"Kampung Rindu Rokok Hisap"
Kamera Nikon D40X - Discontinued
Nikon D40X - Discontinued
Perlu diservis kamera lama ini, hampir 5 tahun agak
iaryylr usianya, sudah ada habuk sensornya. Kalau
setting tertentu boleh nampak kesannya.
Hari tu 'frost' sebab ambil gambar dalam bilik ais ICT.
Main bersih guna tisu lens sahaja sebab tiada pilihan.
Kalau lalu KL bolehlah singgah pusat servis Nikon.
Nak servis sendiri kena beli kit membersih.
Lens 18-55mm, nak tingkatkan belum ada bajet :) .
Mungkin cukupkan umurnya 10 tahun.
Mengguna kamera DSLR ini lebih banyak 'try and error'.
Antara minat, bakat dan berbakat iaryylr dalam kategori
minat sebab iaryylr cuma lebih berminat ambil gambar
dan dunia gajet, cuma sekarang jauh berbeza dengan dulu.
Dengan DSLR imej yang terhasil adalah lebih terperinci,
hasilkan apa yang kita mahukan, namun kamera
kompak terkini dan separuh SLR juga mampu menghasilkan
keperincian imej dengan mod dan teknik penggambaran.
"Gambar menceritakan segalanya", ya!? segalanya walau
tidak terungkai sepenuhnya. Bagi iaryylr, imej yang
terhasil dari lensa apa jua kamera pun yang penting
kepuasan penggambarnya. Puas dengan tujuan,
puas kehendak atau puas dengan keperluan.
Bakat perlu diasah dan berbakat itu semulajadi. Apapun
itu pandangan peribadi sahaja. Kawan iaryylr
yang berbakat melukis di lantai pun rialistik hasilnya.
Kamera filem pertama iaryylr bernilai kira-kira RM65.
Manual penuh, Bertahun juga guna kamera filem manual
sebelum bertukar ke kamera automatik bernilai RM180.
Kamera pun kena kena kebas dengan rakan sekerja,
Guna pula kamera syarikat, kamera syarikat pun kena
kebas dengan rakan sekerja keh! keh! keh!
Cerita tentang fotografi sampai bila pun tiada
kesudahannya, dari kamera filem, kamera digital,
kamera telefon dan yang jarang dengar kamera teropong.
Apapun yang penting kita 'Enjoy!', joli dengan kamera
kita, ceria dengan hasilnya! yehaaaa!

2 ulasan :
TERINGIN NAK PAKAI DLSR..
Boleh saja tu, harganya pun sudah semakin baik berbanding beberapa tahun dahulu, opsyen pun sudah semakin menarik, tapi kalau beli waktu offer atau ulang tahun, pasti lebih untong! :) , perlu juga survey untuk mendapat harga terbaik. Tentu boleh buat banyak percubaan dengan DSLR :).
Catat Ulasan