Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

PINGGAN DARLIE LOONEY TUNES 2011

Kisah Sang Arnab cuba menyelamatkan Sang Burung
dari dimakan oleh Sang Kucing... berjayakah Bro Arnab?
Pada suatu hari diwaktu tengahari, sedang Sang Arnab duduk
berehat sambil makan lobak merah yang bewarna oren,
tiba-tiba sebagaimana yang dirancang pencerita....
seekor burung yang entah mengapa bagai tidak pandai terbang
tinggi berlari-lari anak sambil berterbang-terbang bayi.
Sang Burung yang keletihan pun berehat sebentar didepan
Sang Arnab yang disangkakan seekor Kangaroo yang lucu.
Kehadiran Sang Burung sememangnya membuatkan waktu
makan Sang Arnab terganggu kerana Sang Burung amat
berbau, mungkin kerana peluh jantan Sang Burung atau
Sang Burung terpijak tahi mamalia sewaktu asyik berlari,
sememangnya tidak dapat dipasti. Bau yang kurang enak itu
sebenarnya bagai angin yang berlalu. Sang Arnab sudah tidak
rasa terganggu, tetapi hatinya serba salah kerana berfikiran
negatif dan kotor pada Sang Burung yang belum mandi
beberapa hari, sedang Sang Arnab hampir sebulan tidak berus
gigi. Sang Arnab terfikir mungkin bau tadi sebenarnya bau
tahi hidungnya sendiri yang berkuping-kuping kering dan
hitam kuning yang kalau dikorek boleh buat kepala pening.
'Arghh! Pencerita mula rasa sakit kepala, kita singkatkan cerita
dan kembali pada matlamat tajuk agar tidak tidak terlalu teliti.'
.
Sambil Sang Arnab mengunyah lobak...

.
Sang Arnab : Hai Burung! Awak nampak keletihan dan bermasaalah, ada
apa-apa yang boleh dibantu? jika mahu dibantu jangan malu-malu...

Sang Burung : Saya dikejar Kuncing, saya perlu tempat berlindung,
boleh saya tumpang menyorok didalam poket Awak Kangaroo?

Sang Arnab : Maaf, saya Arnab bukan Kangaroo, kalau hendak minta tolong
dari Kangaroo Awak kena pergi Australia, di Malaysia Kangaroo ada di Zoo
.
Sang Burung : Maaflah Arnab sebab saya ini Anak Burung, baru belajar,
belum habis belajar, pengajar saya sudah dimakan Kucing.
Sang Arnab : Ooo! begitu ceritanya, Kucing yang kejar Awak itu rupanya
seperti Si kucing yang di dalam pinggan dibawah ini ke?

Sang Burung : Ya! ya! tepat sekali, 10 markah! fiiiwiitttttt!, tapi lain sikitlah....
.
Sedang Sang Arnab dan Burung berbual, rupanya ada sepasang
mata tidak bercermin mata yang memerhatikan mereka dengan
penuh nafsu lapar, dimulut empunya sepasang mata itu
berjejeran air liur sehingga 10 kali ganda manusia terliur...
Sayang sekali empunya sepasang mata itu tidak mengetahui
apa yang dibualkan oleh Sang Burung & Sang Arnab. Bukan
kerana tidak faham bahasa binatang, tetapi kedudukan tempat
'Skodeng' yang tidak strategik dan tidak logik.
.
Sang Arnab : Apa yang lainnya Burung? adakah kerana warnanya?
Sang Burung : Ya!, betul! warnanya Kuning oren belang-belang hitam.

Sang Arnab : Jika sungguh bagai dikata wahai Burung, itu namanya
Harimau! bukan Kucing!
tidak sama dengan Harimau Jadian,
Harimau Berantai mahupun Kucing Hutan!,
pasti Sang Harimau
sedang menuju kearah sini!. Kita perlu pergi menyelamatkan diri!

Sang Burung : Dimana harus kita pergi? atas pokok atau dalam air?
Sang Arnab : Menyorok dalam tanahlah!, jom ikut aku ke dalam lubang!
Sang Burung : Lubang cacing ke? sempit tu! mana muat!?
Sang Arnab : Lubang Arnablah! lubang tu rumah aku, Rumahku
SyurgaKu... Jom masuk! yehaaaa!

.

Sang Arnab yang ketakutan pun melompat masuk ke
lubangnya dan diikuti Sang Burung yang terkedek-kedek
jalan macam itik, mereka pun senyap-senyap didalam
lubang sambil pasang telinga dan berjaga-jaga kerana
naluri binatang yang dapat menghidu aura kelaparan
tahap kejahatan tanpa mengira betina dan jantan.
Senyap sunyi seketika....
.
Jeng! Jeng! Jeng!
.
"Wa Kah! Kah! Kah! , nampaknya adalah peluang aku dapat makan
Burung dan Arnab sekali gus!
"
.
Si pemunya Sepasang Mata berkata dalam hati lalu
menuju ke lubang arnab.
.
sres.. sres.. sres.. sres..
.
Kedengaran bunyi tapak kaki memijak dedaun kering
semakin menghampiri lubang Arnab yang gelap.
Bunyinya begitu bergema didalam lubang.
Sang Arnab dan Sang Burung begitu ketakutan,
mereka berpelukan sesama jenis berlainan jenis.
Peluh jantan pun berjejeran, Sang Burung pun
terus akil baligh, menggigil yang amat sangat.
.
Sres.. sress.. sress.. sres..
.
Sang Burung terbayang Sang Arnab dimakan Pak Rimau,
Sang Arnab terbyang Sang Burung dimakan Pak Belang...

