Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Bekas Kuih Raya Yang Di Perbuat Dari Kaca

Bekas Kuih Zaman Tok Nenek, beberapa generasi
telah berlalu, Yang ini iaryylr dapat pada 2010.
Terus guna pada Hari Raya 2010.
Kalau biskut raya atau keropok dulu tidaklah
cepat lemau seperti sekarang dengan bekas ini.
Mungkin dulu lebih ramai pengunjung dari
sekarang kerana dulu lebih bermasyarakat
agaknya, dan ikatan kekeluargaan lebih
kuat berbanding dari sekarang, tidak semua,
tetapi ada jurang dulu dan sekarang. Sekarang
ada yang tunggu jemputan 'open house' baru
datang beraya, dulu rumah sentiasa terbuka
dan terancang. Walau tiada kemudahan internet
dan talifon bimbit, namun semua rumah dapat
dikunjungi bermulanya dari gerak hati.
Ialah, jika ramai pengunjung sudah tentu isi
kuih sentiasa ditambah atau diganti.

Dapat 1 set bersamaan 1/2 dozen.
Pada 2011 dapat lagi satu set, tetapi rasanya
coraknya agak sama, kalau dapat corak yang
lain tentu lebih menarik. Apapun simpan
juga, ada ibunya maka ada cucunya nanti.
Inilah dunia kolektor, mahupun kebetulan
atau dari kesungguhan, semuanya dengan
Izin Nya. Terdapat juga bekas kuih ini yang
diperbuat dari plastik, apapun kaca mahupun
dari plastik, keduanya tetap barang keluaran
lama generasi terdahulu yang tidak di kilangkan
lagi. Jadi?, dapatkan sebelum terlambat :) .

7 ulasan :

fairus berkata...

SAYA ADA.. SAYA ADA... ;)

Spallan berkata...

ahaaa...boleh singgah pekena kuih

iaryylr berkata...

fairus,
Ya saya ada lihat tu! samakan coraknya?

Spallan,
Pergh!!! makan kuih ramai-ramai :)

Koleksi Aku Punyer!!! berkata...

Bro..kalau nak sudu nescafe tuh saya boleh tolong belikan..tokey tu jual RM1 je 1..mahal ke harga tuh??mmg tk de amik untung pon..tolong kawan2 je...kalau betul nak saya boleh tolong belikan dan pos kan...klu btol nak kasi inform la..sayang tkot sudu tu pergi ke tangan orang lain..kalau dapat kat kolektor tk de masalah...sebab di simpan kemasss punya...he3..

iaryylr berkata...

betul bro, geram betul kat sudu nescafe tu,RM1 tu kira tokey tu dah tolong simpankan dan service sewa untuk kita :).

whycollect berkata...

Hehe, apapun simpan dulu.
Dapatkan semua generasinya.
Ya, betul kata iaryylr.
Kolektibel lama ini jika hilang akan lenyap selama-lamanya.
Teruskan usaha.
Semoga iaryylr berjaya memperoleh set complete :)

iaryylr berkata...

terima kasih whycollect! saya aka cuba , syok oo kalau lengkap :)

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.