Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

CARI BARANG 16 DISEMBER CHEEDING

Cari Barang Cheeding ~ klang
Kembara pada 16 Disember 2010 adalah meneroka tempat
yang tidak pernah dikunjung sambil cari barang dimana jua.
Hari ini saya berkunjung dan meneroka Cheeding Selangor.
Mulanya hendak cari serapan di Jalan Kebun seperti jalan
jalan cari makan tetapi tempat makan penuh & tidak dihati.
Jalan punya jalan, itu yang sampai ke Cheeding.
Tempat menarik saya bermotor disini adalah melalui
ladang kelapa sawit yang berbukit-bukau. Sehingga ke
Bukit Cheeding ternampaklah papan tanda 'Boh Plantations'

Papan tanda 'Boh Plantations Sdn Bhd'

Rupanya saya dan Isteri sudah sampai diladang Teh Boh
Cheeding. Dapatlah meninjau ladang teh boh tanpa di undang.
Jalan masuknya tidak berturap dan berbatu krikil. Tidak
berani saya untuk jauh bermotosikal kerana saya bukan
naik motor 'scrambler'. Lagipun tiada perumahan disini
dan memandangkan agak bahaya saya pun meneroka
tempat lain. Dari sini saya bermotosikal hingga melalui
seperti perkampungan orang asli, Kolam memancing ikan
Cheeding, Sekolah Kebangsaan Cheeding, Sehinggalah
ke penghabisan jalan berturap . Saya berpatah balik dan
berserapan di Kedai berhampiran Koperasi dan stesen
minyak kampung. Makan nasi lauk ikan keli.. 2 ekor!.

Pemandangan Ladang Teh Boh Cheeding yang pesona
Perjalanan ini agak menarik, tetapi sayang tiada kamera.
Kamera h/p pun agak sukar serta merta. kamera biasa
sudah lama rosak. Kamera dslr tidak pula sesuai untuk
perjalanan sebegini, perlu kamera biasa atau h/p kamera
yang bersesuaian agar dapat terus snap pemandangan
yang difikirkan menarik untuk dikongsi bersama.

Pusing-pusing kedai lama sudah tidak berisi lagi. Ada 2,3
kedai lama sudah tutup pula. Cuma dapat 1 dua barang
selepas itu pulang. Dalam perjalanan pulang singgah kedai
terpakai, dapatlah tambah beberapa barang lagi.

Barang-barang baru dan sedikit terpakai masuk koleksi.

Jika tiada halangan, ingin lagi saya kembali melawat Cheeding.
Meneroka lorong-lorong hijau disini. Penduduk juga nampak
ramah bertegur sapa. Disini saya lihat ada rumpun Melayu,
Orang Cina, suku India dan Orang Asli. Banyak juga kedai
makan disini. Bila agaknya dapat saya kesini lagi.... .

2 ulasan :

Thomas Lee/Lee Lip Pang berkata...

Saya ada cuba pergi mencari ladang teh ini tapi tak jumpa.

Iaryylr berkata...

Bro Thomas,
Selepas traffic light Pekan Jenjarum terus saja, tidak silap nanti sebelum traffic light cheeding, ada deret kedai-kedai belok saja kiri sebelum traffic light tu, dan terus saja menyusuri jalan tu , dipenghujung jalan itulah ada simpang ke skolah kebangsaan cheeding, depan simpang itu saja nanti boleh nampak papan tanda teh boh tu... ( kalau terlepas traffic light tadi nanti sampai sungai manggis.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.