Hari pertama Ramadhan, iarrylr melalui pusingan 5
Jalan Sg Jati, Kampung Jawa, Bukit Kemuning,
Jalan Kebun dan Bandar Putera.
Sewaktu hendak keluar dan berhenti di pusingan, tiba-tiba
sebuah lori melanggar dari belakang, takkan nak berhenti
di pusingan ( sepatutnya berhenti sahaja biar jam sekejap )
maka buat 1 pusingan untuk mendapatkan lori
tersebut, Di yakini inilah lori terlibat memandangkan
sekangkang kera sahaja pusingan 5 dan tiada lori
kepala merah lagi yang paling hampir atau memotong.
Sudah dikejar suruh berhenti beberapa kali baru
nak berhenti, bontot kereta pula sudar calar.
Pemandu pula tidak mengaku melanggar. Katanya
"ini hari pertama berpuasa, sumpah demi Allah
saya tidak langgar" "Saya tidak nampak kereta jenis ini
dari tadi" . Si Kalindan pula kata mana ada bekas
pada lori, iarrylr nak kutuk atau tarik telinga dia tapi
bulan puasa, cuma boleh kata nak bekas apa pada
lori tengoklah bumper lori tu, bekas memanglah
pada kereta, lepas itu si pemandu memberitahu
ada lori laju potong dia tadi dengan laju, lori bawa
barang katanya, bagi iaryylr memanglah lori bawa
barang, yang ada tadi pun lori putih dari Jalan Kebun,
lori yang tidak terlibat, sebab dari jalan yang lain.
Pada iarrylr tipu sahaja sebab tak sampai 5 saat berapa
jauh lori boleh potong dia kalau iaryylr boleh nampak
sepanjang jalan depan lori tu. iarrylr yang jadi mangsa
tapi malas nak bertekak sebab nanti jalan penuh
orang pula, ada penduduk yang nak membantu
sebab dia lihat macam situasi nak bergaduh sahaja.
iaryylr kata berbincang sahaja. iaryylr pun tak mahu
lama-lama sebab ada urusan di Negeri Sembilan, lagipun
tekanan darah pun mencengkam leher. Tak mengaku
tak apa itu urusan dia dengan Tuhan, Sebab dia yang kata
apapun itu urasan dia dengan Allah. Apapun iaryylr
telah ambil gambar dia, kalindan dan lori dengan pose
bersahaja dan bersalah sebagai kenangan di bulan
Ramadhan, keh! keh! keh! keh!.
Bersumpah pun dah dia dah 3 atau lebih kali sebut,
beberapa kali kata tak pernah nampak kereta seperti ini
( apalah kereta proton pun tak pernah nampak? ).
iaryylr boleh berfikiran Dia tak sedar dia melanggar
walau dalam kereta boleh rasa dilanggar ' boom'.
Mungkin ada yang kata sikit sahaja, tapi bagi iaryylr
semua pun ada kos, mengalah biar bertempat.
Bila pulang dan amati kesan cat, memang sah sama
dengan jenis warna bumper lori, begitu juga kesannya
ikut bentuk jenis bumper lori. Nak buat macam mana jika
amalan bersumpah sudah disuburkan sehingga
menjadi menjadi ikutan, kerana yang bersumpah di kaca
mata umum setia adalah berani dan dipihak yang benar.
Jika dibiarkan maka amalan ini boleh menjadi tradisi,
seperti istilah 'negara menjadi kaum dan kaum dibangsakan'
apapun berfikiran baik adalah molek.
Hati hati di jalan raya. 'Kemalangan tidak berbau', tapi
biasanya bila kemalangan memang ada juga bau bauan
seperti bau petrol, darah, asap, besi dan sebagainya.
Selamat Bercuti dan menghadapi Speed Trap tercanggih
di lebuhraya ( baru dipertingkatkan ), Jangan bertambah
belanja kerana memandu melebihi had laju.
8 ulasan :
very sorry to hear bro. hal macam ni memang tension kalau terkena. kalau langgar takde apa-apa, tak mengapa. kalau langgar, injured atau kemek dan tak mengaku, memang haru. tapi takpalah bro, rileks...semoga kesabaran bro menghadapai ujian pada first day ramadhan memperoleh ganjaran lumayan dari yang Esa.
TQ Bro,perihatin yang sangat berguna. Rilek dan bersabar sahaja, jika tidak macam macam boleh jadi,kejadian seperti membuatkan kita lebih berwaspada, semalam juga satu barang pun tak masuk dalam koleksi, he he he...
LAIN KALI BGTAU DIA, "SEE U IN COURT".. :)
Fairus,
ini orang kalau kata begitu dia mungkin jawab 'Courts Mammoth mana mau jumpa' keh! keh! keh!
banyak2 bersabar dibulan baik ni.kalau betul mereka akan terima balasanNYA nanti sebab berbohong dan menganiaya orang.Allah maha mengetahui segalanya.
Terima Kasih Bro Nikths, :)
mungkin ada hkmahnya ni bro.. so bersyukur sebb tak ada kcderaan.. cuma calar pd bhagian blakang kete je.. Bro, dlm lori 2 dah check ke.. ada apa?.. nak tau gak.. mana tau ada brg2 rare ke.. hehe
tak terpikir pula bro, tak mahu dekat, takut nanti terbalik pula lori tu nanti, keh keh keh!, apapun terima kasih Bro!
Catat Ulasan