Selamat Berhobi!
Ya! kali ini iaryylr nak kongsikan rak pamer
replika kereta yang telah dipasang siap di ruang
tamu kediaman menggantikan rak dekorasi lama.
Dengan rak ini maka dapatlah iaryylr buat audit
mainan kereta yang ada dalam koleksi, dapat
cuci mata sendiri dan sebagai rak pamer. Selama ini
iaryylr kurang susun atur koleksi sehingga carca
merba dalam simpanan, jadi perlu buat 5S.
Kalau nak guna rak pamer keluaran Hot Wheels,
memang tidak berkemampuan dan perlu keluar
kotak, jadi fikir punya fikir maka iaryylr gunakan
rak serbaguna atau pasang siap dengan kos rendah
ala rak jualan di pusat niaga dan membeli-belah.
Rak pelbagai guna ini adalah yang seperti di pusat
membeli belah, cuma iaryylr aplikasikan di rumah.
Terdapat banyak eksesori untuk rak ini di pasaran.
Kita boleh pilih mengikut bajet dan keperluan.
Rak ini bukan sahaja boleh diguna untuk simpan dan
pamer pelbagai koleksi, malah boleh dijadikan tempat
meletakkan pelbagai barang yang bersesuaian.
Ianya begitu mudah dipasang dan boleh digunakan
untuk keperluan semua tempat seperti di dapur,
di bilik dan di mana sahaja yang diperlukan.
Bulan ini gantung mainan kereta, bulan depan
mungkin letak benda lain mengikut kesukaan.
Dengan adanya rak ini, maka ianya boleh
digunakan sebagai keperluan fotografi.
Selepas ini bolehlah buat para untuk barang
1 ulasan :
Thanks for visit my blog,
could you share in yours:
http://diecastcwb.blogspot.com/
Thanks
Catat Ulasan