Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

COCA-COLA FRIDGE MAGNET & BOTTLE OPENER

COCA-COLA FRIDGE MAGNET
COCA-COLA BOTTLE OPENER

PEMBUKA BOTOL & FRIDGE MAGNET COCA-COLA

VOLKSWAGEN 4X4 - MATCHBOX

MATCHBOX VOLKSWAGEN 4X4 - DESERT ADVENTURE
READY FOR ACTION - MATCHBOX 82 - VOLKSWAGEN 4X4
82 - P2979 - 8/14 - HIGHLY DETAILED - P2979-0910
2008 Mattel, Inc.,636 Girard Avenue, East Aurora, NY 14052 U.S.A

Made In Thailand
Barang lama kereta pun mesti lama punya! tapi belum ada lagi.
Yang ada cuma kereta volkswagen permainan sahaja dulu.
Ini adalah Model Replika @ die-cast terperinci kereta Jenama
Volkswagen 4x4 Desert Adventure, iaitu versi padang pasir.
Permainan ini hanya untuk manusia berumur 3 tahun ke atas.
Permainan yang menjadi pilihan pengumpul model replika ini
keluaran Mattel dengan jenama yang tidak asing lagi Matchbox.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah salah seorang manusia
yang berusia 3 tahun ke atas yang mengumpul kereta permainan
jenama tertentu terutamanya 'Volkswagen' secara suka-suka.

hobi & koleksi - hobby & collection iaryylr

SPONGEBOB SQUAREPANTS - PLAY BUDDY

SPONGEBOB SQUAREPANTS - PLAY BUDDY
Figura Spongebob
SPONGEBOB - MR.CRAB - PATRICK

Hobby And collection - Hobi Dan Koleksi

SPONGEBOB

PEPSI FRIDGE MAGNET & BOTTLE OPENER

PEPSI FRIDGE MAGNET
PEPSI BOTTLE OPENER
Fridge Magnet dan pembuka botol Pepsi

KNORR SOUPY SNAX CUP MUG

MUG SOUPY SNAX
PERCUMA DENGAN MEMBELIAN SOUPY SNAX
Soupy Snax diedarkan diMalaysia oleh Unilever ( tidak silap ).
Ianya Snek bubur campuran yang bolehlah sedap dimakan.
Soupy Snax, masihkah ada dipasaran Malaysia? tiada info pun
di laman berkaitan kecuali dipasaran luar, di kedaipun tidak
kelihatan lagi, Mungkin Kurang sambutan agaknya...
Namun yang tinggal mug ini saja, tidak silap saya mug percuma
ini dikeluarkan dengan 4 grafik berbeza yang cantik belaka.
Namun saya cuma dapat satu sahaja.

MUG MILO - GO FUTHER

MILO MUG - GO FUTHER
Mug Milo keluaran Nestle ini dengan tag 'Go Futher!' adalah
lebih lama dari Mug Milo 'Go Futher! AIS', namun keduanya
adalah gelas era tahun 2ooo.

SUPER POWER CUP MUG

MUG SUPER POWER

MUG MILO - 2006 - MILO CUP

MUG MILO - 2006 - MILO CUP
Mug Milo yang diperbuat dari bahan plastik dan berpenutup.
Mug keluaran tahun 2006.

TIN ROKOK DUNHILL

TIN ROKOK DUNHILL

TIN ROKOK DUNHILL LAMA

TIN ROKOK DUNHILL

MENCARI BARANG LAMA....