Gedebuk ! gedebak ! ( Bunyi batu-batu dihempas )

Lubang Arnab yang sudah gelap bertambah gulita...
Rupanya lubang sudah ditutup batu.

"Ha! Ha! Ha! Ha! Matilah Kau Burung dan Arnab!, dapat
juga Aku menikmati daging segar kamu berdua tanpa disembelih!
"

Si Pemunya Sepasang Mata bertempik rupanya, begitu
gembira kerana merasakan rezeki datang bergolek...

Sang Arnab : Eh! itu seperti suara Sang Kucing?
Sang Burung : Ia! tepat sekali! 10 markah! fiiwiittt!
Sang Arnab : Hoi!.. diluar sana! Kucing ke itu?
Si Pemunya Sepasang Mata : Ya! Akulah Si Kucing!
Sang Arnab : Mengapa kau tutup sumbat lubang rumah aku?
Si Pemunya Sepasang Mata atau kini dikenali sebagai Sang Kucing :
Seperti yang telah aku tempikkan tadi....
.
"Ha! Ha! Ha! Ha! Matilah Kau Burung dan Arnab!, dapat
juga Aku menikmati daging segar kamu berdua tanpa disembelih!"
( Sang Kucing mengulangi tempikkannya )
.
'Dalam waktu Sang Kucing bertempik, ada pula hidung
yang mula berair, ada sedikit hingus.. keluar masuk
ikut rentak nafas, aik? siapa punya pemilik hidung
pula yang mengganggu pencerita, adakah hidung
itu milik pencerita ? eeeii yek!'

Dari dalam Lubang...
.
Panas semakin membahang, kandungan oksigen semakin
berkurangan, Sang Arnab dan Sang Burung semakin
kelemasan. Sememangnya inilah yang dimahukan oleh
Sang Kucing agar dapat menikmati Sang Burung
dan
Sang Arnab yang mati kelemasan. Teknik ini
dikenali
sebagai teknik pelemasan. Melemaskan mangsa
tanpa
bertentangan mata. Sang Arnab & Sang Burung
mula berhibernasi, terimiginasi, mamai... bersama
terbayangkan berdua meratah Sang Kucing bagai KFC.
Hakikat menghampiri saat mati..... .

Sang Kucing meleret tersenyum...
terbayang Burung Panggang, terbayang Sate Arnab,
terbayang betapa sedapnya nikmat makan selagi
sihat,
bila sudah sakit salah satu tanda nikmat sudah ditarik,
bila penarikkan maka
sudah tiada lagi kenikmatan... .

Sedang Sang Kucing menunggu ajal Sang Arnab
dan
Sang Burung, tiba-tiba Sang Kucing merasakan
ekornya
bagai dipijak gajah, maka bermeowlah Sang Kucing
yang
terkejut tahap yang manusia kiaskan 'terkejut beruk'

Meowwwwww! Auw! Auw!


Sang Kucing yang terkejut berasakan ada cecair bak
lendir menitis-nitis dibelakang badannya meresapi
bulu-bulu dan membasahi kulit membuatkan Sang Kucing
Kegelian dan tergeliat serta-merta tahap kerasukkan.

Sang Kucing yang terkejut dan geli itu pun menoleh
ke belakang untuk melihat keturunan Gajah mana
yang
berani memijak ekornya sambil terbayang
belalai gajah yang berlendir dan....


"Mak datuk! Pak Rimau!!!!! Raja Belantara dari utara,
kad pengenalan pilihanraya
bahagian utara,
amat digeruni oleh Lotong & Kera!"


10 kali terkejut Sang Kucing bila melihat
Sang Harimau tersenyum sambil berkata...

"Mengapa? Tak Percaya ke? :)"

10 kali kegelian melampau bila mengetahui cecair
yang membasahinya tadi adalah hingus Sang Harimau.


Sang Kucing bagai berlari setempat kerana larian
untuk
menyelamatkan dirinya hanya sia-sia,
ekornya kini
sudah dipijak kuat dengan kedua-dua
belah kaki depan
Sang Harimau. Sang Harimau
tersenyum melihat
gelagat Sang kucing yang ketakutan
lari setempat.
Sebelum Sang Kucing mati keletihan
Sang Harimau pun
tanpa berlengah lagi mula memakan
Sang Kucing
dengan adab dan tertib selaku dirinya
sebagai
Raja Rimba tahap Raja Lawak Mega.

Dunia Sang Kucing semakin gelap...

Bagaimanakah nasib Sang Arnab & Sang Burung?

a - Adakah mati terkubur begitu sahaja?
b - Juga dimakan Sang Harimau?
c - Diselamatkan Sang Harimau?
d - Tiada satu pun jawapan di atas...
e - Jawapan Anda?

Fikir-fikirkanlah kesudahannya, he he he!
Sebab penat iaryylr hendak memikir akan kesudahan
cerita rekaan iaryylr ini sejak beberapa hari....

2 ulasan :

thomas berkata...

Jawapan saya kedua Sang Arnab dan burung keluar ikut lubang lain.

iaryylr berkata...

Terima kasih Bro Thomas, Jawapan yang menarik nampaknya!

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.