Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

FEDERATION OF MALAYA POLICE

MUZIUM TAPAK JUGRA KUALA LANGAT
KERETA PERISAI POLIS MALAYA?
Hari ini saja saya entrikan kenderaan polis lama.
'Federation Of Malaya Police'
Kenderaan ini diletakkan diluar Muzium Tapak Jugra
Kuala Langat. Muzium yang asalnya adalah
sebuah bangunan Balai Polis lama.
Inilah gambar balai polis lama yang saya sedut dari
http://www.padat.gov.my sebelum diubahsuai
Banyak lagi misteri di Bukit Jugra....

100PLUS THIRST FOR ACTION 2

TIN MINUMAN 100PLUS 2011
Sempena Peraduan "Thirst For Action" 2011
Seronok juga kumpul 100plus, tiap tahun ada saja
melakukan perubahan walau sementara.
Habis kesemua diminum sebab sakit.... tak cukup!
hendak lagi! hendak lagi! ada free ke? he he he!

PENGGANTI PERMAINAN DAM ULAR!

PERMAINAN DAM DADU PERCUMA!
tetapi dadu kena beli sendiri.....
Wow! Jom main dam dadu makan dan minum, sekali sekala
kita ganti dam ular. Jika main dam ular asyik kena
panjat tangga & kena patuk ular, tetapi dam makan minum
ini pasti mengeyangkan perut dan menghilangkan dahaga?.
Pada dam ini terdapat bermacam jenis gambar
makanan & minuman segera seperti Twisties, Ribena,
Cadbury, Choki-choki, Vitagen, Snickers, Yupi, Chupa
Chups, Delite,Walls, Dutch Lady dan Belcube.

Saya dapat permainan dam ini dari majalah aktiviti
kanak-kanak edisi pertama "Wira Carrefour" yang diberi
percuma. Keluaran 12 hingga 31 March 2011. Bukan
saja permainan dam, malah terdapat peraduan mewarna,
peraduan "Spot & Win", kupon diskaun dan lain-lain
didalamnya. Percumakan? kaut sajalah... .
"Mars Needs Moms"
ada sesiapa yang dah tonton Filem ini?

BIG MAC BEST MALE HITS

Mc Donald's "BEST MALE HITS"
'enchanced CD'
CD kompilasi artis lelaki terhangat ini dikeluarkan pada
tahun 2005. Percuma dengan pembelian set Big Mac
pada waktu promosi tersebut. Ianya bukan untuk dijual
dan dikeluarkan untuk tujuan promosi di Mc Donald's
oleh SONY BMG Music Entertaiment. Apa yang lebih
menarik pada cd ini untuk pc adalah terdapat permainan
komputer Big Mac, Big Mac Cursor, Screen Saver &
hiasan dinding Mc donald untuk skrin komputer.
Ada 3 cd yang dikeluarkan untuk promosi ini, iaitu

1: "BEST MALE HITS"
2: "BEST FEMALE HITS"
3: "BEST LOVE SONG"

Artis dan lagu dalam kompilasi "Best Male Hits" ini

1: Good Charlotte / Lifestyles Of The Rich And Famous
2: Switchfoot / Meant To Live
3: Rooster / Come Get some
4: John Legend / Don't You Worry 'Bout A Thing
5: Guy Sebastian / Angels Brought Me Here

CADBURY'S ASSORTMENT

'Cadbury Assortment'
Khasiat Coklat Nikmat Coklat Rasa Coklat
'Cadbury's Assortement' adalah coklat campuran
Buah Badam, Kacang Hazel & Kismis Disaluti
Dengan Coklat Susu Cadury Dairy Milk TM.
Berat Bersih 300gram, Kod Material : 21658927 Status: Halal

CADBURY'S HAZEL NUTS

CADBURY'S HAZEL NUTS
Tin Coklat Cadbury dengan tema Klasik, menarik!
Makan coklat warna coklat rasanya sedap rasa coklat...

aduh, jari-jari saya bagaikan bisa... hu hu hu!

CADBURY'S ALMOND NUTS

TIN CADBURY'S ALMOND NUTS
Tin coklat dengan tema klasik ini mula membanjiri
pasaraya tidak silap pada akhir atau awal 2010.
Sedap rasa coklatnya!, halal lagi!