Saja letak gambar dulang lama
Hari ini Saya hendak beli beberapa barang lama seperti pelita,
botol minuman berair mata dan lain-lain lagi, walau duit ada
sikit saja dalam poket. Tapi minat punya pasal & uncle jual harga
lama yang murah. RM20 cukup untuk barang yang yang boleh
balik modal hingga 7 kali ganda. Bukan hendak beli semua, dan
belum pernah juga menjual barang lama, kecuali syiling, waktu
darjah enam, ada jiran kepada kawan menawarkan RM 2.50
untuk sekeping 20 sen atau 10 sen tahun tertentu . Apa lagi
budak-budakkan, dengar offer begitu cepat saja cari sampai
jumpa.Bila dapat, kayalah sebab dapat RM5 , besar nilainya
waktu itu. Sehingga kini saya tidak ingat duit tahun berapa.
Entah - entah 10 sen 1971 yang kini dijual RM150 ke atas.
Mana tidak mahal, Pengeluaran @ mintage syiling 10 sen itu
cuma sebanyak 32,236 sahaja, itu yang melambung harganya.

Berbalik pada tidak dapat apa yang dihajati.., tapi apakan
daya, bukan rezeki agaknya. Semuanya sudah diangkut Runner
atau penjual barang lama tanpa sisa. Anak Uncle cakap dia ingat
kawan saya itu yang semua stok air botol dia lego.
Anak Uncle cakap ' you first orang cari barang lama sini.. nanti
saya cari belakang, ada lagi nanti saya simpan untuk you'.

BEKAS ROKOK WINSTON

BEKAS ROKOK WINSTON
WINSTON MENTHOL - REFRESHING AMERICAN TASTE
Ini bukan bekas rokok yang diperbuat dari tin @ bukan tin
rokok tapi bekas rokok yang dipebuat dari bahan plastik.

Bekas rokok ini saya beli di kedai lama yang hampir tiada
barang lama di dalamnya dan tanpa diketahui sebabnya.
Tauke pun dah pandai main harga, tapi saya dapat murah.

ARNOTT'S CHOCOLATE TIM TAM MUG CUP

MUG TIM TAM PRODUK ARNOTT'S
OLEH CAMPBELL'S MALAYSIA
Mug Coklat Tim Tam bewarna Coklat dengan aluran bak lapisan coklat.

GELAS GREEN SPOT

GELAS GREEN SPOT
THE AMOY CANNING CORP'N (s'pore) LTD.

McDONALD'S GLASS - RONALD McDONALD

McDONALD GLASS
1977 McDONALD - ACTION SERIES
NO SWIMMING - FILET O'FISH LAKE

MAAF!,He he he! gelas ini saya tersalah letak pada posting
McDONALD'S GLASS - THE GREAT MUPPET CAPER! yang lalu,
namun saya telah mengeluakannya dari post tersebut
untuk posting semula agar tidak mengelirukan.

LAMPU SULUH LAMA KUDA TERBANG

LAMPU SULUH LAMA JENAMA KUDA TERBANG
FLYING HORSE BRAND FLASHLIGHT
POWERFUL BEAM - 300FT - 2 CELL
MADE IN THE PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA
Sebelum ini saya posting Lampu suluh lama dengan kuasa 3
kali bateri size d, kali ini pula dengan kuasa 2 bateri. Lampu
suluh normal untuk budak pergi mengaji. Lampu suluh ini
Panjang 174mm dan diameter luaran pemuka 55mm.
Mentol mungkin 3.6v dan 'screw type bulb'.
Mampu menyuluh sehingga 300ft kalau bateri penuhlah.. .

CHAMPION 2T MOTORCYCLE OIL

CHAMPION 2T MOTORCYCLE OIL
Ada ke sesiapa yang kumpul tin minyak?, dulu saya ada 2 tin,
yang satu lagi gambar motor gipang, tapi sudah hilanglah...

McDONALDS' GLASS - THE GREAT MUPPET

GELAS McDONALD'S - THE GREAT MUPPET CAPER!
McDONALD'S GLASS
KERMIT THE FROG
McDONALD'S GLASS - THE GREAT MUPPET CAPER!
HENSON ASSOCIATES.INC.1981

Semalam.. gelas ini jatuh dari ketinggian 2 + kaki, entah kenapa
nasib tidak pecah... selamat....

