Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Mug Nescafe Yang Beranak Pinak

Mug Nescafe Merah Air Mata Sesalan Dikala petang Yang Hening
( Bukan siri ulangan atau acara promosi )
2 November 2010 adalah tarikh dimana 'jemberan hampeh'dimana
saya gagal mendapatkan sedozen mug Nescafe merah 2010!.
Mengapa waktu ada peluang semalam saya tidak mendapatkannya?
( mana nak dapat kalau duit 'secukup rasa' berjember rempit )
dan hari ini baru hendak sakit kepala. Rilek sekejap singgah
'kentucky' walau makan tidak 'free'. Sebagai pengumpul 'suka
suka' seharusnya tidak wajar berduka, kalau hendak berduka
jadilah pengumpul 'suka duka'. Mujur isteri memahami hobi
misteri ini. Jika diikutkan bumi yang berputar di atas paksi,
sewajarnya saya harus gembira kerana, pada 1 November 2010
saya sudah terlebih senyum ibarat 'tepi bibir bertemu telinga'
masakan tidak rezeki ibarat 'geliga bulan jatuh ke riba'.
Bukan seperti pepatah 'rezeki menuba ikan dilaut, ikan
disungai jua ditubanya!'. Ya geng-geng sehobi tentu turut jua
gembira & memahami bila dapat mug 'sama tapi memang serupa'
Tekan Bawah Sini Untuk Lihat Anak-Anak Mug Nescafe Merah!

Sudah tekan dan lihat ke belum? hi hi hi Rezeki jangan di tolak!

10 ulasan :

nikths berkata...

syabas bro..dapat 1 dozen tu.Bentuk sama saiznya sama tak?

Iaryylr berkata...

Bro!Saiz sama, teruja dengan Bro & the gang, jom kita usaha lagi!

Spallan berkata...

bro buat saspen... ingatkan sudah mengena itu mug emas, hehehe. macamana pun syabas, boleh buat mabuk nescafe nanti...

Iaryylr berkata...

Saja bagi suspen bro! baru syok sikit!

Blues Riders berkata...

lori nescafe terbalik ka bro..?

Iaryylr berkata...

Bro Br, bukan lori yang terbalik tetapi diri yang berbalik balik, he he he!

azhari berkata...

brape rm bro set nescafe tu?

Pak Haji berkata...

syabas bro...set yang best!

Iaryylr berkata...

Bro Azharie,
1 dozen harga saya dapat cuma RM12, itu yang tak lepas! he he he!

Iaryylr berkata...

Ya Pak Haji, seronoknya tak terkata

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.