TUMBLER BERSTRAW COCA-COLA

BEKAS MINUMAN COCA-COLA
Berpenutup & berpenyedut minuman.

BEKAS TIN MAGGI EDISI TERHAD

Beli Pek Kombo di dalam Bekas Serbaguna Edisi Terhad
Wah sungguh menarik kotak tin ini! Kuning Merah!
Wah! ada kiub pati ayam dan tom yam didalamnya!
Ya! semestinya Maggi!
Bila berkunjung ke Blog Spallan 'dah masuk kotak'
maka berselera pula dengan entri Maggi. Apa lagi?
Serbu pasaraya berhampiran, mujur ada lagi dan
banyak lagi!. Beli lebih sikit sebab kiub maggie pun
kiub serbaguna juga seperti bekas edisi khas ini.

koleksi edisi terhad March 2011

BEKAS COCA-COLA DARI CHINA

BEKAS TIN PELBAGAI GUNA COCA-COLA
Sesuai sebagai kotak surat, bil air & api, bekas bunga
plastik dan sebagainya yang difikirkan boleh... .
Enjoy!

PENGHARGAAN MUNCHY'S LEXUS 2011

Hadiah Penghargaan Buat Penggemar Biskut Munchy's
Pada Bulan March 2011 ~ Pinggan Edisi Terhad
Terdapat 4 corak yang ditawarkan. 1 pinggan 8"1/2
percuma dengan mana-mana pembelian pek promosi
250gram biskut lexus seperti dibawah ini.
Dipasaraya yang terpilih ini cuma ada 2 corak yang
ditawarkan. Tetapi 1 corak telah kehabisan stok. Maka
ada 2 corak yang sama pula.nampaknya saya masih
kekurangan 3 corak lagi untuk melengkapkan set.
Harga biskut tidak sampai RM5.50, dapat pinggan
berdiameter 8.5 inchi, berbaloi rasanya... .
Koleksi pinggan 16/3/2011

JACOB'S oh! JACOB'S! ada lagi!

Merahnya Mak Ngah! Macam zaman Dulu!
apa yang merah ini? teka teki teka tekuk pula....
Ada lagi promosi dari Jacob's rupanya, tetapi beli biskut
terlebih dahulu baru boleh dapat buah tangan.
Inilah klip bungkusan plastik atau kertas bersaiz
panjang keseluruhan 5"1/2. Klip ini direka agar
dapat mencegah biskut atau makanan ringan lemau,
dimasuki angin atau dimasuki serangga seperti lipas.
Terdapat 3 warna yang ditawarkan oleh Jacob's,
tidak silap Merah, Hijau dan Biru.
Berbaloi rasanya kerana klip ini bersaiz besar, lepas
makan biskut dalam plastik, klip sahaja tanpa mengisi
ke dalam bekas makanan, jimat masa & tahan lama.
koleksi Jacob's

2010 SCALE AUTO SPECIAL ISSUE

CONTEST CAR 2010
The Coolest Model-The Hottest Shows-The Best Builders
Replika, model, auto scale, mainan, die-cast atau
apa saja berkaitan kenderaan sememangnya saya
minat mengumpulnya. Walau tidak terlalu tagih
tetapi sikit-sikit lama-lama jadi koleksi.

Majalah Auto Scale edisi khas ini saya belipun
selepas harganya turun setelah lebih sebulan
dipasaran. Jimat sikit, kalau tidak memang
tidak belipun. Terdapat beberapa edisi khas
dikeluarkan, tetapi ini saja yang sempat saya beli
untuk rujukan. Edisi lain seperti edisi khas kapal
terbang dan lain-lain terpaksa dilepaskan
kerana kos. Asal ada satu kira o.klah.

MUG QUAKER OAT

MUG QUAKER PUTEH YANG SEMPOI....
Oh! dimana Quakernya?
dibawah mug rupanya.... .
kasi baring dan terbalik baru nampak!.

TOKEN FOR COIN LOKER

TOKEN FOCUS ACTION SDN. BHD
www.drlocker.com
NO CASH VALUE!
Token 3 bintang ini digunakan untuk sewa loker
ditempat awam dan riadah. Bolehlah buat simpan
atau tukar dengan kawan-kawan dari luar
negara jika anda ada minat hendak kumpul token.