MUG @ CAWAN KFC

CAWAN ATAU MUG KFC?
KENTUCKY FRIED CHICKEN

MUG MILO - GO FUTHER AIS

MUG MILO
Mug ini mungkin keluaran 2 tahun yang lalu.
Dalam kategori Gelas baru.
Yang ini saya minta dari Ibu.

REPLIKA MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON

REPLIKA @ DIE-CAST MOTOSIKAL
Harley Davidson FLHRS Road King Custom
FLHSR E1 CUSTOME
camera : nikon d40x

Mengumpul Replika motosikal @ diecast motorcycle adalah
salah satu hobi & koleksi yang saya minati kerana saya minat
dunia 2 roda, lebih-lebih lagi motor berkuasa tinggi tidak kira
dari jenis easy rider, cruiser , naked hingga superbike.
Namun.., kerana saya masih lagi ibarat dalam kategori
'ADNAN SEMPIT'
maka saya belum berupaya memiliki motor idaman.
Walau yang demikian, reda otak saya bila menatap satu persatu
dari 90 buah keatas model,replika motosikal yang saya miliki.
Antara jenama pengeluar permainan die-cast motorcycle
yang saya beli adalah Maisto,Hot Wheel dan juga Tesco.
Model-model motosikal pula adalah seperti Yamaha, Suzuki,
Honda, Harley Davidson dan lain-lain.
Saya juga dalam proses mengabadikan koleksi tersebut di Blog
Motosikal saya di laman sesawang
http://hobbycollection.wordpress.com/tag/diecast-motorcycle/
atau di laman sesawang utama
http://hobbycollection.wordpress.com
jemputlah melawat....

KAD TELEFON - DEKORASI

DEKORASI HIASAN DARI KAD TELEFON
Kad Telefon prabayar atau phonecard untuk telefon awam
memang top suatu ketika dulu sewaktu telefon bimbit prabayar
belum wujud dan baru diperkenalkan.Saya adalah salah seorang
pengguna tersebut yang menyimpan kad telefon sebagai satu
hobi yang berkoleksi. Sebagai seorang peminat keris yang masih
belum dapat memiliki keris yang sesuai, apa lagi serasi, Saya
pun mendekorasikan dinding rumah dengan mempamer kad
telefon bertemakan keris yang disusun dalam bingkai gambar
sebagai hiasan dan simbolik minat.

KAD TELEFON - KERAS TANGAN

KERAS TANGAN KAD TELEFON
Ini adalah hasil keras tangan isteri berkaitan hobi saya mengumpul
dan menyimpan kad telefon. Dia buat pemegang kunci dengan dua
kad telefon yang dicantum, satu saja saya guna, yang tinggal ini
saya simpanlah.

KAD TELEKOMUNIKASI KAD TELEFON

KAD TELEFON - PHONE CARD
KADFON - UNIPHONEKAD - RING-RING CARD - KAD TELEKOM
TELEKOM PAYPHONE - TOP UP CARD
dan pelbagai kad telekomunikasi dari zaman batu hingga kini jika
ada... , juga adalah sebahagian dari barang koleksi yang masih
disimpan . Banyak dari kad tersebut adalah dari penggunaan harian,
sumbangan,kutip tepi jalan dan ada juga yang dibeli di kedai koleksi.
koleksi iaryylr

JACOB'S MUG & TEA POT

MUG & TEKO TEH JACOB'S
Akhirnya dapat juga Mug & Teko Jacob's...

