Jalan-jalan ke Batu Arang dengan
bunyi kerak keruk ketak ketak tak tak...
Proton FLX terus maju ke Selayang,
ke Sentul, ke mana sahaja...
Hendak jalan jauh pun kadang hati tidak senang.
Kereta Kebanggaan Malaysia ini masih
bermasaalah bunyi pada bahagian tayar
belakang , brek / Brek Drum.
Kedua-dua bahagian berbunyi dan menjerit
lebih-lebih lagi bila waktu panas. Sekarang
tidak kira waktu. Ikut sedap masa.
Rasa menyesal pun sudah menyemarak dalam
diri . Mungkin sesal bersifat sementara sebab
lumrah diri waktu 'tension' .
Mula-mula pusat servis buka bahagian kiri
letak gris pada bahagian mekanikal dan beritahu
akan buat tuntutan sebab ada waranti. Hampir
2 minggu tiada panggilan dari pusat servis,
iaryylr call i-care. i-care buatkan temujanji
pada minggu ketiga pada tarikh sekian.
Waktu datang temujanji untuk tukar,
pun tak tukar juga brek drum,
pusat servis buka tayar sebelah kanan pula
dan letak gris serta gosok brek drum.
Bila komplen kata Manager,
proton suruh buat servis dulu kalau bunyi
baru tukar. Iaryylr tak tahu mana betul.
Sebab masih berbunyi, mungkin mekanik
ada masaalah pendegaran, dan manager
hanya dengar kata kata mekanik agaknya.
2 minggu lepas iaryylr komplen lagi sebab
masih bunyi. Buat temujanji, Kelmarin datang
lagi untuk tukar. Masaalah pada kedua bahagian,
tapi brek drum tukar pada bahagian sebelah
kiri sahaja. Bila komplen lagi, manager kata
dua mekanik sudah periksa, seorang pandu,
seorang duduk belakang, paling bunyi sebelah
mana itu tukar dulu. Cuba dulu nanti ada bunyi
tengok macam mana. Kata lagi masih ada waranti.
3 hari sudah berlalu dan masih bunyi lagi.
Memang terfikir juga kedua mekanik memang
sah ada masaalah pendegaran nampaknya.
Semalam perasan ada dot dot dot pen merah
pada bahgian tengah stereng, sah mekanik
punya kerja macam sengaja sebab memang
dia ada menulis atau menanda pada kertas
tanpa lapik terus pada atas stereng .
Call pusat servis pun banyak kali tak angkat
telefon. Kelmarin pun sama tidak angkat.
Waktu menunggu kelmarin pun ada pelanggan
komplen kenapa call banyak kali tidak angkat.
Jawab kerani sibuk kat sini, tapi iaryylr 3 jam
di situ tak nampak pun sibuk sangat.
Tidak tahu mana betul dan tak betul, esok
kena call i-care lagi kalau sempat.
Kalau cuti sahaja hantar kereta pun dah
rugi berapa, tidak hantar bermasaalah juga.
Cerita ini pun iaryylr telah ringkaskan
seringkasnya. Sama ada kes terpencil atau
sebaliknya, masaalahnya bagaimana dengan
keselamatan pengguna? keselamatan iaryylr
sekeluarga. Bagaimaa nak korek, nak jember,
nak hunting barang tanpa keyakinan...
ha! ha! ha! ha!.
ha! ha! ha! ha!.
Layar internet memang jumpa senasib dan
yang lebih terbeban. Sama ada kes ini 1 dalam
5, dalam 10, dalam 100 atau seribu tetap
keselamatann perlu di utamakan.
Mungkin selepas masaalah brek drum ini
selesai barulah lega sikit sahaja.
Pejam celik sudah 3 bulan rupanya guna
Proton FLX bermasaalah ini,
Pejam celik sudah 3 bulan rupanya guna
Proton FLX bermasaalah ini,
Dot dot dot dot pada stereng pula bagaimana?
walau nampak remeh masaalahnya tetap
masaalah. Tunggu sajalah nanti...
Terasa juga pengajarannya,
Pastikan pusat servis mana terlebih dahulu
Pusat service yang di syorkan kan
penjual belum tentu bagus.
Dalam organisasi yang besar, jika segelintir
yang tidak komitmen walau dari dalam sub
bahagian yang kecil, memang sukar untuk
menyelaras piawaian, kesempurnaan
Yang berkomitmen hendak buat yang terbaik,
tetapi segelintir yang tidak sama ada sedar
atau tidak telah merosakkan keseluruhannya.
10/5/2012 online entri
Terasa juga pengajarannya,
Pastikan pusat servis mana terlebih dahulu
Pusat service yang di syorkan kan
penjual belum tentu bagus.
Dalam organisasi yang besar, jika segelintir
yang tidak komitmen walau dari dalam sub
bahagian yang kecil, memang sukar untuk
menyelaras piawaian, kesempurnaan
Yang berkomitmen hendak buat yang terbaik,
tetapi segelintir yang tidak sama ada sedar
atau tidak telah merosakkan keseluruhannya.
10/5/2012 online entri
3 ulasan :
NASIB ABANG TAK BAIK LE.. ADA ORANG PAKAI OK.. APA-APAPUN, BERSABAR SAJALAH, MUNGKIN LEPAS BETULKAN NANTI DIA AKAN TERUS OK..
BR dulupun terkena juga masa pakai proton wira (beli koyak plastik). tengah2 pekan enjin mati, alarm berbunyi. sebabnya? kabel bateri tercabut! pastu absorber blkg brbunyi, motor power window jem, side mirror 'longlai' dan banyak lagi.. jawapan drp pusat servis adalah sama mcm bro ia terima. sekarang dh xpakai proton lg. SERIK!!!
kereta proton ni mmg macam ni... dari 10 tu adala 7 yg problem... btw done folow - Noob
Catat Ulasan