Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Suatu Malam Kubur Siapa Yang Berasap?

Apa Kena Mengena Filem keluaran 'Outloud' ini
'Suatu Malam Kubur Berasap'
dengan iaryylr pula?
Ceritanya ( Dari laman sesawang S.M.K.B )

Bertempat di 'Kampung Angan Tak Sudah', filem
'Suatu Malam Kubur Berasap' ini mengisahkan
cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan,
Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar
yang baru dikenali iaitu Mie.

Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus
bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai
penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang
kutu rayau yang gemar merempit dengan motor
kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan
mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang
dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan
pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat
malam. Beliau mempunyai suara yang sengau,
suka berlagak dan bercakap besar terutamanya
melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga
mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai,
Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak
dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat
dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta
beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai
tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie,
pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku.
Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis
bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri
rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti
dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat
ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka.
Dari mana datangnya Hantu Cempaka?
Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu
mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku
di Kampung Angan Tak Sudah?

Filem ini telahpun 'berasap' di pawagam pada
22 Disember 2011.

TONTON TRAILER


-----------------------------------------
Jadi Anda ingin menontonnya, perlulah beli VCD
atau DVD, tidak pun tunggu saja keluar tv.

Ulasan
Yang menarik adalah penyedian laman web khas
yang menarik, Anda boleh tonton trailer,
muat turun wallpaper, rakam ringtone, kenali
pelakon & krew juga galeri foto filem.

Oh! ya! yang kena dan mengena dengan iaryylr
adalah disebabkan iaryylr mendapat T-Shirt
promosi filem berkenaan baru-baru ini di
'Pesta Buku Karangkraf'
Bahagian depan t-shirt promosi
Bahagian belakang t-shirt promosi
OutLOUD TM Atcen Compony Entertainment
& Media Communication Group

"Suatu Malam Kubur Berasap"
hi! hi! hi! hi!

p/s: Hobi Koleksi sedia mempromosikan
produk anda, Sila hubungi Admin di
iaryylrcollection@gmail.com untuk
keterangan lanjut.

Tiada ulasan :

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.