COCA-COLA TANK TRUCK 3D PUZZLE

COCA-COLA TANK TRUCK 3D PUZZLE
ENLIGHTEN YOUR IQ, MAKE UP YOUR DREAMS!
INTELLECTUAL DEVELOPMENT!
3D PUZLE , Lori kontena ini dengan tema Coca-cola. Selain
Coca-cola terdapat juga tema Pepsi, 7-up dan Sunquick.
Saya cuma ada tema pepsi dan coca-cola sebab itu saja yang
dijual dari 4 tema . Harga Tahun Lepas RM6.00.

koleksi Coca-Cola iaryylr

SPONGEBOB SQUAREPANTS - PLAY BUDDY

BARANG BARU DAN FREE
SPONGEBOB SQUAREPANTS - FREE 'PLAY BUDDY'
One in each Box 4 to Collect!
KUMPULKAN 4 KESEMUANYA!
PERCUMA! Mainan SpongeBob 'Play Buddy' dengan setiap
pembelian sekotak bijirin 'Honey Stars'. Saya dapat mengumpul
setiap 1 dari 4 permainan tersebut , kira cukup-cukup 1 set.
Set tersebut terdiri dari...
1-SPONGEBOB 2-PATRICK 3-MR.KRABS 4-LIFEGUARD SPONGEBOB

SPONGEBOB SQUAREPANTS - BOB TAGS

BARANG BARU DAN FREE
SPONGEBOB SQUAREPANTS - FREE 'BOB TAGS'
Percuma 'Bob Teg' dengan sebarang pembelian koko krunch
keluaran Nestle. Saya telah melengkapkan kesemua 5 tag tersebut,
tetapi koko krunch tersebut belum pula lagi habis dimakan.
Walau ini bukan barang lama, tetapi 10 ~ 20 tahun akan datang
tentu ianya menjadi sesuatu yang bermakna.
ada sesiapa suka tengok Sponge Bob?
( Tengah tunggu juga sesiapa yang akan buat blog koleksi Sponge Bob )

HANTU KERTAS HANTU LAUT

MENANGKAP HANTU BUKAN PENGAKAP HANTU...
Bila tiada kerja..., beginilah menconteng sana-sini,
saja-saja posting sebab melukis juga sebahagian hobi..

A&W GLASS - JOG ON UP TO A&W

GELAS A&W - JOG ON UP TO A&W
Kelihatan 2 ekor beruang sedang berjogging...
Beruang berjogging siap pakai baju, seluar & topi.
'Hendak kemana Sang Beruang?'

BEG HARTA KARUN

BEG HARTA KARUN IARYYLR
Beg 'cooler' ini saya gunakan untuk simpan barang yang dibeli atau
dapat seperti gelas atau botol. Beg 'cooler' ini tebal sikit dan sesuai
untuk sedikit jaminan keselamatan waktu merempit dengan
barang koleksi. Kalau agak - agak banyak sangat barang saya
akan guna beg sandang yang besar. Beg 'cooler' sebenarnya untuk
isi makanan atau minuman, selain tebal ia juga dapat mencegah
air dari menembusi ruang dalam. Beg ini ada banyak poket untuk
simpan buku nota, pen dan lain- lain barang keperluan.
Hendak bawa beg kecil atau besar tapi tengok poket jugalah,
masa itu ada isi atau tidak ...he!he!he!

GELAS RED LION - SINGA MERAH

GELAS RED LION - SINGA MERAH
Gelas lama Red Lion
koleksi gelas iaryylr

PEPSI CUP - BATMAN BEGINS 2005

PEPSI CUP - BATMAN BEGINS
PLASTIC CUP - PEPSI CUP - DRINKING CUP
This cup measures appx 7" inches tall and is made of plastic.
Comes with a Black plastic lid , straw and
features a Batman image, Warner Bros Picture & Pepsi logo.
Gelas plastik sempena Batman Begins yang dikeluarkan pada 2005,
pejam celik bangun tidur .... sudah lebih 5 tahun dalam simpanan.

