Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

JEMBER BARANG 6 NOVEMBER 2010 NO:2

CARI BARANG LAMA & BARU PADA 6 NOVEMBER 2010
+ soh seh soh seh sikit.. + garam, gula, minyak bijan & sedikit
serbuk penaik...., tidak lupa juga serbuk asam boy.. pergh!!!!!
ooi! petai pun ada juga daaaa....

Gambar Hiasan: Menunjukkan ruang pamer sebuah kedai koleksi mata
wang di Time Square Kuala Lumpur ( tingkat atas sekitar lot 0750 )
Sebenarnya kalau diikutkan logik cakap tidak mahu, tidak mahu..
tetapi makin cakap tidak mahu atau' tak nak!', makin barang-
barang ini muncul atau mudah didapati pula. Cuma budget tidak
cukup saja lagi pada hari itu. Kalau tidak lebih lagi. Biasalah ada
tempat jual mahal & murah. Kadang-kala kebetulan juga stok
baru atau pengumpul lain belum sempat. Kalau hendak lagi barang
yang panas, lebih lama atau sukar ditemui tidaklah rasanya
sesukar mana bagi mereka yang berduit lebih, tetapi Saya yang
masih lagi merempit ini, perlu juga berbagai cara untuk menambah
koleksi free atau beli. Ada juga yang saya dapat dari meminta &
juga sumbangan. Walau nilainya kecil bagi mereka tetapi amat
besar bagi saya. Wah! panjang pula 'intro' ini!.

Gambar hiasan: menunjukkan waktu dulu terbeli gelas lama yang mungkin
gelas jenama air samsu agaknya, tipu kawan saya si penterjemah bahasa itu
maka termenipulah saya. Kalau beli pakej memang terdapat sampah.
Hari tersebut tiada barang free dari produk makanan, Kalau ada
mungkin ada suku yang saya jual balik dengan harga sedikit
rendah sebab barang percuma sudah saya ambil. Kawan-kawan
pun ceria dapat barang murah ibarat pepatah ' menang-menang'.
Kawan pun sudah tahu mengapa murah, dan saya boleh buat
pusingan modal ( baru mula belajar tolak).

Gambar hiasan: Menunjukkan sebuah Kedai Cenderamata di Lot 0750
Time Square K.L, sebuah kedai orang lama yang menjual barang lama
dan baru, ada jual foto lama,botol soda, sampul duit, mancis, tin, duit,
setem, rokok, poster, dan sebagainya....
Blog?, mujur ada blog rakan-rakan, sekilas pandang dah boleh
tahu apa barang & mana lihat, jika tidak jenuh kena belek-belek
cari jenama. Terima Kasih kepada blogger semua, blog-blog
kalian boleh menjadi rujukan tercepat & terpantas.

Gambar Hiasan: Gambar tahun lepas, botol jernih yang tengah itu
rasanya sudah lebih 15 tahun dalam simpanan, yang lain kira baru.
6 hb sudah berlalu, cuma hari ini 9 hb tiada barang masuk,
ada masuk tapi tidak ambil, dapat camera pakai buang.
3 hari untuk entri ini pun tidak siap sepenuhnya. Tapi tidak
mengapa, ada ruang saya akan sambung cerita lagi dengan
kesegaran lemon dan bauan kasturi, ngantuk pula petang-
petang ini ( kene cengkodok sedap juga dengan air kopi ),
jumpa lagi kawan-kawan semua!

Tiada ulasan :

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.