17, GoldenEye - 1995
Filem Ke-18, Tomorrow Never Dies - 1997
Filem Ke-20, Die Another Day - 2002.
BMW Z8 adalah sebuah kereta sport jenis Roadster
iaitu kereta terbuka, tidak berbumbung atau
punya bumbung yang boleh dibuka tutup.
dalam Filem James Bond Ke-19 pada tahun 1999,
'The World is Not Enough'
yang menampilkan Pierce Brosnan sebagai pemegang
watak Ejen 007 ke-5 dari keseluruhan filem James Bond
setakat ini. Pierce Brosnan juga telah memegang watak
James Bond bagi 3 filem James Bond yang lain seperti,
Filem Ke-17, GoldenEye - 1995
Filem Ke-18, Tomorrow Never Dies - 1997
Filem Ke-20, Die Another Day - 2002.
BMW Z8 adalah sebuah kereta sport jenis Roadster
iaitu kereta terbuka, tidak berbumbung atau
punya bumbung yang boleh dibuka tutup.
O.k, berbalik pada koleksi James Bond original ini,
Dengan RM9.90 untuk edisi pertama ini, pembeli
akan mendapat 2 majalah James Bond Collection
dan sebiji replika model kereta BMW Z8 dengan skala
1:43 di dalam bekas pamer khas dengan replika yang
memaparkan babak kejadian seperti di dalam filem.
Ini adalah babak sebelum BMW Z8 di potong dua.
Bukan aksi Gaban X potong dua ya!.
BMW Z8 - 'The World is Not Enough' |
Rasa hendak beli lebih pula, tapi bajet telah diguna
beli barang koleksi lain, ha! ha! ha!, gigit jarilah!.
Koleksi Model Replika Diecast Kenderaan |
Cantik tak? kalau budak-budak pasti telah dikeluarkan
dari kotak pamer ini untuk di buat main tolak-tolak.
Kenderaan Bersenjata dan Berperisai Ejen Rahsia 007 |
Jika mampu melengkapkan set, memang cantik
di simpan di dalam almari cermin. Cuma tak
menarik pula jika buku dan kotak poket ini di asing
jauh dan tidak di satu tempat.
Kenderaan Anti Peluru di musim tembak menembak |
Majalah khas James Bond pula menunjukkan
ciri-ciri, persenjataan dan gajet canggih kenderaan
rasmi Ejen Sulit 007. Hasil teknologi pada
kereta mewah ini bolehlah diklasifikasikan sebagai
Kereta tempur berperisai tahap sederhana?.
Kereta Rasmi James Bond BMW Z8 |
Pejam celik pejam celik isu ke-2 pun sudah berada
di pasaran; dengan harga tawaran RM19.90.
'THE SPY WHO LOVED ME' Adalah filem Ke-10
James Bond yang menjadi pilihan untuk keluaran
Isu Ke-2 koleksi kenderaan Jame Bond.
Lotus Esprit edisi James Bond ini adalah kenderaan
2 alam bagi filem tersebut sahaja. Begitu banyak
kereta Lotus Esprit di modifikasi bagi menjayakan
babak babak aksi dalam filem tersebut.
The Spy Who Loved Me's amphibian sports car |
LOTUS ESPRIT S1
The Famous Submarine Car Driven by Roger More |
Sedutan Filem James Bond dari youtube
'The Spy Who Loved Me'
'The Spy Who Loved Me'
Canggih!
O.k, nak cerita panjang pun tidak habis, berikut
adalah gambar dan model kereta James Bond
bagi isu yang akan datang.
No:3 Kereta ASTON MARTIN DB5
dari filem James Bond Ke-3 pada tahun 1964
'GOLDFINGER'
ASTON MARTIN DB5 |
GoldFinger |
No:4 Kereta Jaguar XKR dari filem James Bond
Ke-20 pada tahun 2002 'DIE ANOTHER DAY' .
Ke-20 pada tahun 2002 'DIE ANOTHER DAY' .
JAGUAR XKR - DIE ANOTHER DAY |
No:5 Kereta ASTON MARTIN V12 VANQUISH
Juga dari filem Jame Bond 'DIE ANOTHER DAY'.
Juga dari filem Jame Bond 'DIE ANOTHER DAY'.
ASTON MARTIN V12 VANQUISH |
No:6 kembali semula pada Kereta Aston Martin DB5,
tetapi dari replika babak filem yang lain pula.
tetapi dari replika babak filem yang lain pula.
Seterusnya...
TOYOTA 200GT
dari filem James Bond Ke-5 pada tahun 1967,
'YOU ONLY LIVE TWICE'
SUNBEAM ALPINE
dari filem Jame Bond pertama pada tahun 1962,
'DR NO' .
MERCEDES 250SE
dari filem James Bond Ke-13 pada tahun 1983,
'OCTOPUSSY'
MGB ( Morris Garages )
dari filem James Bond Ke-9 pada tahun 1974,
'THE MAN WITH GOLDEN GUN'
TRIUMPH STAG
dari filem James Bond
'DIAMONDS ARE FOREVER'
TUK TUK
dari filem James Bond Ke-13 pada tahun 1983
'OCTOPUSSY'
Selamat Mengumpul!
p/s Semua gambar adalah dari dari keluaran
pertama THE JAMES BOND CAR COLLECTION
2 ulasan :
PERGHH... KERETA BOND.. MEMANG DAHSYAT..
itulah masaalah, nak kumpul lengkap la ini pulak petron pun keluar juga barisan kereta poshe nya...
Catat Ulasan