MUG KACA DARLIE BUNGA TULIP

KOLE KACA DARLIE, ada lagi!
Pandangan dari dalam
Pandangan dari kiri
Pandangan dari kanan
Mug sebegini minum air sirap sejuk tambah lagi
air batu, perghhhh! bagai berkabus kelilingnya,
bila kita pusing-pusingkan mug ke kanan atau
ke kiri..., bunyi air batu berlaga dengan mug ini
bagai berirama senandung semalam..... .
koleksi mug darlie

Musim Hujan Telah Tiba

Hati-hati dijalan raya...

jangan lupa angkat jemuran...

JULANGKANLAH PEMAIN BADMINTON NEGARA

CD julangkanlah... "Making the heroes of tomorrow"
CD lagu ini dibeli sewaktu promosi KFC, mungkin
sebelum pada 2004. Ianya dibawakan oleh
ntv7,KFC dan Pizza hut bersama Persatuan
Badminton Malaysia.
CD lagu ini menampilkan penyanyi Krisya untuk
vokal versi bahasa melayu & bahasa inggris dan
Zhao Bo Hwa untuk versi bahasa Mandrin untuk
lagu 'julangkanlah'
Hanya satu lagu dalam 3 versi terdapat pada cd ini.
CD muzik ini dikeluarkan adalah kerana '"ulangkanlah"
mencerminkan semangat dan impian untuk
mengembalikan kegemilangan badminton Malaysia.
Ianya menyuarakan galakkan, harapan dan
tekad untuk membina impian baru dan generasi
baru wira badminton untuk masa depan.

K
oleksi CD iaryylr

WHITE LION TOOTH BRUSH

BERUS GIGI LAMA WHITE LION
Berus gigi yang tidak boleh patah, begitu sahaja...
Harga 25sen yang telah dipotong tauke kedai. Inilah satu
dari beberapa kotak yang belum dipotong.
Setelah 2 bulan Bro Blues Rider mengentrikan berus gigi
lama jenama Darling, akhirnya saya terjumpa berus
gigi lama yang hampir serupa tetapi tidak sama disebuah
kedai lama di Selangor. Berus gigi yang tidak boleh patah
dan harga yang serupa bernilai 25sen. Harap Maaf ya!,
Untuk entri ini saya tidak dapat hendak menunjukkan
gambar berus gigi ini disebabkan saya tidak ambil gambar
sewaktu seisi fotografi, dan kini saya tidak tahu dimana
berus gigi ini terselit atau menyorok!, he he he!
Jadi berkunjunglah ke Blog Blues Riders dengan entri
'Berus Gigi Darling'
Kerana saya rasa tidak jauh beza betuknya. Jika tiada
halangan saya akan kemas kini semula entri ini.

PEMBUKA BOTOL COCA-COLA ENJOY

RANTAI KUNCI 2 DALAM 1 COCA-COLA ENJOY
Inilah rantai kunci berpembuka botol yang sedap
mata saya memandang. Rasa 'enjoy' sebab
bertemakan tin coca-cola.
koleksi coca-cola

SIKAT COCA-COLA

Pembuka Botol Berantai Kunci Berbentuk Sikat
Coca-Cola

GITAR COCA-COLA COKE

GITAR COKE + PEMBUKA BOTOL + RANTAI KUNCI
Mana botolnya? Mana Kuncinya? Mana Tali Gitarnya?
koleksi coca-cola 2011

KAKI COCA-COLA BUKA BOTOL DENGAN KAKI?

Pembuka botol yang agak kurang sopan! he he he!
Pakej Coca-Cola, pembuka botol berantai kunci.
- Coca-cola Keychain -

PEMBUKA BOTOL & RANTAI KUNCI COCA-COLA

RANTAI KUNCI & PEMBUKA BOTOL COCA-COLA
Sentiasa Bersama Dimana Jua, Always Coca-Cola.

MUG ANLENE 100% CALCIUM

ANLENE HI-CALCIUM NON FAT MILK
"Anlene Susu tiada lemak berkalsium tinggi"
A PRODUCT OF NEW ZEALAND

"Mug Anlene yang menyatakan kebaikan kalsium susu"
MORE MILK CALCIUM
"Mug yang ada paras air atau sukatan kandungan air"
"Mari Minum Susu!"
Koleksi Mug Anlene

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.