Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Hotel Malaya - PATA 1972

Hotel Malaya
Adalah salah sebuah hotel yang terkemuka di ibukota
dan mula beroperasi pada tahun 1966.
Hotel Malaya adalah 1 dari 3 buah hotel yang
terdapat di Kuala Lumpur pada tahun 60'an.
Ianya terletak di Jalan Cecil Kuala Lumpur
dan masih beroperasi hingga kini.
Klik untuk : Sejarah Hotel Malaya
No Telefon pada tahun 1972 Tel : 27721
No Telefon pada tahun 2012 Tel : 20727722
----------------------------------------------------
Suatu ketika dahulu...

Mancis adalah salah satu medium promosi
popular selain rantai kunci, kalendar dan sebagainya
bagi hampir kesemua jenis perniagaan di
seluruh dunia termasuk Malaysia.
Mancis juga telah menjadi salah satu tanda
eksklusif dan ukuran kemajuan perniagaan.
Manakan tidak? kerana mancis juga adalah
satu keperluan  yang tidak boleh dinafikan.

Kini...

Mancis bagai telah dipandang sepi dan hilang
populariti. Ianya tidak lagi mendapat tempat
3 teratas seperti sebelumnya. Semakin kemajuan
dan pembangunan dicapai serta faktor keselamatan
yang dipertingkatkan, maka semakin menurun
penggunaan mancis sebagai medium promosi.
Gaya hidup moden juga tidak lepas menjadi
punca penurunan penggunaan mancis.
-----------------------------------


Mancis Hotel Malaya dan PATA 1972
(Pacific Area Travel Association)
Mancis dua muka ini adalah mancis buatan
Malaysia dan keluaran Syarikat Mancis TAM.
Mancis ini dipercayai telah dikeluarkan pada
tahun 1971, iaitu sebelum persidangan PATA.
MUKA SATU
Tema Persidangan PATA Malaysia 1972.
Persidangan PATA di Malaysia begitu meluas
dipromosikan pada tahun 1972, ini kerana
Negara kita buat pertama kalinya telah diberi
kepercayaan untuk menjadi tuan rumah
persidangan PATA kali ke-21 yang berprestij itu.
PATA bermaksud 'Pacific Area Travel Association'
atau Persatuan Perlancongan Kawasan Pacifik.
Sempena PATA ini juga, Setem, sampul
surat dan syiling peringatan telah dikeluarkan
bagi memperingati hari tersebut.
MUKA DUA
Tema Bangunan Hotel Malaya
Bangunan Hotel Malaya tersebut kini telah pun
berusia 46 tahun. Mancis ini telah dikeluarkan
kira-kira 6 tahun kemudian, iaitu pada 4o tahun
yang lalu. Hotel Malaya, Adakah masih ada mancis?

2 ulasan :

fairus berkata...

KALAU TAK SILAP DEKAT MUDAH.MY ADA ORANG NAK JUAL PELBAGAI KOTAK MANCI S LAMA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. KALAU MINAT PERGI TERJAH DI SANA..

Iaryylr berkata...

ya! ada nampak juga, tapi belum cukup bajet pula :). target selibu mancis belum tercapai,

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.