Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

TIKET BAS PEKAN IPOH I.O.C SDN BHD

Tiket Bas sememangnya menarik diperhatikan,
Ada pelbagai warna dan rekaan.
Tiket bas Pekan Ipoh ini saya dapat dari Bro Fitri
di 'Garaj Sale Angrik Mall' pada 2~3 Julai 2011.
Mula-mula saya kumpul tiket pada usia bawah
10 tahun. Tiket Bas Kelang Perhentian Bas Klang
( kini ditutup sudah robohpun! ) memang banyak
pada waktu itu. Rasanya hampir keseluruhan
warna dan nilai tiket berjaya dikumpulkan.
Memang mudah memilikinya bila Makcik yang
kumpul bantu tambah koleksi.
Namun apakan daya, bukan semua boleh dipertahan.
Maka terkubur koleksi tiket bas tanpa sesalan.

Kini tiket bas tidak seindah dulu, banyak yang
hitam putih dan kelabu keluar terus dari pencetak
atau tanpa sebarang tiket bila kad 'Touch n Go'
telah diguna pakai mengambil alih dunia tiket
manual yang telah tersisip dimemori pengguna.
Ramai kolektor tiket di Malaysia ini sebenarnya.
Cuma kenal atau tidak, tahu atau tidak tahu.
Namun untuk lebih mudah mencarinya adalah
dengan teknologi internet selain masih terdapat
dijual dikedai hobi dan koleksi atau kedai antik.

Jika anda hendak melihat pelbagai jenis tiket,
bolehlah berkunjung ke Blog Bro Spallan.
Masuk Percuma, 24jam Sehari, Jom Saksikan!
"TIKET"
"dah masuk kotak..."

4 ulasan :

whycollect berkata...

Dulu zaman Morris Minor, mana ada selalu naik kereta sendiri.
Cuma naik bas dan hari-hari pegang tiket macam ini lor, haha.
Tapi rugi la, tak fikir nak simpan mereka masa dulu.
Terima kasih, iaryylr :)

iaryylr berkata...

ya, tetapi sudah ada nostalgia itu sudah memadai, tahniah kerana memiliki pengalaman beharga!

deaf-angel berkata...

Legend giler tiket2 gini

nikths berkata...

tiket bola,tiket konsert,tiket funfair tak ada ke? Boleh jadi koleksi juga tu.

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.