Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam - Melaka Siri 1

'The Malay And Islamic World Museum'
"Pameran Keranda"
Jalan-jalan tak cari makan...
Pada Ahad 3 Jun 2012, iaryylr dan keluarga telah berkunjung
di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Semuanya tanpa di rancang, tahu tidak tahu Alhamdulillah
akhir selamat tiba dan telah kembali.
Kini masa untuk berkongsi pengalaman... .

'Muzium Dunia Melayu Dunia Islam'
Terletak di Jalan Kota bersebelahan dengan
bekas runtuhan kota a farmosa.
Ini adalah tempat persinggahan iaryylr yang menarik
kerana terdapat pelbagai maklumat dan artifak.
Kebetulan pada hari itu berlangsungnya Pameran
Keranda yang bermula dari 22 Mei hingga 22 Julai 2012.
Dengan harga tiket bagi orang dewasa RM2, berbaloi
sungguh rasanya melawat muzium ini yang terletak di
Jalan Kota bersebelahan dengan bekas runtuhan
atau bekas pintu kota a farmosa.

Pameran keranda teletak di aras bawah, manakala
pameran Dunia  Melayu Dunia Islam terletak di aras
2 bagunan ini yang juga adalah bangunan bersejarah
dan telah dibina pada tahun 1910 oleh
'British Rubber Company, Dunlop'.
Antara yang menarik untuk iaryylr kongsikan
tentang muzium ini adalah telah dipamerkan
pelbagai tepak sireh lama dari pelbagai negara.
( Wah! nak kumpul juga! tapi ada 1 pun cukup! )
Jenis jenis keris nusantara
( iaryylr cuma ada replika keris sahaja )
Perhiasan lama lelaki dan perempuan
Pelbagai Seterika lama dari pelbagai negara
( Rasa nak mengumpul seterika lama pula!, geram betul
tengok seterika, boleh di jadikan rujukkan bagi peminat
seterika lama atau barang antik )
Kitab-kitab lama
Pelbagai cop mohor
Kisah Batu Bersurat
dan banyak lagi seperti replika senibina, replika kapal laut,
barangan dapur lama antik, dan yang berkaitan
rumpun Melayu dan Dunia Islam seperti tokoh
tokoh terbilang dan  kebudayaan .

iaryylr sungguh berpuas hati, cuma masa agak singkat.
Namun yang demikian tetap enjoy!

2 ulasan :

fairus berkata...

KENAPA TAK BGTAU NAK DATANG.. KALAU TAK SEBUT NAMA SAYA JE.. NANTI DAPAT MASUK FREE.. :)

iaryylr berkata...

he he he, tak apa, asal seronok, rasanya tahun ini dah start tahun berjalan-jalan, hari ini mungkin singgah melaka lagi...

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.