Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

CARI BARANG LAMA 12/12/2010

Skodeng Mengendap Serang Balas 2 Kedai Lama Secara
Santai dan cari serapan pagi dari Morib ke Jenjarum.

Mulanya hendak berserapan di Kelanang, jalan besar lagi
beberapa km ke Pantai Morib, perjalanan lebih 35 km
menghampakan kerana kedai makan itu tutup rupanya.
Hendak makan nasi goreng kampung sebenarnya. Sudah
tutup saya dan isteri alas perut dulu dengan nasi lemak &
roti canai, air Kopi & milo ais dikedai makanberhampiran.
Sebab hendak makan nasi goreng kampung juga, apa lagi?
patah balik cari kedai makan suasana kampung yang lain.
Singgah 'warung sarang burung tempua' saya beri nama
sebab ada 3 sarang burung digantung sebagai dekorasi.
Ini dibawah saya snap satu sarang burung tidak bertuan.
Lepas makan, sambung merempit tanpa hala tuju. Oh ya!
lebih baik skodeng sekali kedai-kedai disepanjang jalan.
Boleh juga dapat hasil kalau ada rezeki, Ada yang kedai
yang sudah hampir roboh, yang berhantu, ada yang tiada
apa, ada juga yang jual air kelapa. Jalan punya jalan sampai
satu kedai lama. Kedai yang dari setahun dulu hendak
terjah tapi asyik terlepas saja sebab tidak mahu masuk
elok-elok agaknya, kalau sudah 'top speed' sukar hendak
ambil selekoh maut jadi itu yang terlepas saja ( alasan! )

Hasil menyinggah ini saja yang dapat, nak pelita ayam kaki
korek lain dah korek dulu guna skop, cangkul & tajak.
Aunty kedai pun terkejut sudah licin rupanya rak pelita.
Itupun sebab anak dia beritahu, kalau tidak mungkin Aunty
itu masih mencari untuk kami. Kedai berusia lebih 20 tahun
itu memang sudah kurang barang untuk diurus niaga.
Barangan cola pun tiada. Tanya sama anak tauke, dia jawab
"sekarang air semua beli dipasaraya besar saja, kalau ejen
tidak menguntungkan dan banyak prosedur" mungkin sebab
itu tidak banyak poster dikedai-kedai yang dahulunya
menjadi nadi kemajuan syarikat gergasi terkini.. .

2 ulasan :

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob, hmmm sonok merempit cari barang lama. Entry Yong malam ni tentang makanan tapi nak kabor dinner Yong tu Yong boh atas pinggan antik, moh gi blog Yong tengok gambor pinggan putih dan piring bunga. Kedua-dua Yong amik kat rumoh Mok di Perak.

Iaryylr berkata...

Merempit dengan semangat kesukanan!,

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.