Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Earphone Kit Kat Nestle Edisi Terhad

'Kit Kat Limited Edition Stereo Headphones'
Fon Kepala Stereo Kit Kat Edisi Malaysia
Setelah mendapat info terkini hiburan sensasi dari
blog '...dah masuk Kotak' iaryylr pun berusaha
untuk mendapatkannya, tapi isteri iaryylr yang
kena pergi dapatkan sebenarnya sebab iaryylr
sedang bertugas di sebalik perbatasan negara.
Maklumlah takut peluru tak bermata bolehlah
kurang waspada. Ahhh! layan lagu lama kejap!

Si Baju Hijau 

Si baju hijau
Sedang bertugas
Di perbatasan
Peluru tak bermata
Harus waspada

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putra setia

Gagah perkasa
Bersedia
Siang dan malam
Di persada negara

Lirik di salin dari  http://www.ilirik.com 

dah menyanyi lagu lama kita sambung balik tengok
fon telinga kit kat ini dari jarak dekat pula.
7.20am     -    9.00pm
Pagi tadi nak entri, sampai ke malam baru dapat
sambung, biasalah agaknya bagi semua blogger.
Berbalik fon telinga Kit Kat ini, kalau kita cari
di internet maka kita akan jumpa fon telinga yang
sama tetapi dengan pembungkusan yang berbeza.
Tetapi itu untuk promosi Kit Kat di Singapura.

Kadang-kadang terasa promosi atau souvenir
di Singapura oleh Syarikat terkemuka lebih
menarik dari Di Malaysia. Jika demikian maka
peluang lebih cerah jika iaryylr berpindah ke
Singapura, Jadi pemain bola sepak di Singapura,
sertai kelab atau jadi pemain kebangsaan.
Kah! Kah! Kah! wah! kah! kah!
Kalau setakat main futsal pun iaryylr cepat
pancit macam tayar basikal bocor, ada hati
pula nak jadi pemain bola sepak handalan!
Kah! Kah! Kah! wah! kah! kah!

11 ulasan :

Koleksi Aku Punyer!!! berkata...

info2...bagus nih..ada lagi tak agak2 skang ni bro??x perasan la plak bnda nih...kena beli brape kit kat baru leh dapat bnda ni nih bro??

whycollect berkata...

Phiit, comel betul headphone ini :D

iaryylr berkata...

Koleksi Aku Punyer,
yang ini dapat promosi di Jusco atau sekarang Aeon, masih ada promosi dengan pembelian 2 paket coklat. 1 paket rm9 lebih. Sekarang iaryylr serapan coklat setiap hari wah! kah! kah!

iaryylr berkata...

whycollect,
betul tu! sayang pula nak guna!

edilelly berkata...

ooo rasa kalau aeon yang dimaksudkan ada di depan mata, nak je g sekarang untuk dapatkan earphone ni.. jejak area aeon Tebrau citt tak terjumpa lak benda ni.. kene g aeon permas la esok.. mana tau ada.. huhu..

iaryylr berkata...

edilelly,
Bro kena tanya juga pada penjaga kaunter free gift tu, kadang iklan memang tak ada sebab diorang tak gantung, tiada iklan, iklan masuk troly, lupa gantung atau memang tiada iklan atau promosi dah habis diorang turun iklan tapi selalunya stok ada iklan tiada atau iklan ada stok tak ada... kat sini pun tiada iklan... kuang kuang kuang...., tidak jauh dari gua tempat iaryylr bertapa, di bukit raja ada iklan , di bukit tinggi tiada iklan... ahad lepas masih ada disini.

fairus berkata...

DAH BOLEH LAYAN LAGU..

iaryylr berkata...

fairus,
sayang nak guna pula he he he...

Spallan berkata...

yeahhhh bro sudah dapat, cantekkkk. terus angkat dua nampaknya...hahaha memang best. syabas bro...

iaryylr berkata...

ya bro! cadang 1 u8ntuk simpan satu untuk di guna, tapi sayang pula nak guna, diorang pun dah jual kat ebayy sekitar 9 dolar...

Salmi Khairil berkata...

nak jugak..tak jumpa lagi..huhuhu, cantik tu

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog http://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ http://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.