PEPSI TANK TRUCK - 3D PUZZLE

PEPSI TANK TRUCK - 3D PUZZLE
ENLIGHTEN YOUR IQ, MAKE UP YOUR DREAMS!
INTELLECTUAL DEVELOPMENT!
FRICTION BEST JUST BRING IT!
4 SHEET 114 PIECES - DIMENSIONS: 29 X 7.5CM X 8.5 CM

3D PUZLE , Lori kontena ini dengan tema Pepsi. Selain pepsi
terdapat juga tema Coca-cola, 7-up dan Sunquick.
Saya cuma ada tema pepsi dan coca-cola sebab itu saja yang
dijual dari 4 tema . Harga Tahun Lepas RM6.00.

koleksi iaryylr

BOTOL FRASER AND NEAVE

BOTOL F&N LAMA - FRASER AND NEAVE
Botol Ada air ini sudah tamat tempoh pada tahun 2006 ~ 2007
Harganya pun sudah 5 hingga 9 kali ganda di pasaran,
bergantung juga pada keadaan & budi bicara serta kos
pengurusan. Tetapi yang ini saya dapat harga asal saja sebab
beli dikedai minuman, tiada diskaun walau tidak boleh minum,
saya pun tidak kisah, Sebab dapa jimat wang, masa dan tenaga
hingga beribu kilo joule. Ini yang tengah fikir bagaimana hendak
angkut yang lain-lain dan susun atur supaya rumah tidak nampak
sempit, semak dan tidak teratur, orang jepun kata 5'S.
Perisa Tonik, Oren dan Aiskrim soda yang belum dapat, orang
baru hendak kumpul botollah katakan... .

PELITA MINYAK TANAH CAP AYAM

PELITA LAMA MINYAK TANAH CAP AYAM
Pelita minyak tanah ini berketinggian 30cm, Cap ayam
jantan yang timbul jelas kelihatan. Pelita ini saya dapat
sewaktu mencari barang lama siri D.I.Y . Berapa harga
pelita ini kalau dijual agaknya?. Walau tidak unik dan biasa
namun saya suka pelita ini

MUG MILO SUKAN SEA 2010

MUG NESTLE MILO SUKAN SEA 2010 PERCUMA!
1 CAWAN SERAMIK MILO SEA GAMES ,2 CORAK UNTUK DIKUMPULKAN
DENGAN SETIAP PEK SERBUK MILO 1.5KG

MUG MILO SUKAN SEA 2010 - FOOTBALL
Mug atau Cawan Milo keluaran Nestle setakat ini cuma ada 2
sahaja, Mug ini adalah barang baru dan percuma, namun 20
tahun lagi tentu sudah berumur dan layak dipanggil barang lama.
Dulu saingan Milo adalah Ovaltine sebelum kedatangan Vico.

MANCIS SHELLTOX MATCHES

MANCIS SHELLTOX 69
1 plastik kotak mancis ini saya nampak tersorok di bawah para
kedai lama, dikedai yang sama, saya membeli pelita,kopi,lampu
suluh dan Milo yang dapat percuma mug sukan Sea. Sebenarnya
saya sudah nampak beberapa hari lepas, cuma strategi hari ini
sambil berbelanja baru bertanya. Saya tanya anak tauke ,
'berapa harga kotak mancis satu plastik ini', dia jawab' itu sudah
tidak boleh pakailah'... saya tanya lagi 'berapa?,saya mahu
kotak mancis ini semua', dia jawab ' tapi itu sudah rosaklah'
saya tanya lagi, 'rosak tidak mengapa, saya mahu beli juga,
berapa harga? .. dia jawab 'ooooo itu semua harga saya beri
percuma, sebab lu selalu beli sini' .... .

1 plastik mancis dibawa pulang dan dikira berjumlah 69 kotak.
he he he!,hi hi hi!,hu hu hu! nampaknya jumlah koleksi mancis
untuk 2010 bertambah hampir 100 kotak,untuk 1/2 tahun ini.
Syukur,Dengan 69 kotak mancis Sheltox ini bolehlah saya buat
tukaran barang koleksi 'trade in' nanti... .
Mancis, Matchbox, Matches

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.