Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Botol Dan Kenangan

Antara Botol Kaca & Plastik - Kenangan Botol Soda
Botol sememangnya suatu bekas yang teramat
popular sejak zaman-berzaman. Dari jenis tembikar
ke jenis kaca dan kini plastik. Namun antara kaca
dan plastik sudah pasti jenis kaca yang adalah yang lebih
selamat, lebih baik, serbaguna dan mesra alam
berbanding plastik walau botol kaca tidak elastik.

Dulu, botol Rebina dan Sunquick yang menjadi bekas
simpanan air, kini telah digantikan dengan botol botol
plastik soda, perisa atau mineral. Mungkin atas sebab
itu tahap kesihatan amat berbeza walau di imbangi
dengan faktor-faktor lain, namun menyimpan air
dengan botol kaca adalah terbukti lebih baik.

Botol kaca juga ibarat pokok kelapa yang serbaguna.
Seperti tiada istilah botol terpakai suatu ketika
dahulu di era penggunaan secara meluas.
Ini kerana ianya sentiasa diguna pakai.
Di kampung, ianya digunakan sebagai penghias
taman di laman-laman rumah dengan cara ditanam
terbalik disekeliling tanaman penyeri laman,
Sering digunakan sebagai isian minyak tanah,
Sebagai tanda tanah perkuburan menggantikan
batu nisan atas pelbagai sebab. Sebagai tempat
mengurung mahluk halus?, sebagai senjata
pergaduhan dan bermacam-macam lagi.
Di pekan atau kawasan perusahaan, botol kaca
telah digunakan sebagai salah satu penambah
faktor keselamatan anti pencerobohan. Caranya
adalah dengan memecahkan botol dan menyimen
separuh serpihan tajam pada bahagian atas pagar.
Siapa main panjat? maka koyaklah tapak tangannya.
Sakit 'O' ! penganti Teh 'O' !.

Hakikatnya, banyak cerita tentang botol sebenarnya.
Cerita pun tidak akan habis, hendak cerita pun
cuma yang berdasarkan pengalaman botol dalam
kehidupan. Setiap dari kita pasti ada cerita botolnya
sendiri, di kongsi dan menjadi lebih menarik.

iaryylr & botol soda...
Dulu kalau deman, baru dapat air botol, biasalah
air soda dipercayai kanak-kanak sebagai ubat
demam berbanding air badak. Ini kerana sering
dimomok oleh sebaya bahawa air penyejuk badan
itu adalah air kumuhan Si Badak.
Dulu kalau dapat air botol ais krim soda, di tambah
susu sebagai perisa tambahan, syok tengok
ianya lebih berbuih dari biasa.
Waktu bersekolah disekolah rendah, simpan
sedikit belanja baru boleh beli senyap-senyap.
Kalau tidak kena tunggu Hari Raya minum dengan
gelas lama yang kontot dan tidak diguna pakai
pada hari ini. Rasanya itulah penggunaan gelas
yang terbaik untuk minum air soda. Berbalik
pada minum air soda di Hari Raya, bukan semua
rumah ada air soda seperti sekarang, dulu dapat
air manis perisa oren atau sarsi pun sudah
dikira beruntung dari air sirap yang dianggap
air kebangsaan. Kalau dapat air botol, air soda
lagilah terasa begitu 10 kali beruntung .
Pada awal 80'an pula sekitar tahun 84?, ada
juga riuh sekejap berkenaan isu kaca dijumpai
di dalam botol minuman, iaryylr juga pernah
terjumpa hal sedemikian, maka minta tukar
yang baru, dan sambung sedut minum
dengan air botol yang lain tanpa was-was.
Dulu nak periksa senang saja sangkanya,
angkat botol ke arah cahaya / matahari maka
nampaklah sama ada kandungannya bersih
dari sebarang kemudaratan atau tidak.
Dulu juga tidak timbul soal tamat tempoh,
kerana sentiasa 'sold out' atau 'out of stock'.

Wah! mengimbau memori silam nampaknya,
itu belum lagi cerita main tutup botol, main tepuk
lapik botol, ubah suai tutup botol jadikan
pisau ninja, main dam tutup botol dan lain-lain... .
Setiap kita pasti punya cerita...

6 ulasan :

nikths berkata...

botol juga boleh jadi cerita yang kontreversi............dalam botol.teringat masa bebudak dulu jual botol 10 sen 1 botol jual kat k****g botol,sukanya dapat duit dari usaha sendiri.Habis satu kampung cari botol.

Tanpa Nama berkata...

memang menarik sekali jika 20 tahun dari sekarang, kita pandang balik dan tengok apa bahan akan digunakan untuk mengisi air ini :)

Iaryylr berkata...

Bro Nikths & Whycollect, memang banyak cerita botol sebenarnya, saya pernah juga keliling kampung cari botol nescafe untuk ditukar dengan gula-gula sebab pakcik buat tanam cendawan untuk dijual... syok mengimbau kenangan lalu!

Thomas Lee/Lee Lip Pang berkata...

Mcm2 kegunaan,tak lupa org pakai utk buat molotov cocktail bila nak buat jahat.

Iaryylr berkata...

ya! berbahaya tuuu!

Koleksi Aku Punyer!!! berkata...

wow...mengimbau kenangan lama nampaknya bro iaryylr...apa yang paling menarik dlm cerita bro ni adalh mengenai kegunaan tudung botol ( coca cola, mirinda,sprite dll ) yg mana digunakan untuk membuat bintang ninja tuh..perghhh memang teringat dan terimbas kembali kenangan di masa aku kecik2 dulu...sebab aku jugak terlibat sama dengan permainan sebegitu..terima kasih bro kerana mengingatkan kembali aku kepada kenangan yg hampir aku lupakan...nostalgia tuh....hu3

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.