Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Lampu Pelita Kabait

Pelita Kabait

Pelita Kabait juga adalah salah satu sumber cahaya
atau lampu yang di gunakan sejak dulu lagi.
Selain pelita kabait, lilin, pelita minyak tanah, 
lampu gasoline juga di gunakan bagi menerangi
kediaman sewaktu di selimuti kegelapan.
Lampu tanpa tenaga elektrik sememangnya amat
penting sewaktu tenaga eletrik belum di majukan
sepenuhnya dan tidak menyeluruh.

Hingga kini, masih ada kediaman di kampung,
di pinggir bandar belum memperolehi bekalan eletrik.
Masih ada penempatan  di pendalaman
yang masih tidak mendapat bekalan letrik.
Mungkin masa yang amat panjang di perlukan untuk
kemudahan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Hidup tidak mahu terus bergantungan untuk
meneruskan kehidupan dan menikmati kemajuan,
maka penggunaan generator persendirian di gunakan.
Pastinya kenaikan harga minyak memberi impak
yang besar di pendalaman. Ini termasuk kos
penggunaan minyak bagi bot bagi melawan arus
sungai jauh ke penempatan.

Masih ingat suatu ketika dulu, penggunaan bateri
kenderaan juga menjadi pilihan popular sebagai
sumber tenaga terhad untuk lampu dan menonton
tv. Bila bateri sudah lemah, lampu letrik pun kian
malap. Jika sedang menonton tv, tiba-tiba terpadam.
"Alamak!" kedengaran.

Hari ini masih juga terdapat kediaman yang
menggunakan kuasa bateri sebagai sumber tenaga.
Penggunaan bateri sebagai tenaga letrik juga
masih begitu popular di pasar malam dan
perniagaan bergerak.

Berbalik Pelita Kabait
Pelita kabait jenis ini mungkin dari jenis yang
terakhir. Ini kerana kolenya telah diperbuat dari
bahan plastik. Abang abang pelita kabait ini
ada yang diperbuat dari besi dan tembaga.
Kini pelita kabait di katakan semakin sukar di dapati.
Walau yang demikian ianya masih di cari untuk
pelbagai tujuan, seperti untuk di aktiviti perkhemahan,
aktiviti memancing, perhiasan  atau koleksi.
Masa terus berlalu, nilai pun kian meningkat. Pekedai 
juga ada yang menaikkan harga. Maklumlah barang
lama, jadi bila hendak menjual semula barang
barang sebegini sudah pasti harganya meningkat lagi.
Nak mencarinya seperti mencari rezeki. Bukan
semua kedai lama menjualnya, bukan semua kedai
sekarang berstatus kedai lama. Kadang-kadang
kos membeli di pasar karat atau perseorangan lebih
murah dari kos tenaga, masa  dan pengangkutan.
Rasa menarik bila lihat pelita kabaid ini. Mungkin
kerana bentuknya yang unik dan berbeza dari
pelita minyak tanah.
Sayang dapat satu saja. O.k jugalah dari tiada.
Mungkin esok lusa ianya beranak-pinak.
- Koleksi Pelita -


3 ulasan :

fairus berkata...

TERINGAT SATU MASA DAHULU.. MASA SAYA KECIK2, EMAK SAYA MENJUAL PUTU PIRING DI PASAR MALAM.. MEMANG PELITA KABAIT NI LAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENERANGI PERNIAGAAN.. SYAHDU PULAK RASANYA.. KENA BALIK TENGOK STOR BAWAH RUMAH MAK, BARANGKALI MASIH ADA TERSIMPAN..

Iaryylr berkata...

kenangan syahdu tu, Putu piring memang sedap!. Dah lama tak makan, mungkin esok lusa nak cari. :)

Unknown berkata...

Kt mn nk beli pelita ni

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.