Koleksi Tutup Botol
Penutup botol minuman, botol kicap, botol minyak,
botol ubat, botol sabun, botol racun, botol cuka
atau apa-apa penutup pun boleh juga di jadikan hobi
koleksi. Nobita yang terkenal juga seorang kolektor
PEPSI,RIBENA,TROPICANA,COCA-COLA,F AND N,BLISS |
penutup botol, manakala iaryylr baru berjinak-jinak.
Antara kelebihan mengumpul penutup botol adalah
ianya menjimatkan ruang, mudah di dapati, silih
berganti, boleh di jadikan perhiasan, keras tangan
atau sebagainya yang boleh kita fikirkan.
100 PLUS,SPRITE,REVIVE,SUNKIST,MINUTE MAID |
Ada juga yang menjadikan penutup botol sebagai
punca pendapatan, Sama ada menjualnya begitu
sahaja atau menghasilkan kraftangan darinya.
FN FRUIT TREE,KICKAPOO,IZER,A AND W,LAM SOON |
Pada suatu ketika dulu, penutup botol minuman
adalah barang carian kanak-kanak dan remaja,
tidak terlepas juga bagi mereka yang berumur.
Tutup botol minuman amat popular bagi mereka
yang bermain 'Jentik Tutup Botol' atau 'Tutup Oren'.
Dulu, tidak kira botol minuman jenis apa pun
penutupnya popular di panggil tutup oren.
Selain di jadikan permainan popular seperti guli,
penutup botol juga di jadikan sebagai buah bagi
permainan 'Dam Haji'. Ada juga yang menjadikan
penutup botol sebagai buah catur.
O.k berbalik pada koleksi penutup botol, iaryylr
ada bingkaikan sebahagian koleksi untuk
di jadikan perhiasan di dinding rumah.
Bottle cap collection display |
Pada mulanya hendak membingkaikan 3 sudu
Nescafe, tetapi tidak cukup tebal pula bingkai
yang dibeli. Apa lagi? ganti dengan penutup botol
sahaja hasilnya. Bagaimana?, o.k tak?
Nescafe, tetapi tidak cukup tebal pula bingkai
yang dibeli. Apa lagi? ganti dengan penutup botol
sahaja hasilnya. Bagaimana?, o.k tak?
8 ulasan :
satu nanti saya pun nak buat macam ni.. memang dalam perancangan tapi belum cukup tutup botolnya lagi.. :)
a'ah seperti penutup botol 100PLUS sekarang punya dah takde logonya (tapi tengok kat iklan TV ada pula logonya...), dulu punya ada logonya nasib baik rumah nenek saya ada beberapa lagi...
Fairus,
mungkin boleh buat corak dari tutup botol yang berwarna warni :). Terus kumpul tutup botol. lagi lagi di hari Perayaan :)
Mun Kit Tee,
Betul tu ianya bermula mungkin pada tahun 2011 atau awal 2012 sewaktu 100 plus mengeluarkan botol pet 500ml dengan tag harga RM1.60 tak silap saya, itu lah botol pertama 100 plus yg saya jumpa tiada logonya.
koleksi...menarik,
idea...superb,
display...menakjubkan,
terbaikkk bro...
Spallan,
Terima Kasih banyak2 bro.
Hobi mengumpul penutup botol mmg best sbb ada logo brand...
Hobi mengumpul penutup botol mmg best sbb ada logo brand...
Catat Ulasan